Rss Feed
  1. Perlekeh Usaha Kecil, Impak Mahu Besar?

    Friday, December 7, 2012


    Sering kali kita tidak perasan isu mahupun benda yang besar berlaku di sekililing kita bermula dengan perkara yang kecil. Pemegang rekod lari pecut 100 meter Usain Bolt bermula dengan langkah kecil sewaktu kanak-kanak yang jalannya kadang kala tersadung jatuh. Pesakit Diabetes Mellitus (kecing manis) yang kehilangan kakinya bermula dengan kurang memberi perhatian kepada pengambilan gula dan ubat. Bangunan pencakar langit Burj Khalifa setinggi 828 meter bermula dengan satu batu asas yang kecil.

    Lihat betapa pentingnya perkara kecil itu, setiap sesuatu yang kecil itu pasti menyumbangkan satu benda yang besar. Sama ada memeberi kemaslahatan atau memberi kemudaratan. Semuanya bermula dari sekecil-kecil perkara.Sewajarnya perkara kecil ini perlu diberi perhatian. Look into details.

    Gaza Kini

    Kita sedar dan sedia maklum bahawa terlalu banyak kekejam yang berlaku di Gaza dan Palestine oleh Yahudi Laknatullah. Mereka membunuh kanak-kanak, wanita, orang tua sesuka hati mereka. Mereka menganggap bahawa nyawa umat Islam itu seperti sampah dijalanan. Murah malah lebih hina dari itu.

    Namun sedarkah kita, kisah palestine in berlaku dengan hanya sembang kecil Yahudi laknatullah. Mereka sembang hanya di kedai-kedai kopi lalu membuat satu konvensyen besar. Dari perancangan yang sekecil-kecil tetapi penuh rapi dan sistemamtik makanya Palestine dipijak dan diganyang tanpa rasa bersalah. Malah dunia sendiri membutakan mata dan memekakak telinga. Seolah-olah tiada apa yang berlaku. Semuanya bermula dengan sedikit demi sedikit.

    Tanah Palestine dicuri sedikit demi sedikit. Hak mereka dirampas sedikit demi sedikit. Lihat betapa besarnya benda yang kita anggap kecil satu ketika dahulu. Sekali lagi, semuanya bermula dengan sedikit demi sedikit.


    BOIKOT

    Ada di antara kita menganggap boikot itu satu tindakan bodoh. Tindakan yang merugikan kita sahaja dari sudut ekonomi. Malah ada juga pihak berpendapat bahawa boikot ini tidak memberi impak sedikit pun apatah lagi menggangu gugat ekonomi mereka.

    Bagi saya boikot ini usaha yang kecil yang perlu disokong oleh semua pihak. Bukan sahaja di peringkat orang kebanyakan tetapi di peringkat pentadbiran kerajaan negara. Boikot di peringkat kerajaan bukanlah menutup dengan kejam premis - premis kedai yang memberi sumbangan kepada kegiatan zalim mereka tetapi kerajaan membuka kedai dan barangan alternatif. Kualitinya mestilah sama dan lebih baik. Barulah agenda boikot tadi menjadi. Rakyat boikot Kerajaan beri alternatif. Bila dua tangan bertepuk barulah ada bunyi. Jika rakyat sibuk memboikot tanpa ada pilihan dan alternatif yang lain nescaya boikot itu sekadar hangat - hangat tahi ayam. 

    Isu boikot bukan sekadar memboikot barangan dan produk keluaran Israel. Memboikot cara hidup Israel itu lebih jauh lagi penting. Pemikiran idealisme, cara kehidupan, budaya dan sebagainya yang telah menyerap dalam individu perlu kita boikot sehabisnya. Satu kesilapan besar bagi mereka yang hanya memboikot barangan tetapi masih hidup dalam kekufuran mengamalkan cara hidup yahudi laknatullah. 

    Bagaimana solusi kepada masalah ini? Jawapannya mudah. Baliklah mengamalkan cara hidup Islam. Bukan memisahkan Islam dengan kegiatan seharian. Mencerakin Islam dari politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Islam itu sendiri satu cara hidup bukanlah sekadar adat atau ada amalan - amalan tertentu sahaja.

    Anjakan Paradigma

    Jangan main dengan api yang kecil takut  dijilat api yang besar. Jangan perlekeh perkara kecil kerna semua yang besar bermula dar yang kecil. Syarat bagi perkara kecil untuk betul menjadi  besar adalah kesatuan dan kerjasama dari semua pihak. Jika seluruh dunia  memberikan sokongan dan kerjasama (dengan Izin Allah) pasti ekonomi yahudi laknatullah akan jatuh merudum. Kekuatan mereka mula menjadi lemah dan mereka akan dikalahkan. Saat itu akan berlaku jika semuanya bermula dengan anda. Jom boikot Israel bukan sekadar ekonomi tetapi cara hidup!