Rss Feed
  1. 2012 : SIKAP MANUSIA TERHADAP KIAMAT

    Monday, November 16, 2009


    Selepas menghadapi last paper teori hari jumaat, geng-geng 2nd year medical student telah keluar secara beramai-ramai untuk melihat movie. Saya rasa hampir 50-60% pelajar yang keluar. Mungkin nak release tension before jawab OSPE nanti. So tak boleh menganggap medical student ni terperap dalam bilik and study 24 hours.
    Me and my geng ( semuanya 9 orang) turun ke  GSC Pavillion untuk negok cerita 2012. Movie ni baru keluar.  So kat kaunter tu memang ramai la orang beli tiket. Kenapa diri ini tertarik untuk melihat cerita ini? Sedangkan cerita ini melibatkan akidah umat Islam. Rukun Iman kita yang ke-6 Beriman  kepada hari Kiamat. Dalam cerita ini juga melibat sentimen keagamaan.
    Dorongan untuk melihat cerita ini lahir dari satu persoalan. Apakah pandagangan agama lain terhadap hari kiamat? The end of World. Sudah tentu mereka percaya pada hari Kiamat. Tak kira agama. Secara saintifiknya mereka menganggap Bumi yang kita diami ini akan meletup. Akan musnah bila sampai hadnya. Mereka sanggup menjalankan berbillion-billion duit untuk mengkaji tentang perihal ini.
    SIKAP manusia kini ingin mengetahui BILA TARIKH KIAMAT? Kenapa mereka inginkan tarikh itu kerana mereka ingin bersedia. Bersedia untuk mati? Tidak mereka ingin bersedia untuk meloloskan diri dari bahang kiamat. Mereka yakin dengan teknologi yang sedia ada mampu mengubah kuasa TUHAN yakni ALLAH.
    Teringat usrah mingguan bersama Dr. Kamil :
     " Nak tanyalah bang. Apa pendapat abang tentang ahli sains yang mengkaji bila hari kiamat?" satu persoalan yang timbul dicelah-celah perbincangan kami tentang hari Kiamat.
     " Sebelum tu nak tanya kenapa nak tahu?" Dr. Kamil timbulkan persoalan balik.
     " Sebab boleh bertaubat kot....hehehe," jawab aku sambil berseloroh.
      Sambil tersenyum Dr. Kamil memberikan pandangannya.
      " Bukan untuk bertaubat, malah mereka berlumba-lumba nak buat maksiat. Orang yang nak tahu bila Kiamat ni, orang yang Cintakan dunia takutkan mati (maksudnya kepada orang-orang yang merasa tidak puas dengan kehidupan di dunia. Mereka ni berlumba-lumba supaya mereka boleh hidup. Rasulullah pernah bersada yang mana umat aku akhir zaman akan ditimpa penyakit yakni cintakan dunia takutkan mati."   " Kita tak perlu tahu bila hari kiamat ikhwah, tapi apa yang kita perlu adalah bersedia, persiapkan diri kita dengan mata wang akhirat. Di dunia ni ikhawah tempat kita menyemai, di akhirat kelak tempat kita menuai hasilnya".
    Jadi inilah sikap manusia yang tiada pegangan agama. Mereka tidak sedar bahawa kiamat itu pasti berlaku cuma tiada satu pun titik perubahan dalam hati untuk mereka bertaubat kepada Allah, Tuhan semesta Alam. Mereka seolah-olah memikirkan kuasa teknologi inilah mampu menyelamatkan mereka. Akidah mereka telah terpahat pada TEKNOLOGI. Inilah sebesar-besar dosa, mensyirikkan Allah.
    Sahabat sekalian. dalam peristiwa Isra' dan Mikraj, diceritakan ada satu perempuan tua yang bongkok tiga menegur nabi Muhammad. Nabi bertanya kepada Jibril a.s siapakah perempuan itu. Maka Jibril pun berkata itulah dunia.
    Kiamat boleh berlaku bila-bila masa, besok, lusa tahun depan, bila-bila sahaja. Hanya Allah sahaja yang maklum bila tarikh sebenar hari kiamat. Persoalannya kita tak perlu tahu bila tapi kita PERCAYA hari kiamat pasti akan tiba. Besedialah dengan amal ibadat. Bertaubatlah selagi ada masa.
    Kita ini manusia lemah. Tak dapat untuk mentakwilkan bila masa yang sebenar hari kiamat. Janganlah kita sibuk mencari tarikhnya tapi sibukkanlah diri dengan persedian menghadapinya. InsyaAllah dalam post akan datang kita akan membincangkan suasana hari Kiamat tak seperti digambarkan dalam cerita 2012, Hari kiamat lebih dahsyat dari itu. Wallahualam.

  2. pemimpin : SYNDROME SYOK SENDIRI

    Sunday, November 15, 2009



    Pemuda harapan bangsa, Pemudi tiang negara. Kita sedia maklum dan mungkin pernah terdengar, baca tau terlihat slogan ini. Jika tidak silap slogan ini popular di era tahun 1999 dalam meletakkan para remaja (syabab) sebagai penentu masa depan. Kita adalah pewaris kepimpinan masa kini. Jika ingin lihat masa depan negara maka lihat remaja kini.
    epimpinan dan kita diibaratkan sebagai irama dan lagu. Kita adalah pemimpin dan kita juga dipimpin. Ini bukan satu persoalan (kepimpinan) yang serius. Namun kita perlu sedar bahawa mahu tidak mahu kita harus belajar memimpin kerana kita semua adalah pemimpin.

    Hadis riwayat Ibnu Umar ra.:
    Dari Nabi saw. bahwa beliau bersabda: Ketahuilah! Masing-masing kamu adalah pemimpin, dan masing-masing kamu akan dimintai pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpin. Seorang raja yang memimpin rakyat adalah pemimpin, dan ia akan dimintai pertanggungjawaban terhadap yang dipimpinnya. Seorang suami adalah pemimpin anggota keluarganya, dan ia akan dimintai pertanggungjawaban terhadap mereka. Seorang istri juga pemimpin bagi rumah tangga serta anak suaminya, dan ia akan dimintai pertanggungjawaban terhadap yang dipimpinnya. Seorang budak juga pemimpin atas harta tuannya, dan ia akan dimintai pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpinnya. Ingatlah! Masing-masing kamu adalah pemimpin dan masing-masing kamu akan dimintai pertanggungjawaban atas apa yang dipimpinnya.

    (Shahih Muslim No.3408)
    Sahabat sekalian kita dilahirkan sebagai pemimpin. Mungkin kini kita tidak memimpin negara, tidak memimpin masyarakat setempat mahu pun keluarga tetapi pada hakikatnya kita kini memimpin diri sendiri. Memimpin ke arah matlamat dan cita-cita. Namun begitu, ada di antara kita diberikan kebolehan untuk memimpin manusia lain. Mereka diberi mandat untuk menjadi ketua kelas, menjawat beberapa jawatan penting dalam persatuan ataupun kelab. Orang-orang terpilih sebegini memiliki kelebihan dalam kepimpinan. Namun, mereka ini belum cukup matang untuk memimpin dan skill kepimpinan perlu diperkemaskan.
    Post kali ini ingin mengajak sahabat-sahabat sekalian dalam menyelami dunia kepimpinan. Kita belajar dahulu masalah dalam kepimpinan, kita selongkar satu per satu masalah ini, insyaAllah kelak kita akan rungkaikan pula simpulan masalah yang kita utarakan dalam post yang akan datang. Tujuannya satu dalam merealisasikan slogan PEMUDA HARAPAN BANGSA PEMUDI TIANG NEGARA. Mungkin kini kita tidak nampak kepentingannya nanti tapi percayalah perkembangan watak kepimpinan dalam diri kita sedikit sebanyak dapat merubah gelombang arus kepimpinan negara. Kelak bila tiba masa untuk kita memerintah kita mempunyai aura leadership yang tersendiri tidak perlulah kita tunduk pada perintah dan telunjuk ‘golongan tua’. Mereka memberi tunjuk ajar namun kita yang menentukkan jalan dan corak pemerintahan kita. Masalah mungkin sama tapi zaman kita berbeza.
    Pernah tak kita terfikir kenapa rancangan yang diaturkan oleh pemimpin tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya (bagi sesetengah projek). Kenapa dan siapakah dalang semua ini? Apakah sebenarnya sumbang serta faktor yang membawa kepada permasalahan ini. Mari kita kaji hingga ke akar umbi. Jawapannya adalh pucuk pimpian sebuah persatuan atau organisasi itu sendiri. Mereka dilanda satu syndrome yakini SYNDROME SYOK SENDIRI.
    Apa itu syndrome syok sendiri? Syndrome ini menular dikalangan pemimpin yang hanya memikirkan matlamat satu hala sahaja. Mereka hanya menjaga kepentingan peribadi, membuat sesuatu tidak tepat pada masanya hanya sekadar menuntut kepuasan seorang pemimpin. Peranan setiap ahli tidak diberi keutamaan. Seolah-olah si pemimpin ini tadi syok sendiri pada rancangan yang diatur. Kenapa ini berlaku? Mana silapnya.
    Sedar atau tidak sebenarnya pemimpin ini tidak memikirkan strategi yang betul-betul praktikal dan efektif dalam merancang sesuatu. Pakai hentam sahaja yang penting matlamat tercapai. Of course kita mahukan matlamat kita tercapai dengan suksesnya. Namun strategi perlulah betul. Perkara pertama sekali dalam organisasi kita perlu kenal siapa ahli kita, peranan mereka dan juga kemampuan mereka. Bukan sekadar tahu nama, tinggal (itu pun kalau tahu) dan pekerjaannya, sebaliknya pemimpin itu perlu kenal potensi ahlinya. Faham tentang kecenderungan ahlinya dan yang paling penting percaya degan setiap ahlinya.Simple as ABC iatu kenal, faham dan percaya.
    Bila sudah kenal latar belakang dan potensi antara ahli organisasi barulah organisasi dapat ‘gerak’ dengan mantap. Semua kerja lancar. Proses perbincangan juga akan melibatkan semua pihak. Kalau tidak dalam meeting seolah-olah seperti dalam seminar. Hanya one way communication . Orang yang tinggi pangkatnya memberi, yang bawah hanya menadah terima. Perkara ini perlu diperbetulkan. Saling faham dan percaya antara satu sama lain membolehkan kita melontarkan idea, pendapat tanpa megguriskan hati mana-mana pihak. Nak capai tahap ini perlu mula dengan ta’aruf (ice-breaking) yang berkesan . Saya akur untuk kenal sesorang memakan masa, tapi kalu tiada ‘kehendak’ maka perkara ini tak terjadi.
    Selain itu, bila sudah kenal potensi ahli, tugasan dapat diberikan mengikut kepakaran dalam bidang masing-masing. Kita ini tidak semuanya pakar dalam suatu bidang. Selama 20 tahun saya hidup belum pernah dengar seorang doktor pakar dalam semua bidang perubatan (kalau ada masyaAllah hebatnya mahluk ciptaan Allah). Tugasan yang tepat pada ‘ahli’nya membantu menlaksanakan dengan cepat, tepat dan berkesan. Malah hasilnya berbeza dengan orang yang tidak mahir dalam bidang tersebut. Contohnya seorang pengukir kayu tak sama dengan seorang pengukir besi. Ya memang mereka pandai mengukir namun bahan yang diukir berbeza. Besi lebih keras berbanding kayu. Kemahiran kedua-duanya tentu berbeza. Kekemasan hasil pengukir besi yang mengukir besi lebih cantik daripada pengukir kayu yang mengukir besi. Ukiran yang sama tapi hasil yang berbeza. Begitulah dalam pembahgian kerja dalam organisasi. Jika tepat dan kena pada orangnya hasil kerja lebih hebat. Namun jika ketua atau pemimpin syok sendiri hanya sambil lewa membahagikan tugas maka jadilah seperti tikus membaiki labu. Hasilnya mungkin sama namun kualiti masa dan kerja pasti berbeza.

    Dalam organisasi perlu sifat KETERBUKAAN, kritikan dan saranan perlu diambil kira walaupun nampak remeh tapi insyaAllah idea itu pasti berguna. Sebagai pemimpin kita harus ada sikap begini. Sedia terima apa jua kritikan tak kira dalam apa jua bentuk. Sama ada kritikan itu datang dalam bentuk keras atau ia datang secara halus tapi tusukkannya tajam. Apa yang penting kita sedia terima dengan hati terbuka. Sesetengah pemimpin kita hanya memikirkan ideanya sahaja.Lebih-lebih lagi kalau suara itu terpancul dari mulut ahlinya hinggakan kritikan yang diberikan kepadanya diendahkan, maklumlah dia KETUA.
    Cuba kita fikirkan kenapa kita dikritik? Adakah mereka benci kita atau mereka menegur untuk kebaikan bersama? Jika dalam sebuah organisasi yang matang kritikan yang diberikan bukan untuk mem’bunuh’ pemimpin tersebut tetapi kritikan yang diberikan sebagai peringatan kepada pucuk pimpinan. Kerana kadang-kadang step yang di ambil oleh pemimpin tidak sesuai dengan ahlinya. Atau mungkin tiada penjelasan sebaik mungkin terhadap sesuatu isu. That’s why mereka kritik, supaya kita semua dapat faedah dan manfaatnya.
    Saya bagi satu contoh analogi. Katakan kita berada di gunug Fiji, dari atas kita dapat melihat pandangan yang cantik di lembah-lembah gunug. Kita dapat lihat pucuk-pucuk bunga sakura. Kita dapat lihat aliran sungai dan bermacam-macam bentuk fizikal alam semula jadi dapat kita lihat. Namun, kita hanya melihat sedkit sahaja. Melihat dari atas gunung tidak menggambarkan keseluruhannya, yang kita lihat surface sahaja. Kita lihat semua tapi sedikit. Jika kita berdiri di kaki gunug itu. Kita dapat melihat keindahan puncaknya. Keindahan serta kedamaian air sungai itu tadi dapat kita hayati dan amati dengan lebih indah. Kita dapat melihat keseluruhan aliran sungai itu. Jauh lebih berbeza dengan kita lihat dari atas.
    Begitu juga dalam organisasi. Ada pihak atasan dan ada juga ahli yang di bawah. Orang yang berada di atas tidak memahami dan merasai apa yang orang di bawah rasa. Mereka hanya sekadar bagi arahan sahaja. Namun tidak menyelamai apa yang dilalui oleh meraka. Tekanannya berbeza. Bukan orang di atas tak mahu melihat orang bawahnya tetapi orang di atas tidak ada ‘masa’ atau tidak ‘kuasa’, mereka hanya mahu tahu gerak kerja. Date line, dan segala-galanya tentang ‘kerja’. Bak kata orang kerja, kerja kerja.
    Inilah silap pucuk pemimpin, hanya melihat orang bawahan sebagai ‘orang yang di bawah’ tanpa melihat sebenar-benarnya apa yang berlaku di bawah mereka. Mereka rasa seperti mereka raja. Raja yang menetukan segalanya. Titik silap inilah yang membolehkan berlakunya perpecahan dalam organisasi seterusnya menyebabkan kepincangan dalam program berlaku. Mereka seolah-olah asyik dan syok sendiri berkata-kata. Bercakap tak tentu hala. Tak tahu sama ada maklumat sampai atau tidak. Tidak pasti ahlinya faham atau sebaliknya. Tidak ada satu setitik kesedaran yang terdetik dalam hati mereka untuk mengubahnya. Apa yang penting mereka sudah keluarkan arahan. Mereka sudah jelaskan pada ahlinya. Sang ‘atasan’ berlagak sombong. Sehinggakan sendiri cakap pun boleh lupa.
    Bila ditegur atau ada masalah yang timbul maka penyelesaiannya mudah. Tidak membunuh persoalan pokok hanya melegakan simptom-simptom yang ada berkemungkinan akan datang balik bila-bila masa. Tidak pernah mendengar pendapat ahlinya. Mereka seolah-olah jumud dengan pemikiran sendiri. Sedih hilangnya sikap keterbukaan yang sepatutnya tersemat dalam hati mereka yang bergelar pemimpin. Sebabnya mudah orang yang berada ditakuk bawah lebih memahami dan maklum tentang pesekitarannya. Mereka lebih arif dan mengerti. Sepatutnya kita sebagai pemimpin mendegar pendapat ahlinya. Kerana pendapat mereka peratus untuk tepat adalah lebih tinggi kerana mereka lebih arif tentang itu. Sebagai pemimpin kita perlulah menilai semula. Terbaik untuk pimpinan dan terbaik untuk kemaslahatan ahlinya. Konsep syura ditekankan. Demokrasi bukanlah segalanya.
    Sahabat peimimpin sekalian, sebagai seorang pemimpin kita perlu satu kerangka pemikiran yang luas. Kita tahu hala tuju dan agenda yang kita ingin bawa. Kita perlu ada perancangan yang rapi. Tepat dan mantap. kita perlu sedar bahawa perancangan yang kemas dan rapi lebih cenderung untuk berjaya daripada perancangan yang merapu dan tergesa-gesa. Buat hanya sekadar melepaskan batuk ditangga. Sekadar orang nampak kita buat kerja. Itukah namanya pemimpin? Tepuk dada tanyalah diri.
    Kita perlu ada agenda tersendiri dalam mengusahakan sesuatu. Bukan untuk diri sendiri tetapi agenda itu untuk manfaat bersama. Manfaat yang sama kita dapat guna untuk pembangunaan organisasi. Apakah agenda itu? Adakah kita menjadi talam dua muka? Tidak bukan begitu maksudnya. Maksudnya ialah apa objektif yang tiada tertulis di dalam kertas kerja yang boleh mengundang kebaikan bersama. Contohnya mudah kita nak menerapkan budaya senyum di kalangan ahli. Rasanya tak perlu kita letakkan dalam objektif. Walhal hakikatnya benda kecil sebegini mengundag satu impak yang besar. Impak yang mampu menjadikan organsasi lebih kuat.
    Saya ingin timbulkan persoalan, kalau pempinan atau tulang belakag bagi satu program itu lumpuh atau nyawa-nyawa ikan. Apa akan terjadi pada organisasinya?Pasti organisasi itu akan hilang fungsinya. Ketua tak mampu mengawal ahlinya. Ahli pula tak sanggup mendengar leteran ketuanya. Meeting yang sepatutnya bermotifkan untuk penyelesaian masalah jadi huru-hara kerana selepas meeting si Ketua asyik berbalik keputusannya. Pendek kata tidak ada kata putus. Satu lagi kepincangan di dalam memimpin. Kata putus si Ketua akan memainkan peranan yang besar. Jika keputusan sering ditukar-tukar menyebabkan ahli tidak lagi percaya kredibiliti pimpinan itu lagi. Nampak sangat hilang 'kelakian' pimpinanannya. Bukan untuk tujuk ego tapi bila semua orang stick pada keputusan mesyuarat pasti organisasi akan lebih mantap. Mesyuarat perlukan keputusan. Jangan mesyuaratnya panjang dua tiga jam tapi tidak ada keputusan. Meeting tergelak organisasi ditemplak. Pimpinan bukan badut untuk membuatkan anak buahnya tersenyum. Pimpinan adalah insan yang memberi senyuman pada anak buahnya dengan keputusan yang bernas. Jadilah pemimpin yang memimpin bukan pemimpin yang perlu dipimpin.
    Akhir kata kepimpinan seseorang itu perlu diasah dan diperkemaskan. Janganlah kita masih ditakuk lama. Jangan biarkan diri kita dibelenggu masalah yang sama. Perkemaskan diri untuk masa hadapan
    __________________________________________________________________
    Reflection
    1. Saya yang ditaklifkan menjadi ketua BBA tahun Dua telah banyak melakukan kepincangan dalam organisasi. Mungkin saya tidak melihat keseluruhan masalah BBA dan pelajar. Harap lepas ini lebih melihat masalah secara keseluruhannya bukan hanya melihat secara linear.
    2. Saya masih lagi tidak mengenali dan memahami ahli organisasi dengan sebaik mungkin. Lepas ni boleh buat hari keluarga BBA di TAMBUN (kalau bajet cukup...hehehe)
    3. Belajar lebih lagi untuk menjadi PEMIMPIN.