Rss Feed
  1. Ahlan Wa Sahlan ya RAMADHAN!!!

    Thursday, August 20, 2009


    Sahabat

    Kini Ramadhan datang lagi

    Hadirnya tanpa disedari

    Syukur bertemu sekali lagi

    Dalam memperoleh keimanan hakiki

    Sahabat 

    Jadikanlah Ramadhan sebagai satu universiti

    memantapkan iman dan juga rohani

    memperbaiki diri mengukuh jati diri

    dalam mencari NUR ALLAHhu Rabbi

    Sahabat

    Telah kita lalui Ramadhan 

    Dalam mencari sinar ketakwaan

    Namun belum cukup utuh benteng keimanan

    Dalam merempuh godaan nafsu dan syaitan

    Sahabat

    Ramadhan melatih nafsu mentarbiyah iman

    Dalamnya seribu kahazanah rahsia TUHAN

    Marilah rebut peluag keemasan

    Agar menemui khazanah ketakwaan

    Sahabat

    Mungkin Ramdahan kali ini adalah yang terakhir bagi kita

    Gunakanlah peluang ini sebaik ada

    Dalam mengenal siapa yang Maha ESA

    Kelak berjumpa dengan selesa

    Sahabat

    Hiasilah siangmu dengan sedekah

    Menjaga mata, hati dan telinga dari tersalah

    Berpuasalah dengan penuh hikmah 

    Hiasilah malammu dengan zikir membesarkan ALLAH

    Di selang tahjud mencari barakah

    Jadikanlah Ramdhan kali ini luar  biasa

    Kerana peluang tak datang selamanya!!!


  2. Dimensi Syabab

    Saturday, August 1, 2009


    “ Tahniah encik, encik dapat anak lelaki,”
    “ Syukur Alhamdulillah…”
    Satu untaian frasa yang biasa didendangkan kepada mereka yang bergelar ibu bapa. Tatkala itulah tanpa sedar air mata telah membasahi pipi. Air mata ini mendefinisikan erti kegembiraan seorang bapa dan seorang ibu. Air mata yang penuh dengan harapan. Berharap anak yang lahir dimuka bumi, anak yang diazankan serta diqamatkan ini menjadi MANUSIA…manusia yang benar-benar mengamalkan elemen kemanusian. Itulah harapan mereka. Harapan yang tiada lafaz tiada hitam putihnya…
    Lahirnya kita di dunia ini tanpa dipinta. Namun kelahiran ini buka satu sia-sia. Bukan sekadar penyeri rumah tangga. Bukan penghias kemanisan keluarga. Kita dihidupkan mempunyai visi dan misi.