![]() |
Bersama Ust Zul, Mudir Baitul Qurra' dan MY USRAH |
Bila sebut pasal usrah pelbagai persepsi akan timbul. Ada yang kata best, seronok boleh tambah ilmu dan macam-macam lagi. Tapi peratusnya sikit. Mungkin 30 atau 20 peratus sahaja. Selebihnya menganggap usrah ini satu tempat untuk dihentam, dikutuk, tempat-tempat perbincangan untuk orang yang skema dan banyak pespektif negatif.
Jadi persoalannya apakah objektif asal usrah itu tercapai? Objektif yang ingin membentuk peribadi muslim tercapai? Atau ini sekadar retorik sahaja. Sang naqib berleter tak tentu hala dengan harapan leterannya membentuk peribadi anak usrahnya. Maka wujudlah dua jurang antara naqib dan ahlinya.
Jurang yang semakin lama semakin besar tanpa diketahui oleh naqibnya.
Ubah Persepsi Usrah
Perspesi seorang naqib terhadap usrah adalah tempat untuknya menampilkan bakat kepimpinan, keterampilan dan ketokohannya. Semakin banyak elemen sebegini dipamerkan maka semakin besarlah jurang antara naqib dan ahlinya. Semakin negatif perspektif ahli pada naqibnya. Mereka tidak perlu menonjolkan elemen-elemen yang ingin mengetengahkan peribadinya seolah-olah dia sahaja yang betul. Jadi, apakah cara sebetulnya?
Seorang naqib ibarat seperti seorang ayah melayan anaknya, seorang cikgu mendidik muridnya, seorang boss mengurus pekerjanya. Mentarbiyah itu perlu ada seninya. Cuba kita luaskan skop pemikiran kita, anggaplah usrah itu sebagai satu medan tarbiyah bagi naqib dan juga ahli. Usrah itu sifatnya kemesraan, kasih sayang dan juga kekeluargaan.
![]() |
Ice Skating di Midvalley bersama USRAH |
Jika kita melihat usrah itu tempat perkumpulan orang-orang baik, makanya sukar untuk kita lebarkan sayap dakwah kepada mereka yang nakal. Tambahan pula jika mereka diserapkan dalam usrah kita maka golongan seperti ini akan dianaktirikan malah lebih malang lagi mereka ini langsung tidak dipedulikan. Salah siapa? Ini salah naqib yang poyo.
Jika kita melihat usrah itu medan perkumpulan orang yang berkehendak menjadi baik, maka cara pengurusan usrah itu lebih terbuka. Tidak kira yang masuk usrah berkenaan golongan mat rempit, kaki pukul malah seteruk-teruk golongan pun mereka semua ini akan diambil peduli dengan serius. Cara pembawaan akan lebih santai dan menyeronokkan. Seorang naqib itu melihat anak-anak usrahnya sebagai individu yang perlu dibentuk. Satu per satu isu yang ditimbulkan akan cuba dibantu oleh naqib tersebut. Bukan hanyas sekadar untuk melunaskan tanggungjawab, bukan sekadar mengikut silibus tetapi membentuk dan mendidik jiwa. Ini pasti terkesan.
Kesimpulan
![]() |
RFC bukan di KFC, juga bersama USRAH |
Ertinya di sini, sudut pandang kita terhadap usrah memainkan faktor yang besar dalam pengurusan usrah. Naqib seharusnya bertindak bijak. Jadikan medan usrah untuk mencungkil bakat-bakat terpendam dalam diri mereka. Bukannya menghentam apa lagi mengherdik. Mereka ini seperti anak yang perlu dibimbing. Kelak mereka akan merindui kalian.