
Hampir 5 bulan tak menjengah ke sini (menulis artikel), pelbagai kekangan dan alasan dicari untuk tidak menulis. Itu dan ini, kadang-kadang buah fikiran hanya berlegar-legar di kotak minda. Moga diberikan kembali kekuatan dalaman (insight ) untuk terus memberi.
Seinfiniti syukur ke Hadrat Ilahi kita dipertemukan sekali lagi dengan bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan rahmat dan keampunan. Alangkah bertuahnya kita, Allah masih lagi membuka seluas-luasnya pintu taubat, pintu rahmat kasih sayangnya kepada kita. Alhamdulillah.
Namun, hati ini terkilan masih lagi ada dikalangan kita tidak mengambil peluang keemasan ini. Bahkan mereka menjadikan puasa sebagai satu ritual tahunan. Hilang rasa ibadah dalam diri. Bukan sekadar itu sahaja, malah mereka tidak berhenti melakukan maksiat. Masih lagi ada dikalangan kita menjalinkan hubungan yang tidak halal. Mereka keluar ke sana dan ke mari di siang hari tanpa rasa segan dan silu. Berpegangan tangan, bermesra di khalayak ramai dan sebagainya. Mana erti puasa yang ingin menahan nafsu? Adakah hanya menahan nafsu lapar dan dahaga? Nafsu shawat masih dibiarkan bermaharajalela.