Rss Feed
  1. mAnisnYa UkhWaH

    Saturday, December 5, 2009



    Sahabat satu perkataan yang ku rasa sinonim dengan ukhwah. Datangnya sahabat bila saat diperlukan.Di saat mengalami kedukaan dia datang meghulurkan bantuan. Saat air mata membasahi pipi detik itulah tangannya mengesatkan deraian air di pipi.

    Teringat masa berada di sekolah dulu satu frasa yang saya jira tida asing bagi pelajar Integrasi Jempol. 
       

     " Mak jauuuuuhhh, ayah jauuuhhh....isk...isk....." gurauan yang kadang kala ada benarnya. Kini baru diri ini benar-benar memahami. Walau keluarga kita dihujung dunia sekali pun namun kita tetap tidak keseorangan. Kita masih lagi punya teman. Teman seperjuangan. Sahabat yang sedia membantu seadanya. You are not walk alone.

  2. LA TAHZAN!!!!

    Tuesday, December 1, 2009

    Mungkin kiranya antum semua dah tahu result peperiksaan masing-masing. Ada yang baik ada juga yang sebaliknya. tak kira apa jua result yang kita dapat kita mesti REDHA!!! Terima dengan seadanya. Fikir dan renungkanlah kembali mana titik silapnya. Mana punca atau source menyebabkan kita mendapat keputusan sebegitu rupa. Muhasabah balik. 
    Tak kira lulus atau tidak reflect diri masing-masing balik. Rapatkanlah jurang kelemahan perkemaskanlah kekuatan. Yang baik kita permantapkan yang buruk kita jauhkan.
    Bagi yang diuji dengan kegagalan ingatlah bahawa pepatah arab ada menyebut :
    KEGAGALAN ITU ADALAH KEJAYAAN YANG TERTANGGUH
    Carilah sinar harapan yang baru dan jangan mudah mengalah. You are not alone.
    YOU ARE FAILED WHEN YOU STOP TRYING
    Kia masih lagi banyak ruang dan peluang untuk perbaiki kelemahan diri kita. Semuanya bermula dari kita. Takkan kejayaan itu datang semudah yang dijangka. Perlukan usaha. DOUBLE your EFFORT