Kiri, kanan depan dan belakang. Ujian yang melanda datang dari pelbagai sudut. Tekanan datang tanpa diundang. Perit dan pedih. Merana dan sungguh merana. Tatkala ini dos-dos motivasi perlu disuntik agar tidak kita tak jatuh tersungkur dari arena kehidupan.
Sungguh, motivasi memainkan peranan yang cukup penting dalam memobilasikan gerak kerja. Motivasi penting dalam memacu kejayaan dan kecemerlang individu. Oleh yang demikian, kita dapat lihat hari ini betapa ratusan malahan ribuan buku-buku motivasi dikeluarkan. Buku ini dicetak bagi memberikan inspirasi dan motivasi kepada kita. Teori demi teori diperkenalkan. Sungguh kata-kata dan gaya penulisannya mampu membangkitkan hati yang mara, menceriakan jiwa yang sunggul.
Namun apakah kita lupa pada insan agung bernama Muhammad bin Abdullah. Seorang manusia yang mampu memberikan motivasi kepada kita walaupun baginda sudah wafat. Apakah ada insan sehebat atau setanding baginda dalam bidang motivasi?
Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara, tidak akan sesat selamanya selagi mana kamu berpegang teguh kepadanya iaitu Kitab Allah dan sunnahku.
Menjadi satu kerungsingan hari ini jika kita mendahlukan teori-teori motivasi barat berbanding dengan sunnah rasulluah. Kita lupa kalam Allah. Kita lupa sunnahnya. Malah lebih malang lagi sekiranya kita tidak merasakan kalam-kalam Allah dan sunnah Nabi sebagai suatu yang mampu membangkitkan jiwa, yang mampu mendorong kita ke arah kejayaan.
Jadi, suatu cabaran kepada motivator-motivator Islam dalam meletakkan semula Al-Quran dan As- Sunnah sebagai satu sumber capaian kepada motivasi. Biarlah teori yang dikemukan selaras dengan Islam. Dan sememangnya teori-teori yang dikemukan oleh barat mimik kepada Islam. Cuma, biarlah kita yang melopori teori berkenaan dan bukan sekadar mengatakan “ Oh ini seperti amalan dalam Islam.” “ Macam inilah Islam ajar”. Ingat jangan kita ambil peluang atas orang lain. Takut-takut nanti ianya menjadi fitnah. Fitnah itu sifatnya tidur janganlah kita jadi orang yang menggerakkannya.