Rss Feed
  1. Fikirkan tentang MASA

    Friday, October 16, 2009



    Dari Ibn Umar r.a berkata sabda Rasulullah s.a.w :
    “ Bila kamu berada pada waktu petang maka janganlah menantikan waktu pagi. Dan bila kamu berada pada waktu pagi, maka janganlah kamu menantikan waktu petang. Pergunakanlah masa sihatmu untuk waktu sakitmu dan pergunakanlah masa hidupmu untuk saat kematianmu.”
      Riwayat Bukhari

     Tugas yang ada lebih banyak dari masa yang ada.Begitulah kata-kata seorang mujahid Islam, Hassan Al-Banna yang mana menekankan tentang masa dan pekerjaan. Masa dan tugas. Masa dan belajar. Tidak dinafikan lagi pengurusan masa yang cekap dan efektif melahirkan individu yang mantap. Walaupun sesibuk mana kita sekalipun masa tetap 24 jam. Cuma cara pembahgiannya kita perlu tentukan.

     Sebagai medical student kita sering dibelenggu dengan buku yang menggunung, PBL, case report dan sebagainya. Pelajaran yang terlalu pack dan kadang-kadang tak cukup tangan untuk menelaah recommendation teks book. Adakalanya kita sering mencari jalan pintas dengan membaca nota yang paling ringkas dan buku yang paling nipis. Seolah-olah ingin sekadar melepasi garisan peperiksaan dengan LULUS.

     Cukupkah bagi kita menjadi doktor yang cukup makan. Tergamakkah kita bila merawat pesakit dengan buku masih berada dalam genggaman tangan? Eh, bukankah doktor ni seorang yang long life learning. Belajar sehingga ke akhir hayat. Betul memang tak dinafikan tapi itu untuk top up ilmu yang sedia ada. Mencantikkan pengetahuan yang sedia maklum. Bukannya baru nak merangkak belajar

    Maka ramai dikalangan kita bertungkus lumus untuk belajar sehinggakan ada yang melanggar fitrah, yakni stay up atau erti kata lain tak tidur malam. Kejayaan dan kefahaman itu bukan diukur dengan berapa banyak kita habiskan dengan belajar. Jam bukan kayu ukur berapa banyak ilmu yang kita dapat.

    Untuk itu sahabat sekalian, rancanglah strategi sendiri untuk menjadi 5 STAR’s doctor. Gunakanlah masa yang sebaiknya. Hentikanlah sikap bertangguh. Kata pepatah arab yang bermaksud Menangguh adalah pencuri masa. Jika punya jadual sendiri maka ikutilah. Jangan tangguh. Sikap bertangguh ini merupakan sikap yang sia-sia.

    Kita telah didedahkan dengan pelbagai strategi pengurusan masa. Bagaimana hendak menggunkan sebaiknya. Namun pernahkah kita terfikir kesesuaian strategi itu dan bila kita untuk menrancang strategi yang bersesuaian dengan diri kita. Rambut sama hitam namun hati lain-lain.
    Carilah strategi itu di waktu senggang dan hayatilah startegi itu, kerana itu yang kita rancangkan. Carilah teman untuk berdiskusi, carilah sahabat untuk mengadu. Perkonsian kali ini bukan untuk mengupas tentang strategi pengurusan masa, perkongsian kali ini sekadar mukadimah bagi membentuk keyakinan kamu semua dalam mengurus masa. Tanamkanlah azam dalam diri untuk menguruskan masa sebaiknya. Andainya kita tak mencuba sekarang bila masanya perkara ini akan berlaku.

    Masa yang ada gunakanlah sebaiknya. Ilmu itu bukan dituntut untuk sekadar menjadi doktor tetapi ilmu itu dituntut untuk menyempurnakan hak-Nya. Sama-samalah kita baiki diri dalam pengurusan masa. Sesungguhnya masa adalah sesuatu yang penting kalu tak masakan Allah Bersumpah Demi Masa.
    syabab

  2. 1 comments:

    1. dRmusleh said...

      bertanya imam malik kepada anak muridnya....
      apakah perkara yang paling jauh
      dan jawabnya adalah masa lalu....
      semakin maju kita tempuh hari yang mendatang semakin jauh pada masa yang lalu..guna kan msa sebaiknya...