Rss Feed
  1. Daya + Usaha = DAYA USAHA

    Friday, March 26, 2010

    Bismillah wal Hamdulillah


            Nampaknya paluan gendang final exam telah bermula, pelbagai perancangan dan strategi telah disusun supaya bersedia nak memasuki dewan peperiksaan.Harapnya semua pelajar medic 2nd year 09/10 dapat meneruskan pengajian di tahun klinikal.InsyaAllah.....

          Mudah-mudahan oleh bantu kita atas usaha kita yang sedkit ini. Bersabarlah kalian dalam menuntut ilmu dan moga peroleh ilmu yang dapat kita manfaatkan dan amalkan.Janglah kita menuntut ilmu sekadar nak "lepas". Jadikanlah exam kayu pengukur persiapan diri dalam menjadi seorang doktor.


    motivasikan diri anda!!!!
    PELAJAR CEMERLANG 
    ADALAH 
    PELAJAR YANG MAMPU MENGAWAL KEADAAN
    BUKAN KEADAAN MENGAWALNYA
       



    1 UMMAH
    Ukhwah didahulukan 
    Takwa diutamakan 

  2. Cabaran Seorang Akhwaat

    Thursday, March 18, 2010

    Bismilah wal Hamdulillah...

          Ikhwah yang dirahmati sekalian moga kalian masih berada dalam nikmat IMAN dan ISLAM. Moga semangat dalam diri kita masih lagi membara dalam memperjuangkan kalimah tauhid di mana jua kaki dipijak. Namun ikhwah cabaran yang berada di depan kita bukanlah satu benda yang mudah. Pembudayaan barat di Malaysia menjadi satu batu penghalang bagi kita dalam memastikan diri sendiri dan ummah terselamat dari arus 'pemodenan' masyarakat.

         Budaya keMELAYUan serta nilai ISLAM telah diMODENkan dengan budaya barat. Kita telah diMOMOKkan dengan melihat KEMODENAN itu dari ufuk barat. Maka mulalah pemakaian menjadi up to date, pergaulan tanpa ada keterbatasan. Hilang rasa malu pada tempatnya.


         Menjadi kerisauan diri sendiri, ikhwah dan akhwaat dalam meneruskan kehidupan yang dikatakan ibadah.
    Akhwaat kalian juga ingin sekali didampingi oleh Ikhwah yang punya rasa tanggungjawab dan kecintaan pada agama, kalian dan juga anak-anak. Sedih sekali bilangan ikhwah tidak seperti dulu malah kualitinya tak sehabat para sahabat. Mereka jatuh satu per satu di lembah arus pembangunan dunia dan terus malap dalam menghidupkan jiwa Rabbaniah.

          Ikhwah kita inginkan akhwat disamping kita dalam memperkukuhkan serta memperkemaskan perjuangan kita. Namun jika akhwat dilanda wabak KEMODENAN, bukankah kita kehilangan suatu yang permata yang berharga.

         Perkongsian kali ini lebih menjurus dalam mempersoalkan CABARAN SEORANG AKHWAT. Bukan nak katakan Ikhwah sudah mantap. Tetapi semoga perkongsian ini dapat memacu Ikhwah dalam mempertahankan kualiti kelakiannya dan mengetuk hati Akhwat dari pandangan kami. Sesungguhnya  diri ini lebih daif dari kalian dan mungkin bais dalam membicarakan cabaran kalian.Moga penulisan Ustaz Sarip Abdul dapat menjawab persoalan bagi tajuk ini.


    wallahualam

    Ayuh Syabab 
    Pewaris Takhta Pemacu Negara
    1 Ummah 
    Ukhwah Didahulukan
    Takwa Diutamakan 

  3. 4 GOLONGAN

    Tuesday, March 9, 2010

    Bismilah wal Hamdulillah...

         Sahabat sekalian ingin sekali saya kongsikan salah satu kriteria dalam usaha kita berdakwah yakni MADDU'. Maddu' merupakan kelompok atau sasaran kita dalam menyampai risalah-risalah tauhid dan Islam. Menurut Hassan Al-Banna dalam risalahnya bertajuk Dakwah Kita, golongan maddu' ini terbahagi kepada empat golongan.

    Golongan yan pertama : ORANG YANG YAKIN

         Golongan yang berada di dalam kelompok ini adalah orang yang yakin dengan dakwah kita, mempercayai kata-kata kita dan tertarik dengan prinsip-prinsio kita. Hatinya menyakini sepenuhnya dakwah kita. Namun golongan ini masih belum lagi menyertai kita. Maka moleklah kiranya kita AJAK mereka supaya bekerja bersama-sama  kita supaya bilangan mujahid-mujahid Islam bertambah dan suara-suara penyeru Islam menjadi semakin kuat.

         Tiada erti sebuah keyakina tanpa disertakan dengan amalan. Tiada erti sebuah akidah jika ia tidak mampu membawa manusia merealisasikannya dan berkorban deminya.Inilah hakikat yang telah diamalkan oleh generasi pertama yang menerima hidayah Allah. Mereka yakin risalah para nabi lantas bersungguh-sungguh memperjuangkannya.

    Golongan yang kedua : ORANG YANG SANGSI

         Golongan ini masih belum lagi memahami kebenaran atau masih lagi tidak menyakini keikhlasan kita. Golongan ini masih lagi terumbang-ambing, mereka tidak punya pendirian yang kukuh dan mantap. Mereka masih lagi seolah-olah tercari-cari kebenaran.

         Sahabat sekalian golongan ini janganlah kita tinggalkan. Selalulah sentiasa berhubungan dengan mereka. Kita boeh mengsyorkan mereka untuk mengenali fahaman kita melalui penulisan mahupun diskusi ilmiah.Janganlah sesekali kita membencinya atau terus meninggalkan mereka. Kita doakalah pada Allah moga mereka diberikan hidayah. Dalam masa yang sama berusahalah memikat hati mereka.

    Golongan yang ketiga : ORANG YANG BERKEPENTINGAN


         Golongan sebegini sahabat adalah golongan yang tidak mahu menghulurkan bantuannya melainkan setelah mereka mengetahui feadah atau keuntungan yang bakal mereka perolehi hasil dari bantuan mereka. Kata Hassan Al-Banna "Katakanlah bagi mereka (golongan yang berkepentingan) : Minta maaf, kami tidak memiliki apa-apa ganjaran melainkan pahala yang Allah akan berikan dengan syarat anda ikhlas.Kami tidak punya apa-apa kedudukan atau wang. Malah kami sebaliknya mengorbankan apa yang kami ada. Harapan kami hanyalah keredhaan Allah.Allah adalah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik pemberi kemenangan.

         Sahabat-sahabat sekalian golongan sebegini hakikatnya lebih cenderung ke arah materialistik. Hati mereka memerlukan satu bentk ganjaran kebendaan yang nampak secara lahiriah. Moga Allah memberi hidayah kepada mereka.

    Golongan yang keempat : ORANG YANG BERPRASANGKA

         Golongan sebegini sahabat, mereka terdiri dari orang yang bersikap perijudis dengan gerakan kita dan mereka terlalu dikuasai oleh prasangka buruk terhadap kita.Mereka melihat kita dengan pandangan yang buruk, memperkatakan kita dengan kata-kata yang menghina kita. Sesungguhnya mereka terlalu angkuh dengan kebodohan mereka sendiri. Mereka degil dengan kesilapan dan masih lagi mempertahankan kepercayaan mereka.


         Sahabat sekalian, jika kita renung dan perhatikan satu per satu 4 golongan ini maka kita temui bahawa wasilah atau cara mendekati golongan sebegini adalah berbeza untuk menyampaikan risalah perjuangan nabi. Cara yang salah pasti akan menyebabkan kegagalan dalam usaha kita untuk melebarkan sayap-sayap dakwah.
    Contohnya sahabat sekalian, jika kita menyiram pokok orkid misalnya pasti bunganya akan kembang segar bugar. Bertambah naik serinya. Namun jika kita menyiram pokok kaktus dengan jumlah air yang sama maka pokok kaktus itu tidak hidup seindah poko orkid tadi. Ini kerana pokok kaktus memerlukan cahaya matahari yang panas.

         Bukan mudah untuk menjadi daie tapi ini bukan satu alasan untuk meninggalkannya. Marilah sama-sama kita renungkan kembali golongan manakah di hadapan kita? Apakah kaedah atau wasilah yang telah kita lakukan dan Apakah kesannya. Memperbahrui method bukan bererti selama ini kita seolah-olah salah mengamalkannya tetapi method itu tidak berkesan mengikut keadaan semasa.

    Wallahualam 





    Ayuh Syabab
    Pewaris Tahkta Pemacu Negara 



  4. Bangkit bukan TERMENUNG

    Friday, March 5, 2010



    SAHABAT 

    Kau lahir dalam taman-taman Islam...
    Kelahiranmu di sambut tarbiyah Islam...
    Hidupmu disuluh dengan ajaran Islam...
    Peganganmu hanya semata-mata Islam..

    Kini mengapa kau menghilang dari sinar itu...
    Mengapa kau lari dari nur itu...
    Mengapa semua ini berlaku...
    Hakikatnya kau merintih inginkan Islam kembali..


    Sahabat
    Keluh kesahmu didengar Ilahi..
    Rintihan kecilmu difahami oleh Ilahi...
    Janganlah kau merintih tanpa tidakan disisi..

    Ayuh bangkitlah... 
    Bangkit kita bersama...
    Mengembalikkan kegemilangan Islam
    Menegakkan kalimah LAILAHILLAlLAH


    Sahabat rintih dan keluh kesahmu.. 
    Jadikanlah ia satu permulaan..
    Permulaan perjuangan...
    Menerobosi Kebatilan...
    Perjuangan ini memerlukan antum semua ...
    Marilah bersama mengimarahkan kembali bumi milik kita...
    Yang tandus dengan nur Islam...
    Apa ertinya perjuangan tanpa keberadaan bersama...



    ISLAM FOR ALL