Rss Feed
  1. Postnatal : Single Mother

    Thursday, August 5, 2010

    Bismillah wal Hamdulillah....

         Mencegah itu lebih baik dari mengubati. Namun mengubati itu perlu pabila sakit itu hadir. Kehadiran masalah single parent atau dalam sebutan mudahnya berzina (sehinnga mengandung ; ada yang ditinggalkan oleh pasangan dan ada juga berkahwin selapas itu)  bukanlah satu perkara yang asing lagi. Mula-mula rasa pelik, adakah ini anak melayu Islam yang akan menjadi pelapais pemerintahan negara?Maka mahu tidak mahu kita perlu mengubati masalah ini kerna kita sudah gagal mencegahnya.

    Situasi 1
         Pernah satu ketika saya bertanya kepada seorang pesakit tentang bila tarikh terakhir beliau datang bulan (Last normal Menstrual Period). Beliau menjawab 25 November 2009. For role out subfertility causes saya bertanya pula tentang tarikh perkahwinannya. Tanpa segan dan silu beliau menjawab, " Baru je kahwin bulan lima tahun ni (Mei 2010)." Bila saya tanya berulang-ulang kali maka jawapannya tetap sama malah pesakit itu tersenyum melihat gelagat saya tergamam. Apakah ini sudah menjadi satu trend bahawa nikah selepas mengandung?


    Situasi 2
         Setiap pagi akan adanya ward round untuk menilai dan memeriksa pesakit-pesakit di ward. Katil demi katil akan diperbahaskan. Kemudian sampailah di suatu katil yang mana pesakit itu sudah melahirkan anak keduanya. Beliau baru berusia 20 tahun, lagi muda dari umurku. Ketika itu tertimbulah isu bahawa pesakit ini tidak pernah sama sekali melakukan pemeriksaan semasa mengandung (antenatal check up) atas sebab takut jikalau ibubapanya tahu akan perbuatan sumbangnya buat kali kedua. Anak pertamanya juga anak luar nikah. Anaknya itu sudah hampir dua tahun, namun beliau tidak berkahwin dengan lelaki berkenaan disebabkan lelaki itu sudah punya keluarga. Persoalannya adakah tidak serik dengan perbuatan itu atau penerimaan keluarga yang baik menyebabkan diri tidak lagi merasa takut untuk melakukkannya zina lagi??

    Pelajar dan Daie
         Berada di dalam dua-dua situasi di atas menyebabkan aku rasa binggung. Betul aku boleh menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar. Ilmu perubatan yang sekangkang kera ini dapat aku gunakan dalam menguruskan pesakit-pesakit ku. Namun bagaimana pula tanggungjawab agama yang telah diamanahkan kepadaku. Aku tak mampu berkata apa-apa kerna bimbang akan mengguriskan hati pesakitku tetapi aku lebih bimbang kalu hati Penciptaku terluka. Adakah cukup sekadar doa menjadi penyelesaian masalah?Di mana peranan tangan untuk menegur?Di mana peranan lidah untuk menasihati? Adakah hati cukup untuk membendung permasalahan ini.

    Postnatal Counseling
          Bila dibincangkan tentang postnatal counseling (kaunseling selepas bersalin) sudah tentu ada beberapa perkara yang perlu ditekankan seperti kaedah perancangan keluarga (Contraception method), pap smear dan beberapa nasihat lain. Namun adakah sekadar ini sahaja? Bagaimana pula dengan isi rohaninya bagi kes-kes seperti di atas?Sebagai muslim kita perlu mengingati antara satu sama lain.

    Antara nasihat yang saya kira perlu kita titipkan adalah :

    1. Menanam sense of God dalam hati kita. Tak kira setiap saat dan detik. Dalam erti mudah menanam sifat ihsan. Seperti mana hadis Rasulullah : "...... Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olahnya engkau melihatNya, tetapi jika engaku tidak melihatNya maka sesungguhnya Dia melihat engkau." Riwayat Muslim.

    2. Allah terima taubat hambanya. Selagi masih ada ruang dan peluang maka pintalah taubat dari Allah. Selagi matahari tidak terbit dari ufuk barat dan nyawa tidak sampai ke halkum maka ketuklah pintu-pintu taubat. Ada satu riwayat yang mengatakan ketika Nabi Musa berbicara dengan Allah dan bertanya " Ya Allah bagaimana jika seorang hamba yang beriman datang kepadaMu (dalam erti kata bertaubat). Maka Allah berkata " Selamat datang hambaku." Nabi Musa bertanya lagi bagaimana pula jika hambaMu yang kufur. Maka Allah berkata " Selamat datang, selamat datang, selamat datang selamat datang hambaKu."

    3. Doa. Doa itu senjata mukmin. Berdoalah agar Allah memancarkan hidayah kepada kita, memnetapkan iman kita dan mengekalkan kita dalam iman. Pintalah doa, kerna doa itu adalah satu cara berkomunikasi dengan Allah. Dengan izinNya doa mampu menenangkan jiwa.

          "Yakni  mereka yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah , hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang." (surah al-Ra'd 13 : 28)

    Perbanyakkan doa semoga Allah memperkenankan permintaan kita sepertiman firmanNya " Dan Dia memperkenankan (doa) orang yeng beriman serta mengerjakan amal yang soleh dan menambahkan (pahala) kepada mereka daripada kurnia-Nya." (Surah al-Syura 42 : 26)