Sahabat satu perkataan yang ku rasa sinonim dengan ukhwah. Datangnya sahabat bila saat diperlukan.Di saat mengalami kedukaan dia datang meghulurkan bantuan. Saat air mata membasahi pipi detik itulah tangannya mengesatkan deraian air di pipi.
Teringat masa berada di sekolah dulu satu frasa yang saya jira tida asing bagi pelajar Integrasi Jempol.
" Mak jauuuuuhhh, ayah jauuuhhh....isk...isk....." gurauan yang kadang kala ada benarnya. Kini baru diri ini benar-benar memahami. Walau keluarga kita dihujung dunia sekali pun namun kita tetap tidak keseorangan. Kita masih lagi punya teman. Teman seperjuangan. Sahabat yang sedia membantu seadanya. You are not walk alone.
Ukhwah itu lebih manis jika diselitkan dengan sulaman akidah yang mantap. Kalimah LAILAHAILLAH menjadi satu penyambung antara kami. Kami punya matlamat yang sama. Punya hala misi dan visi yang sama. Hakikat inilah yang saya kira menjalinkan ikatan mesra antara kami. Persahabatan atas dasar keimanan.
Adalah suatu yang amat bernilai bahkan barangan yang jarang ditemui jika anda menjadi seorang sahabat kepada seseorang yang hanya diikat dengan ikatan akhirat, bukan ikatan dunia, ikatan syurga bukan manfaat. Inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw melalui sabda baginda:
رجلان تحابا في الله اجتمعا عليه وتفرقا عليه.
Maksudnya: “Dua orang lelaki yang saling berkasih sayang antara satu sama lain kerana Allah. Mereka bertemu dan berpisah hanya kerana Allah.”

Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra
Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama
Biarlah apapun rahsia
Dan kelemahanmu tetap engkau temanku
Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Andainya tetap serupa
Adakalanya kita juga saling terluka
Namun di akhirnya kita tetap bersama
Dan kini dipisahkan dua benua
Saling mengejar cita
Tak pernah kulupakan
Detik yang indah bersamamu temanku
Ku pasti suatu masa
Engkau dan aku kan bertemu semula
Kembali menjalinkan detik nan indah
Untuk kenangan bersama
Bait-bait lirik lagu ini menguatkan lagi fenomena ukhwah dalam diri kita. Kita sering pinginkan seorang sahabat untuk tempat kita meluah rasa, mendamping kasih hanya semata-mata untuk capai redha Allah. Sahabat yang menjadi rakan Mujahid menjadi teman dalam arena perjuangan. Menjadi sebagai penegur jika kita salah. Menjadi perangsang bila kita lemah.
Ikhwah ingatlah setiap sahabat ada haknya.Tunaikanlah sekadar apa yang kita mampu. Ringankan tangan membantu rakanmu apa yang perlu. Ringankan bahumu untuk sama merasai beban yang dipikul temanmu. Bersama berjuang demi menegakkan Islam. Jangan ada seorang pun tinggal dibelakang. Yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing. Di sinilah akan berputiknya kemanisan ukhwah itu. Manis dalam perjuangan.
We are COMPLETE each other not COMPETE each other. Jadikanlah khilaf atau perbezaan pendapat sebagai satu titik pengajaran. Mungkin dari sini kita dapat melihat melalui dimensi yang berbeza. Mudah-mudahan kita dapat kebaikan dan manfaat bersama. Kita rapatkan jurang perbezaan kita perlebarkan kekuatan. Agar musuh-musuh Islam gerun.

Perjalanan kehidupan ini tidak tahu berapa panjang lagi. Jangan persiakan usia muda kita. Kemanisan ukhwah duniawi bukanlah semata-mata tahap kelazatan persahabatan yang kita pinginkan sahaja. Kita inginkan persahabatn ini di bawa ke syurga. Kekal di dalamnya selamanya.

Ingatlah janji Allah dalam surah al-Baqarah ayat 82
"Dan orang-orang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka itu penghuni syurga. Mereka kekal di dalamnya."
Moga ukhwah akidah ini membwa kita ke syurga. Agar kita dapat merasa sebenar-benar MANISNYA UKHWAH.
" Ya ALLAH Tuhan sekalian alam,Engkau redhailah persahabatan ini,Engkau kekalkanlah persahabatan kami,Janganlah Engkau pecah belahkan hati-hati kami,Redhailah Kami menjadi jundi--jundi penggerak agamaMu."
BERUBAH UNTUK MERUBAH
0 comments:
Post a Comment