“ Tahniah encik, encik dapat anak lelaki,”
“ Syukur Alhamdulillah…”
Satu untaian frasa yang biasa didendangkan kepada mereka yang bergelar ibu bapa. Tatkala itulah tanpa sedar air mata telah membasahi pipi. Air mata ini mendefinisikan erti kegembiraan seorang bapa dan seorang ibu. Air mata yang penuh dengan harapan. Berharap anak yang lahir dimuka bumi, anak yang diazankan serta diqamatkan ini menjadi MANUSIA…manusia yang benar-benar mengamalkan elemen kemanusian. Itulah harapan mereka. Harapan yang tiada lafaz tiada hitam putihnya…
Lahirnya kita di dunia ini tanpa dipinta. Namun kelahiran ini buka satu sia-sia. Bukan sekadar penyeri rumah tangga. Bukan penghias kemanisan keluarga. Kita dihidupkan mempunyai visi dan misi.
Punya matlamat yang nyata dan jelas. Pertamanya menjadi hamba kepada yang Maha Esa. Keduanya menjadi Khalifah di muka bumi Allah…
Sahabat seperjuangan, kini kita sudah bergelar syabab, remaja ataupun pemuda. Peranan kita sudah berbeza dan berlainan tidak sama seperti dulu, semasa kita di era kanak-kanak. Kita kini di ambang dewasa, bakal pewaris pemimpin kelak. Maka ambillah peluang. Jangan dilengahkan lagi. Belajar untuk berperanan. Bukan belajar untuk diperanankan.
Syabab sebenarnya bukan seorang insan yang duduk di tepi tangga. Menung entah apa, hanya berangan-agan tanpa wawasan. Sebenarnya syabab punya fikiran yang matang, punya jati diri yang teguh, punya visi dan misi yang jelas. Persoalannya yang bagimana membentuk syabab di zaman ‘tiga deminsi’ ini. Zaman yang penuh ancaman yang mana di dalamnya hampir-hampir hilang bi’ah solehah.
Kini syabab di dalam dimesi yang penuh dengan cabaran dan ancaman. Kini perkara yang tidak mesti tidak adalah ilmu. Ilmu merupakan tulang belakang dalam menahan diri dari anasir-anasir negatif. Berbekalkan ilmu yang mantap barulah kita semua dapat memasakan iman yang mantap dan utuh. Maka dengan keizinanNya dapatlah kita merasai halwatul iman, kemanisan iman. Amalan-amalan yang bersandarkan dengan ilmu itu juga dapat membina satu amalan yang diredhaiNya.
Tambahan lagi Allah Ta’ala telah merakamkan di dalam al-Quran :
Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha mulia. Yang mengajar (manusia) dengan mata pena. Dia yang mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya. (96: 1-5)
Sudah jelas bahawa tuntutan BACALAH itu sememangnya kunci bagi mengenal Allah,syabab yang mengenali Allah adalah syabab yang kita impikan. Kerna dengan hanya mengenali Allah maka jati diri kita menjadi semakin teguh. Kita mengenal pencipta barulah kita memahami tujuan kita diciptakan. Seterusnya kita peroleh matlamat hidup yang jelas.
Namun begitu bukan ilmu akhirat sahaja yang dituntut malah sudah menjadi kewajipan kepada kita untuk memiliki ilmu dunia. Jika dulu terdirinya kerajaan dek kekuatan badan, kehebatan beradu tenaga, kecekapan berperang tetapi kini terdirinya sebuah Negara berlandaskan ilmu pengetahuan. Ilmu sains, ilmu perubatan, ilmu kejuruteraan dan sebagainya. Inilah hakikat kehidupan dalam dimensi baru. Tanpa ilmu kita akan ketinggalan tanpa ilmu kita jauh ditinggalkan. Mahukah kita berada dijahliahkan oleh orang yang berilmu? Syabab ilmu agama dan ilmu dunia bukan satu yang berbeza bukan bagaikan langit dan bumi. Sesungguhnya ilmu itu adalah satu ilmu akhirat adalah bertujuaan untuk menjaga akidah kita agar tak terbentuk syirik dalam ilmu duniawi.
Syabab
Jika kau inginkan dunia maka tuntutllah ilmu.
Jika kau inginkan akhirat maka tuntutlah ilmu
Jika kau inginkan keduanya maka tuntutlah ilmu
Jadilah syabab yang berwawasan kerna kita pelapis golongan tua. Kalau kita tidak mengorak langkah mencari ilmu sekarang maka bila lagi? Usah difikirkan kesesuaian masa tapi carilah ruang dan peluang kerana peluang pasti akan datang Cuma tak tahu sama ada dia datang selalu. Jadilah syabab bagai permata yang susah dicari bukannya kaca yang senang diperoleh. Benih yang baik dicampak ke laut menjadi pulau bila dicampak ke darat menjadi gunung. Ke arah merealisasikan SYABAB….
ayuh syabab!!!!