
Selepas menghadapi last paper teori hari jumaat, geng-geng 2nd year medical student telah keluar secara beramai-ramai untuk melihat movie. Saya rasa hampir 50-60% pelajar yang keluar. Mungkin nak release tension before jawab OSPE nanti. So tak boleh menganggap medical student ni terperap dalam bilik and study 24 hours.
Me and my geng ( semuanya 9 orang) turun ke GSC Pavillion untuk negok cerita 2012. Movie ni baru keluar. So kat kaunter tu memang ramai la orang beli tiket. Kenapa diri ini tertarik untuk melihat cerita ini? Sedangkan cerita ini melibatkan akidah umat Islam. Rukun Iman kita yang ke-6 Beriman kepada hari Kiamat. Dalam cerita ini juga melibat sentimen keagamaan.
Dorongan untuk melihat cerita ini lahir dari satu persoalan. Apakah pandagangan agama lain terhadap hari kiamat? The end of World. Sudah tentu mereka percaya pada hari Kiamat. Tak kira agama. Secara saintifiknya mereka menganggap Bumi yang kita diami ini akan meletup. Akan musnah bila sampai hadnya. Mereka sanggup menjalankan berbillion-billion duit untuk mengkaji tentang perihal ini.
SIKAP manusia kini ingin mengetahui BILA TARIKH KIAMAT? Kenapa mereka inginkan tarikh itu kerana mereka ingin bersedia. Bersedia untuk mati? Tidak mereka ingin bersedia untuk meloloskan diri dari bahang kiamat. Mereka yakin dengan teknologi yang sedia ada mampu mengubah kuasa TUHAN yakni ALLAH.
Teringat usrah mingguan bersama Dr. Kamil :
" Nak tanyalah bang. Apa pendapat abang tentang ahli sains yang mengkaji bila hari kiamat?" satu persoalan yang timbul dicelah-celah perbincangan kami tentang hari Kiamat.
" Sebelum tu nak tanya kenapa nak tahu?" Dr. Kamil timbulkan persoalan balik.
" Sebab boleh bertaubat kot....hehehe," jawab aku sambil berseloroh.
Sambil tersenyum Dr. Kamil memberikan pandangannya.
" Bukan untuk bertaubat, malah mereka berlumba-lumba nak buat maksiat. Orang yang nak tahu bila Kiamat ni, orang yang Cintakan dunia takutkan mati (maksudnya kepada orang-orang yang merasa tidak puas dengan kehidupan di dunia. Mereka ni berlumba-lumba supaya mereka boleh hidup. Rasulullah pernah bersada yang mana umat aku akhir zaman akan ditimpa penyakit yakni cintakan dunia takutkan mati."

Jadi inilah sikap manusia yang tiada pegangan agama. Mereka tidak sedar bahawa kiamat itu pasti berlaku cuma tiada satu pun titik perubahan dalam hati untuk mereka bertaubat kepada Allah, Tuhan semesta Alam. Mereka seolah-olah memikirkan kuasa teknologi inilah mampu menyelamatkan mereka. Akidah mereka telah terpahat pada TEKNOLOGI. Inilah sebesar-besar dosa, mensyirikkan Allah.
Sahabat sekalian. dalam peristiwa Isra' dan Mikraj, diceritakan ada satu perempuan tua yang bongkok tiga menegur nabi Muhammad. Nabi bertanya kepada Jibril a.s siapakah perempuan itu. Maka Jibril pun berkata itulah dunia.
Kiamat boleh berlaku bila-bila masa, besok, lusa tahun depan, bila-bila sahaja. Hanya Allah sahaja yang maklum bila tarikh sebenar hari kiamat. Persoalannya kita tak perlu tahu bila tapi kita PERCAYA hari kiamat pasti akan tiba. Besedialah dengan amal ibadat. Bertaubatlah selagi ada masa.
Kita ini manusia lemah. Tak dapat untuk mentakwilkan bila masa yang sebenar hari kiamat. Janganlah kita sibuk mencari tarikhnya tapi sibukkanlah diri dengan persedian menghadapinya. InsyaAllah dalam post akan datang kita akan membincangkan suasana hari Kiamat tak seperti digambarkan dalam cerita 2012, Hari kiamat lebih dahsyat dari itu. Wallahualam.
Andai pada zaman Rasulullah jaraknya dengan hari kiamat hanya 2 jari, maka jika sekarang dimanakah marhalahnya?
Benar, kita sering menyebut tentg hari pembalasan yang tiada tandingan ini, namun kita lupa untuk bersedia.
Moga kita tergolong dlm kalangan yang terselamat drpd bertemu dengan Hari pembalasan ini.
Orang yang beruntung adalah apabila dia selalu mengingat mati. Mengingat mati, bermakna bersedia untuk menghadapi kematian. Bersedia menghadapi kematian bererti menggandakan amal ibadah.
Moga kita bukanlah tergolong dalam umat dicampakkan penyakit 'wahan' itu.
Wallahualam.
dunia berakhir tatkala sakaratulmaut menjemput kita..jadi hendaklah kita bersedia akan kematian yang pasti akan dtg, bukan disaat akhir kematian baru ingin kembali kpd Allah Ta'ala..
moga2 kita tergolong dlm glgn yg sentiasa mengingati kematian..insyaAllah..
betul kata-kata anta tu syeikh..
nak tunggu matahari terbit di barat ataupun nak tunggu sampai nyawa di kerongkong? mana yang lebih dekat sama-sama kita fikirkan..selalunya kedua2nya kita kaitkan dengan soal taubat..bila matahari terbit dibarat maka tertutuplah pintu taubat yang selama ini terbuka luas, manakala apabila nyawa di kerongkong pun bermakna peluang untuk taubat sudah tamat..bila mati menjemput, barulah teringat untuk taubat..
jadi rasulullah dah mengingatkan kita bahawasanya yang mengingati kematian adalah orang yang bijak bukan orang yang mengingati tarikh 2012!
*kalau salah, minta betulkan kesilapan ana.