Rss Feed
  1. Cukup Hanya Allah!

    Thursday, February 21, 2013

    Ragam orang
    Adakalanya baik ada makna
    Adakalanya baik ada muslihat
    Adakalanya baik ada niat
    Maka rugi bagi orang ini!

    Kebaikan yang dicurah terbatas
    Kebaikan yang dicurah mungkin tak berbalas
    Hampa hasrat, sakitlah hati, laralah jiwa
    Usaha dicurah tapi hasrat melepas.

    Berlumbalah membuat kebaikan
    Tak kira masa tak kira tempat
    Niatkan hanya kerana Allah
    Bukan manusia atau harta benda
    Pasti redha dan kebahgian diiring bersama


    Berbuat baik hanya kerana Illahi
    Impaknya besar!
    Bila dipuji tidak sombong diri
    Bila dibenci tidak terusik dek benci mereka
    Bila dicaci tidak terancam malah lebih tegar berbisa.

    Cukup-cukup sudah!
    Aku hanya ingin Allah
    Biar dihina biar dicaci
    Buat baik hanya untukNya
    Bukan mengejar nama
    Bukan mengejar harta benda
    Bukan mengejar sanjungan jiwa.
    Cukup Hanya Allah!