Kepulan awan bergerak seiring
Melewati gunung-ganag
Menyusuri denai dan sungai
Rentaknya sama tempo bersahaja
Awan bukan stuktur yang kuat
Mereka juga tidaklah lemah
Tetapi mereka tampak gah
Bukan kerna mereka megah
Melewati gunung-ganag
Menyusuri denai dan sungai
Rentaknya sama tempo bersahaja
Awan bukan stuktur yang kuat
Mereka juga tidaklah lemah
Tetapi mereka tampak gah
Bukan kerna mereka megah
Mereka sentiasa bersama
Mengelilingi dunia
Membasahi bumi
Tugas dipikul bersama
Untuk manfaat semua

Persoalan sini, adakah kita rasa kebersamaan sahabat kita dalam gerak kerja kita? Adakah kita raikan sahabat kita? Adakah kita terima kekuatan sahabat kita? dan yang paling penting adakah kita gembira dan menyukai kumpulan kita?
JELAS TUJUAN DAN MATLAMAT
Sebagai satu gerakan kita perlu paham dengan jelas tentang hala tuju gerakkan kita. Kerana kefahaman itu adalah satu batu asas yang penting. Inilah yang akan menjadi enjin penggerak. Faham baru buat. Jangan kita faham sampai tak buat. Memang diakui untuk bulatkan kefahaman ahli bukan satu perkara yang mudah. Rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Pemikiran yang berbeza. Itu sudah tentu akan ada dalam mana-mana gerakan. Tapi jangan jadikan ini sebagai satu alasan untuk kita tidak menyertai gerakan, kita tidak membantu dalam gerakan. Jadikan perbezaan itu sebagai satu kekuatan, perbezaan inilah yang akhirnya akan menjadi buah fikiran yang baik. Usaha yang mantap. Back to basic, sebenarnya perbezaan itu datang kerana pelaksanaan kita yang pelbagai, matlamat kita tetap sama. Mana lebih dapat banyak ikan guna pancing atau jala? Masing-masing ada perspektif masing-masing. Namun bila dibuka pada meja rundingan kiranya perbezaan ini akan menjadi satu persamaan.
KEBERSAMAAN
Kekuatan awan bukan pada kehebatan stuktur awan itu, kekuatannya terhasil dari kebersamaan mereka. Mereka sentiasa bersama memecah awan. Kebersamaan cukup jelas. Penting juga bagi kita dalam bergerak kerja. Mustahil bagi kita untuk arif dalam semua bidang. Jika ada pun mungkin kita tak dapat melakukannya semua. Ahli gerakan perlulah diikat dengan satu kekuatan ukhawah yang biasa tapi dapat memberi kesan yang luar biasa. Kebersamaan tak dinilai dengan hadir meeting bersama, kenal nama, tahu serba sedikit. Maksud kebersamaan ialah kita bersama tak kira jatuh atau bangun. Menang atau kalah. Lawan atau berundur. Kebersamaan akan memupuk kesepaduan ahli. Mereka akan faham satu sama lain. Nilaian inilah yang akan memupuk semangat dalam ahli dalam terus berjuang. Mereka tahu mereka tidak berjuang seorang. Ada ramai orang dibelakang. Kaki yang menggeletar takut dapat disokong olehn sahabat dibelakang.
Belajarlah dari awan
Yang baik jadikan amalan yang buruk jadikan sempadan
Perjuangan perlu diteruskan.
Ayuh Syabab Pewaris Tahkta
salam
sahabat seperjuangan,
ulasan yg matang , yg memberi diri ini input dan suasana..
syukran
khalid alwalid
syukran sahabat
kita ni terlalu fikir yang jauh hingga lupa apa yang ada di sekeliling kita, yg kita boleh pelajari dan hayaiti..
wallahualam
syukran sahabat
kita ni terlalu fikir yang jauh hingga lupa apa yang ada di sekeliling kita, yg kita boleh pelajari dan hayaiti..
wallahualam