Rss Feed
  1. Membaiki Kesilapan versi OSCE

    Wednesday, October 28, 2009

          " Macam mana tadi, ok?" tanya sahabat saya selepas kami habis sesi mock OSCE.
          " Tak terkata sheikh.....tak jumpa apex beat die, nak nagis dah depan lecturer," balas saya dalam nada bergurau.
         Photobucket   
     

  2. Islam Melayu atau Melayu Islam

    Tuesday, October 27, 2009


     Tetiba persoalan ini menjengah di kotak minda ketika berada dalam satu meeting program yang akan dijalankan. Isu ini pelik, biasanya orang akan berkata Melayu Islam dan bukannya Islam Melayu. Entah macam mana tersasul atau sengaja mengucapkan frasa Islam Melayu.


     Ya memang tidak dinafikan memang perkataan Islam Melayu memang sengaja diucapkan Tapi kenapa? Pelik dan tak biasa didengari. Memang Nampak jangkal. Itulah reaksi sesetengah sahabat ketika perkataan ini muncul dari mulut saya. Seolah-olah satu lawak dan gurauan, tapi jauh dari sudut hati untuk memperbetulkan frasa Melayu Islam.


     Dalam perlembagaan Malaysia telah ditakrifkan bahawa Melayu itu MESTI beragama Islam. Sah dan tepat maklumat ini di dalam perlembagaan Malaysia yang mana seperti kita sedia maklum perlembagaan Malaysia merupakan bonda kepada undang-undang sivil di Malaysia. Lalu dari sini kitalah mensinonimkan perkataan Melayu dan Islam, maka lahirlah golongan Melayu Islam.


     Persoalan di sini adakah Islam itu diturunkan kepada bangsa tertentu?? Nak masuk Islam maka terpaksa masuk bangsa tersebut. Inilah persoalan pokok yang hendak dibahaskan. Islam memiliki Melayu atau Melayu yang memiliki Islam. Inilah dia kesilapan kita dalam mentafsirkan perlembagaan. Sememangnya secara sejarah keseluruhan orang Melayu memeluk agama Islam. Ini tidak membawa maksud yang Islam itu adalah agama hanya bagi orang Melayu.


     Sentimen ini telah lama diperhatikan dalam masyarakat kita. Kita telah mengadatkan Islam dengan adat budaya Melayu. Sedikit demi sedikit, sehasta demi sehasta malah kini Islam berjaya diadatkan. Kita harus bezakan antara adat dan ibadat. Antara Melayu dan Islam. Apakah bangsa Cina yang memeluk Islam bermakna masuk Melayu.


     Teringat ketika mana menghadiri satu forum yang dipanelkan oleh Ustaz Hussien Yee and Xifu Nasir, mereka mendapat hidayah bukan secara keturunan. Mereka merasa kenikmatan hidayah dengan mencarinya. Sungguh betruah golongan sebegini. Kata Xifu Nasir kebanyakkan orang Cina yang ingin memasuki Islam di larang oleh keluarga kerana mereka akan meninggalkan adat resam kaum Cina dan mengikuti adat resam kaum Melayu ( khusus kepada perkara yang tidak bercanggah dengan akidah). 


     Persoalan di sini kenapa perkara sebegini berlaku. Kenapa tidak pernah keluar frasa Arab Islam atau bangsa itu dan ini . Kerana kita telah didoktrinkan dengan perkataan malah dengan kuasa perlembagaan juga, sayangnya benda yang dianggap remeh ini boleh meragut nikmat akidah Islamiah.

     Hari ini jika kita lihat, ramai orang Melayu telah mengadatkan ibadat di dalam Islam. Contoh yang paling dekat adalah bulan Ramadhan lalu, kita diwajibkan puasa atas nas dan dalil-dalil dalam al-Quran. 


     “ Wahai orang-orang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,” (2:183)


    Adakah benar orang Melayu Islam berpuasa untuk mendapat ketakwaan atau sekadar sudah menjadi satu kebiasaan bagi kita untuk berpuasa di bulan Ramadhan. Bukan semua orang Melayu begitu tapi inilah yang saya cuba sampaikan. Sudah banyak ibadat kita jadikan adat. Tak cukup dengan itu, bila hadirnya Ramadhan maka muncullah Program Ihya’ Ramadhan. Berteraskan objektif yang menginginkan Ramdhan para pelajar lebih bermanfaat tapi hakikiatnya para sahabat program tahunan sebegini telah dijadikan medan menukar ibadat kepada adat.

      Saya tak kata kita perlu boikot program ini. Tak perlu buat program ini dan sebagainya. Namun kita perlu sedar bahawa program ini menganjurkan kita untuk beribadat maka jangan jadikan ianya sebagi satu kebiasaan program tahunan kita. Agar nanti orang bukan Islam tidak menganggap bahawa program ini merupakan satu adat Islam.


     Kesimpulannya sahabat syabab, kita masih lagi mengongkong minda kita dengan menyatakan Melayu Islam, walhal Islam itu untu semua dari zaman Nabi Adam hingalah bayi terakhir yang lahir dimuka bumi Allah. Berlapanglah dada. Islam bukan untuk bangsa Arab bukan untuk bangsa Melayu dan sememangnya Islam itu diturunkan bukan kepadabangsa tertentu. Islam untuk semua. Maka renungkanlah kita ingin memelayukan Islam atau mengislamkan Melayu. Gunakan iman sebagai panduan. Wallauhalam.

     

    p/s : mungkin ini hanya lontaran yang dibelenggu nafsu, namun hakikatnya ramai masih keliru Islam dan Melayu. Mungkin di sini tidak membawa apa-apa sokongan dalil dan nas yang beteraskan al-Quran dan Ass-sunnah. InsyaAllah akan meng'update' sekiranya terjumpa dalil yang menyokong pendapat ini. Wallahualam


     
     

  3. Fikirkan tentang MASA

    Friday, October 16, 2009



    Dari Ibn Umar r.a berkata sabda Rasulullah s.a.w :
    “ Bila kamu berada pada waktu petang maka janganlah menantikan waktu pagi. Dan bila kamu berada pada waktu pagi, maka janganlah kamu menantikan waktu petang. Pergunakanlah masa sihatmu untuk waktu sakitmu dan pergunakanlah masa hidupmu untuk saat kematianmu.”
      Riwayat Bukhari

     Tugas yang ada lebih banyak dari masa yang ada.Begitulah kata-kata seorang mujahid Islam, Hassan Al-Banna yang mana menekankan tentang masa dan pekerjaan. Masa dan tugas. Masa dan belajar. Tidak dinafikan lagi pengurusan masa yang cekap dan efektif melahirkan individu yang mantap. Walaupun sesibuk mana kita sekalipun masa tetap 24 jam. Cuma cara pembahgiannya kita perlu tentukan.

     Sebagai medical student kita sering dibelenggu dengan buku yang menggunung, PBL, case report dan sebagainya. Pelajaran yang terlalu pack dan kadang-kadang tak cukup tangan untuk menelaah recommendation teks book. Adakalanya kita sering mencari jalan pintas dengan membaca nota yang paling ringkas dan buku yang paling nipis. Seolah-olah ingin sekadar melepasi garisan peperiksaan dengan LULUS.

     Cukupkah bagi kita menjadi doktor yang cukup makan. Tergamakkah kita bila merawat pesakit dengan buku masih berada dalam genggaman tangan? Eh, bukankah doktor ni seorang yang long life learning. Belajar sehingga ke akhir hayat. Betul memang tak dinafikan tapi itu untuk top up ilmu yang sedia ada. Mencantikkan pengetahuan yang sedia maklum. Bukannya baru nak merangkak belajar

    Maka ramai dikalangan kita bertungkus lumus untuk belajar sehinggakan ada yang melanggar fitrah, yakni stay up atau erti kata lain tak tidur malam. Kejayaan dan kefahaman itu bukan diukur dengan berapa banyak kita habiskan dengan belajar. Jam bukan kayu ukur berapa banyak ilmu yang kita dapat.

    Untuk itu sahabat sekalian, rancanglah strategi sendiri untuk menjadi 5 STAR’s doctor. Gunakanlah masa yang sebaiknya. Hentikanlah sikap bertangguh. Kata pepatah arab yang bermaksud Menangguh adalah pencuri masa. Jika punya jadual sendiri maka ikutilah. Jangan tangguh. Sikap bertangguh ini merupakan sikap yang sia-sia.

    Kita telah didedahkan dengan pelbagai strategi pengurusan masa. Bagaimana hendak menggunkan sebaiknya. Namun pernahkah kita terfikir kesesuaian strategi itu dan bila kita untuk menrancang strategi yang bersesuaian dengan diri kita. Rambut sama hitam namun hati lain-lain.
    Carilah strategi itu di waktu senggang dan hayatilah startegi itu, kerana itu yang kita rancangkan. Carilah teman untuk berdiskusi, carilah sahabat untuk mengadu. Perkonsian kali ini bukan untuk mengupas tentang strategi pengurusan masa, perkongsian kali ini sekadar mukadimah bagi membentuk keyakinan kamu semua dalam mengurus masa. Tanamkanlah azam dalam diri untuk menguruskan masa sebaiknya. Andainya kita tak mencuba sekarang bila masanya perkara ini akan berlaku.

    Masa yang ada gunakanlah sebaiknya. Ilmu itu bukan dituntut untuk sekadar menjadi doktor tetapi ilmu itu dituntut untuk menyempurnakan hak-Nya. Sama-samalah kita baiki diri dalam pengurusan masa. Sesungguhnya masa adalah sesuatu yang penting kalu tak masakan Allah Bersumpah Demi Masa.
    syabab