
Tetiba persoalan ini menjengah di kotak minda ketika berada dalam satu meeting program yang akan dijalankan. Isu ini pelik, biasanya orang akan berkata Melayu Islam dan bukannya Islam Melayu. Entah macam mana tersasul atau sengaja mengucapkan frasa Islam Melayu.
Ya memang tidak dinafikan memang perkataan Islam Melayu memang sengaja diucapkan Tapi kenapa? Pelik dan tak biasa didengari. Memang Nampak jangkal. Itulah reaksi sesetengah sahabat ketika perkataan ini muncul dari mulut saya. Seolah-olah satu lawak dan gurauan, tapi jauh dari sudut hati untuk memperbetulkan frasa Melayu Islam.
Dalam perlembagaan Malaysia telah ditakrifkan bahawa Melayu itu MESTI beragama Islam. Sah dan tepat maklumat ini di dalam perlembagaan Malaysia yang mana seperti kita sedia maklum perlembagaan Malaysia merupakan bonda kepada undang-undang sivil di Malaysia. Lalu dari sini kitalah mensinonimkan perkataan Melayu dan Islam, maka lahirlah golongan Melayu Islam.
Persoalan di sini adakah Islam itu diturunkan kepada bangsa tertentu?? Nak masuk Islam maka terpaksa masuk bangsa tersebut. Inilah persoalan pokok yang hendak dibahaskan. Islam memiliki Melayu atau Melayu yang memiliki Islam. Inilah dia kesilapan kita dalam mentafsirkan perlembagaan. Sememangnya secara sejarah keseluruhan orang Melayu memeluk agama Islam. Ini tidak membawa maksud yang Islam itu adalah agama hanya bagi orang Melayu.
Sentimen ini telah lama diperhatikan dalam masyarakat kita. Kita telah mengadatkan Islam dengan adat budaya Melayu. Sedikit demi sedikit, sehasta demi sehasta malah kini Islam berjaya diadatkan. Kita harus bezakan antara adat dan ibadat. Antara Melayu dan Islam. Apakah bangsa Cina yang memeluk Islam bermakna masuk Melayu.
Teringat ketika mana menghadiri satu forum yang dipanelkan oleh Ustaz Hussien Yee and Xifu Nasir, mereka mendapat hidayah bukan secara keturunan. Mereka merasa kenikmatan hidayah dengan mencarinya. Sungguh betruah golongan sebegini. Kata Xifu Nasir kebanyakkan orang Cina yang ingin memasuki Islam di larang oleh keluarga kerana mereka akan meninggalkan adat resam kaum Cina dan mengikuti adat resam kaum Melayu ( khusus kepada perkara yang tidak bercanggah dengan akidah).
Hari ini jika kita lihat, ramai orang Melayu telah mengadatkan ibadat di dalam Islam. Contoh yang paling dekat adalah bulan Ramadhan lalu, kita diwajibkan puasa atas nas dan dalil-dalil dalam al-Quran.
“ Wahai orang-orang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,” (2:183)
Adakah benar orang Melayu Islam berpuasa untuk mendapat ketakwaan atau sekadar sudah menjadi satu kebiasaan bagi kita untuk berpuasa di bulan Ramadhan. Bukan semua orang Melayu begitu tapi inilah yang saya cuba sampaikan. Sudah banyak ibadat kita jadikan adat. Tak cukup dengan itu, bila hadirnya Ramadhan maka muncullah Program Ihya’ Ramadhan. Berteraskan objektif yang menginginkan Ramdhan para pelajar lebih bermanfaat tapi hakikiatnya para sahabat program tahunan sebegini telah dijadikan medan menukar ibadat kepada adat.
Saya tak kata kita perlu boikot program ini. Tak perlu buat program ini dan sebagainya. Namun kita perlu sedar bahawa program ini menganjurkan kita untuk beribadat maka jangan jadikan ianya sebagi satu kebiasaan program tahunan kita. Agar nanti orang bukan Islam tidak menganggap bahawa program ini merupakan satu adat Islam.
p/s : mungkin ini hanya lontaran yang dibelenggu nafsu, namun hakikatnya ramai masih keliru Islam dan Melayu. Mungkin di sini tidak membawa apa-apa sokongan dalil dan nas yang beteraskan al-Quran dan Ass-sunnah. InsyaAllah akan meng'update' sekiranya terjumpa dalil yang menyokong pendapat ini. Wallahualam
Islam memang bukan untuk kaum tertentu sahaja bahkan bagi setiap makhluk.
isu yang menarik.
Ramai yang anggap melayu itu islam, sedangkan sekarang telah lahir melayu yang dikristianisasi.Cuma di Malaysia adatnya, ramai orang Islam adalah melayu.
Mari mengislamkan bangsa-bangsa dunia, bukan 'membangsakan' islam.
Benar dan tepat...
Islam itu untuk semua..
Itulah perjuangan kita sepatutnya
Bukan memperjuangkan MELAYU
tetapi memperjuangkan ISLAM
Hanya dengan ISLAM (taat pada perintah ALLAH dan RASULULLAH) MELAYU akan terjaga.
Kita mulakan dengan individu, keluarga dan masyarakat dalam memasakkan pemahaman ISLAM dan memansuhkan MELAYU ISLAM dari kotak minda.
agar ISLAM bangkit semula
[IMG]http://i823.photobucket.com/albums/zz158/petr_cech3k1/hero.gif[/IMG]
...wallahualam.....