Rss Feed
  1. Perlekeh Usaha Kecil, Impak Mahu Besar?

    Friday, December 7, 2012


    Sering kali kita tidak perasan isu mahupun benda yang besar berlaku di sekililing kita bermula dengan perkara yang kecil. Pemegang rekod lari pecut 100 meter Usain Bolt bermula dengan langkah kecil sewaktu kanak-kanak yang jalannya kadang kala tersadung jatuh. Pesakit Diabetes Mellitus (kecing manis) yang kehilangan kakinya bermula dengan kurang memberi perhatian kepada pengambilan gula dan ubat. Bangunan pencakar langit Burj Khalifa setinggi 828 meter bermula dengan satu batu asas yang kecil.

    Lihat betapa pentingnya perkara kecil itu, setiap sesuatu yang kecil itu pasti menyumbangkan satu benda yang besar. Sama ada memeberi kemaslahatan atau memberi kemudaratan. Semuanya bermula dari sekecil-kecil perkara.Sewajarnya perkara kecil ini perlu diberi perhatian. Look into details.

    Gaza Kini

    Kita sedar dan sedia maklum bahawa terlalu banyak kekejam yang berlaku di Gaza dan Palestine oleh Yahudi Laknatullah. Mereka membunuh kanak-kanak, wanita, orang tua sesuka hati mereka. Mereka menganggap bahawa nyawa umat Islam itu seperti sampah dijalanan. Murah malah lebih hina dari itu.

    Namun sedarkah kita, kisah palestine in berlaku dengan hanya sembang kecil Yahudi laknatullah. Mereka sembang hanya di kedai-kedai kopi lalu membuat satu konvensyen besar. Dari perancangan yang sekecil-kecil tetapi penuh rapi dan sistemamtik makanya Palestine dipijak dan diganyang tanpa rasa bersalah. Malah dunia sendiri membutakan mata dan memekakak telinga. Seolah-olah tiada apa yang berlaku. Semuanya bermula dengan sedikit demi sedikit.

    Tanah Palestine dicuri sedikit demi sedikit. Hak mereka dirampas sedikit demi sedikit. Lihat betapa besarnya benda yang kita anggap kecil satu ketika dahulu. Sekali lagi, semuanya bermula dengan sedikit demi sedikit.


    BOIKOT

    Ada di antara kita menganggap boikot itu satu tindakan bodoh. Tindakan yang merugikan kita sahaja dari sudut ekonomi. Malah ada juga pihak berpendapat bahawa boikot ini tidak memberi impak sedikit pun apatah lagi menggangu gugat ekonomi mereka.

    Bagi saya boikot ini usaha yang kecil yang perlu disokong oleh semua pihak. Bukan sahaja di peringkat orang kebanyakan tetapi di peringkat pentadbiran kerajaan negara. Boikot di peringkat kerajaan bukanlah menutup dengan kejam premis - premis kedai yang memberi sumbangan kepada kegiatan zalim mereka tetapi kerajaan membuka kedai dan barangan alternatif. Kualitinya mestilah sama dan lebih baik. Barulah agenda boikot tadi menjadi. Rakyat boikot Kerajaan beri alternatif. Bila dua tangan bertepuk barulah ada bunyi. Jika rakyat sibuk memboikot tanpa ada pilihan dan alternatif yang lain nescaya boikot itu sekadar hangat - hangat tahi ayam. 

    Isu boikot bukan sekadar memboikot barangan dan produk keluaran Israel. Memboikot cara hidup Israel itu lebih jauh lagi penting. Pemikiran idealisme, cara kehidupan, budaya dan sebagainya yang telah menyerap dalam individu perlu kita boikot sehabisnya. Satu kesilapan besar bagi mereka yang hanya memboikot barangan tetapi masih hidup dalam kekufuran mengamalkan cara hidup yahudi laknatullah. 

    Bagaimana solusi kepada masalah ini? Jawapannya mudah. Baliklah mengamalkan cara hidup Islam. Bukan memisahkan Islam dengan kegiatan seharian. Mencerakin Islam dari politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Islam itu sendiri satu cara hidup bukanlah sekadar adat atau ada amalan - amalan tertentu sahaja.

    Anjakan Paradigma

    Jangan main dengan api yang kecil takut  dijilat api yang besar. Jangan perlekeh perkara kecil kerna semua yang besar bermula dar yang kecil. Syarat bagi perkara kecil untuk betul menjadi  besar adalah kesatuan dan kerjasama dari semua pihak. Jika seluruh dunia  memberikan sokongan dan kerjasama (dengan Izin Allah) pasti ekonomi yahudi laknatullah akan jatuh merudum. Kekuatan mereka mula menjadi lemah dan mereka akan dikalahkan. Saat itu akan berlaku jika semuanya bermula dengan anda. Jom boikot Israel bukan sekadar ekonomi tetapi cara hidup!










  2. UBAH Persepsi USRAH

    Thursday, November 8, 2012

    Bersama Ust Zul, Mudir Baitul Qurra' dan MY USRAH
    Usrah dan Kita

    Bila sebut pasal usrah pelbagai persepsi akan timbul. Ada yang kata best, seronok boleh tambah ilmu dan macam-macam lagi. Tapi peratusnya sikit. Mungkin 30 atau 20 peratus sahaja. Selebihnya menganggap usrah ini satu tempat untuk dihentam, dikutuk, tempat-tempat perbincangan untuk orang yang skema dan banyak pespektif negatif.

    Jadi persoalannya apakah objektif asal usrah itu tercapai? Objektif yang ingin membentuk peribadi muslim tercapai? Atau ini sekadar retorik sahaja. Sang naqib berleter tak tentu hala dengan harapan leterannya membentuk peribadi anak usrahnya. Maka wujudlah dua jurang antara naqib dan ahlinya.
    Jurang yang semakin lama semakin besar tanpa diketahui oleh naqibnya.

    Ubah Persepsi Usrah

    Perspesi seorang naqib terhadap usrah adalah tempat untuknya menampilkan bakat kepimpinan, keterampilan dan ketokohannya. Semakin banyak elemen sebegini dipamerkan maka semakin besarlah jurang antara naqib dan ahlinya. Semakin negatif perspektif ahli pada naqibnya. Mereka tidak perlu menonjolkan elemen-elemen yang ingin mengetengahkan peribadinya seolah-olah dia sahaja yang betul. Jadi,  apakah cara sebetulnya?

    Seorang naqib ibarat seperti seorang ayah melayan anaknya, seorang cikgu mendidik muridnya, seorang boss mengurus pekerjanya. Mentarbiyah itu perlu ada seninya. Cuba kita luaskan skop pemikiran kita, anggaplah usrah itu sebagai satu medan tarbiyah bagi naqib dan juga ahli. Usrah itu sifatnya kemesraan, kasih sayang dan juga kekeluargaan. 

    Ice Skating di Midvalley bersama USRAH
    Kita perlu menukar sudut pandang usrah yang selama ini disalah ertikan. Usrah itu bukan tempat perkumpulan orang-orang baik tetapi usrah itu satu medan pertemuan untuk orang yang berkehendak menjadi baik. Ayat hampir sama tetapi maksud dan pembawaannya pasti berbeza.

    Jika kita melihat usrah itu tempat perkumpulan orang-orang baik, makanya sukar untuk kita lebarkan sayap dakwah kepada mereka yang nakal. Tambahan pula jika mereka diserapkan dalam usrah kita maka golongan seperti ini akan dianaktirikan malah lebih malang lagi mereka ini langsung tidak dipedulikan. Salah siapa? Ini salah naqib yang poyo.

    Jika kita melihat usrah  itu medan perkumpulan orang yang berkehendak menjadi baik, maka cara pengurusan usrah itu lebih terbuka. Tidak kira yang masuk usrah berkenaan golongan mat rempit, kaki pukul malah seteruk-teruk golongan pun mereka semua ini akan diambil peduli dengan serius. Cara pembawaan akan lebih santai dan menyeronokkan. Seorang naqib itu melihat anak-anak usrahnya sebagai individu yang perlu dibentuk. Satu per satu isu yang ditimbulkan akan cuba dibantu oleh naqib tersebut. Bukan hanyas sekadar untuk melunaskan tanggungjawab, bukan sekadar mengikut silibus tetapi membentuk dan mendidik jiwa. Ini pasti terkesan.

    Kesimpulan
    RFC bukan di KFC, juga bersama USRAH

    Ertinya di sini, sudut pandang kita terhadap usrah memainkan faktor yang besar dalam pengurusan usrah. Naqib seharusnya bertindak bijak. Jadikan medan usrah untuk mencungkil bakat-bakat terpendam dalam diri mereka. Bukannya menghentam apa lagi mengherdik. Mereka ini seperti anak yang perlu dibimbing. Kelak mereka akan merindui kalian.






  3. Muhammad Bin Abdullah : Motivator Agung

    Sunday, October 14, 2012




    Kiri, kanan depan dan belakang. Ujian yang melanda datang dari pelbagai sudut. Tekanan datang tanpa diundang. Perit dan pedih. Merana dan sungguh merana. Tatkala ini dos-dos motivasi perlu disuntik agar tidak kita tak jatuh tersungkur dari arena kehidupan.

    Sungguh, motivasi memainkan peranan yang cukup penting dalam memobilasikan gerak kerja. Motivasi penting dalam memacu kejayaan dan kecemerlang individu. Oleh yang demikian, kita dapat lihat hari ini betapa ratusan malahan ribuan buku-buku motivasi dikeluarkan. Buku ini dicetak bagi memberikan inspirasi dan motivasi kepada kita. Teori demi teori diperkenalkan. Sungguh kata-kata dan gaya penulisannya mampu membangkitkan hati yang mara, menceriakan jiwa yang sunggul. 

    Namun apakah kita lupa pada insan agung bernama Muhammad bin Abdullah. Seorang manusia yang mampu memberikan motivasi kepada kita walaupun baginda sudah wafat. Apakah ada insan sehebat atau setanding baginda dalam bidang motivasi? 

    Cabaran Akhir Zaman.

    Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara, tidak akan sesat selamanya selagi mana kamu berpegang teguh kepadanya iaitu Kitab Allah dan sunnahku.

    Menjadi satu kerungsingan hari ini jika kita mendahlukan teori-teori motivasi barat berbanding dengan sunnah rasulluah. Kita lupa kalam Allah. Kita lupa sunnahnya. Malah lebih malang lagi sekiranya kita tidak merasakan kalam-kalam Allah dan sunnah Nabi sebagai suatu yang mampu membangkitkan jiwa, yang mampu mendorong kita ke arah kejayaan. 

    Jadi, suatu cabaran kepada motivator-motivator Islam dalam meletakkan semula Al-Quran dan As- Sunnah sebagai satu sumber capaian kepada motivasi. Biarlah teori yang dikemukan selaras dengan Islam. Dan sememangnya teori-teori yang dikemukan oleh barat mimik kepada Islam. Cuma, biarlah kita yang melopori teori berkenaan dan bukan sekadar mengatakan “ Oh ini seperti amalan dalam Islam.” “ Macam inilah Islam ajar”. Ingat jangan kita ambil peluang atas orang lain. Takut-takut nanti ianya menjadi fitnah. Fitnah itu sifatnya tidur janganlah kita jadi orang yang menggerakkannya.