Rss Feed
  1. Belajar dari AWAN

    Thursday, January 7, 2010

    Kepulan awan bergerak seiring

    Melewati gunung-ganag

    Menyusuri denai dan sungai

    Rentaknya sama tempo bersahaja

    Awan bukan stuktur yang kuat

    Mereka juga tidaklah lemah

    Tetapi mereka tampak gah

    Bukan kerna mereka megah

    Mereka sentiasa bersama

    Mengelilingi dunia

    Membasahi bumi

    Tugas dipikul bersama

    Untuk manfaat semua


    Belajarlah dari awan, ringkasnya stukutur awan itu dari  air yang meruap. Fikirkan logik akal ikatan yang ada dalam air pun dah lemah inikan air yang telah meruap. Tapi ini langsung tidak menunjukkan kelemahan awan tersebut. Maha suci Allah yang menjadikan awan yang berada dalam kepulan-kepulan kecil mahupun besar.

    Persoalan sini, adakah kita rasa kebersamaan sahabat kita dalam gerak kerja kita? Adakah kita raikan sahabat kita? Adakah kita terima kekuatan sahabat kita? dan yang paling penting adakah kita  gembira dan menyukai kumpulan kita?

    JELAS TUJUAN DAN MATLAMAT 

    Sebagai satu gerakan kita perlu paham dengan jelas tentang hala tuju gerakkan kita. Kerana kefahaman itu adalah satu batu asas yang penting. Inilah yang akan menjadi enjin penggerak. Faham baru buat. Jangan kita faham sampai tak buat. Memang diakui untuk bulatkan kefahaman ahli bukan satu perkara yang mudah. Rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Pemikiran yang berbeza. Itu sudah tentu akan ada dalam mana-mana gerakan. Tapi jangan jadikan ini sebagai satu alasan untuk kita tidak menyertai gerakan, kita tidak membantu dalam gerakan. Jadikan perbezaan itu sebagai satu kekuatan, perbezaan inilah yang akhirnya akan menjadi buah fikiran yang baik. Usaha  yang mantap. Back to basic, sebenarnya perbezaan itu datang kerana pelaksanaan kita yang pelbagai, matlamat kita tetap sama. Mana lebih dapat banyak ikan guna pancing atau jala? Masing-masing ada perspektif masing-masing. Namun bila dibuka pada meja rundingan kiranya perbezaan ini akan menjadi satu persamaan.

    KEBERSAMAAN  

    Kekuatan awan bukan pada kehebatan stuktur awan itu, kekuatannya terhasil dari kebersamaan mereka. Mereka sentiasa bersama memecah awan. Kebersamaan cukup jelas. Penting juga bagi kita dalam bergerak kerja. Mustahil bagi kita untuk arif dalam semua bidang. Jika ada pun mungkin kita tak dapat melakukannya semua. Ahli gerakan perlulah diikat dengan satu kekuatan ukhawah yang biasa tapi dapat memberi kesan yang luar biasa. Kebersamaan tak dinilai dengan hadir meeting bersama, kenal nama, tahu serba sedikit. Maksud kebersamaan ialah kita bersama tak kira jatuh atau bangun. Menang atau kalah. Lawan atau berundur. Kebersamaan akan memupuk kesepaduan ahli. Mereka akan faham satu sama lain. Nilaian inilah yang akan memupuk semangat dalam ahli dalam terus berjuang. Mereka tahu mereka tidak berjuang seorang. Ada ramai orang dibelakang. Kaki yang menggeletar takut dapat disokong olehn sahabat dibelakang. 


    Belajarlah dari awan
    Yang baik jadikan amalan yang buruk jadikan sempadan
    Perjuangan perlu diteruskan.

    Ayuh Syabab Pewaris Tahkta 

  2. 3 comments:

    1. Anonymous said...

      salam

      sahabat seperjuangan,

      ulasan yg matang , yg memberi diri ini input dan suasana..

      syukran

      khalid alwalid

    2. dRmusleh said...

      syukran sahabat

      kita ni terlalu fikir yang jauh hingga lupa apa yang ada di sekeliling kita, yg kita boleh pelajari dan hayaiti..

      wallahualam

    3. dRmusleh said...

      syukran sahabat

      kita ni terlalu fikir yang jauh hingga lupa apa yang ada di sekeliling kita, yg kita boleh pelajari dan hayaiti..

      wallahualam