Rss Feed
  1. Asbab Jerawat Tercetusnya Perjaungan

    Monday, January 25, 2010



         Teringat peristiwa dulu, menegenangkan kisah dibangku sekolah. Macam-macam benar perkara yang berlaku. Untuk dijadikan tarbiyah penghias diri dalam merempuh dunia yang serba baru. Kisah ini ku petik dari celoteh seoarang naqib terdahulu. Seorang dai'e kotemperori, seorang sahabat yang berjiwa besar, namun Allah lebih menyanyangi dia. Dia pergi dulu bertemu Illahi.

         "Abang banyak sangatlah jerawat ni, macam mana nak buat yer?" tanya seorang adik usrah kepada naqibnya. Mereka duduk dibangku hadapan surau menonton sahabat lain yang sedang beriadah. Dia hanya tersenyum tanpa menjawab. 

        "Saya tengok abang takda jerawat pun, abang pakai pencuci muka apa" tanya lagi anak usrahnya dengan untuk mendapat kepastian. Geram sungguh dia dengan jerawat yang mula muncul seiringan dengan usia remajanya. Maklumlah masih lagi dalam fasa peralihan. Dia tersengih lagi tanpa berkata apa-apa.

         "Ish abang ni gelak pula, belasah karang" segenggam penumbuk dituju pada abang naqibnya. Bukan untuk ajak bertumbuk tapi sekadar gurauan. Gurau-gurau anak usrah katakan. 

         " Cuba tengok tu," dia mlua menunding jari ke arah sekelompok burung yang terbang memecah alam.

         "Apa kaitan, ni mula lah ni..."
         
          " Kawanan burung itu, tak pernah mengeluh tentang kehidupannya, mereka tak pernah kata itu dan ini. Saling tidak berpuas hati dengan satu sama lain. Mereka redha dengan takdir mereka. "
         
         " Tapi saya bukannya cemburukan abang malah saya mahu jadi macam abang" balasnya dengan semangat.
         " Bukankah paras rupa itu bersifat sementara akhi, dalam kubur nanti reputlah. Nilai kita di sisi Allah adalah TAKWA yang dikendong bukan wajah, bukan harta mahupun pangkat. Ana tak mahu enta jadi seperti ana. Ana mahu lihat enta jadi orang yang hebat seperti Hassan Al-Banna, Sultan Al-Fateh dan Sallahudin Al-Ayubi, bukankah mereka itu pemuda yang patut dicontohi?" kata-katanya sarat dengan dakwah.Itulah naqib yang sering menjadi rujukan adik-adik. Kata-katanya pasti membakar semangat dalam diri.

         " Akhi, ana nak enta faham kawanan burung itu bukan semuanya cantik, mereka juga berlainan antara satu sama lain. Ada kepak yang besar, ada juga yang kecil, Ada paruh yang tajam dan besar dan ada juga sebaliknya. Namun begitu mereka saling bantu membatu. Mereka memberi kekuatan masing-masing untuk merapatkan jurang kelemahan kumpulan mereka. Jesteru itu mereka dapat membina satu sarang yang utuh dan kukuh. Macam itulah kita ni....Kita gunakan segala kepakaran yang kita ada, segala kelebihan yang dimiliki untuk tegakkan Islam. Perjuangan bukannya seorang, tapi perjuangan itu adalah satu kumpulan." zihin demi zihin dikeluarkan dalam memasak rasa jihad dalam diri anak usrah dan dirinya sendiri.

         " Tapi saya rasa kurang keyakinanlah bang, saya tidak nampak mana kekuatan dan kelebihan saya, saya takut saya jadi fitnah kepada perjuangan."

         " Ana nampak kelebihan akhi, Akhi ni bijak mengatur strategi, akhi mantap dalam mematah hujah pihak lawan. Akhi berani besuara. Akhi seorang yang optimistik dan futuristik. Tidakkah enta perasan semua itu. Itulah kekuatan enta. Namun enta kene gilapkan lagi. Janganlah kita ini sentiasa berada ditakuk yang sama. Hari ini lebih baik dari semalam dan besok lebih baik dari hari ini. Jadikan ini sebagai satu perangsang kepada kita untuk menjadi yang lebih baik." kata-kata lancar naqib itu merangsang minda anak usrahnya, membakar semangat untuk berjuang.

       
         "Mana ada manusia dalam dunia ni boleh nampak wajahnya sendiri tanpa melihat pada cermin.Betulkan?"satu persoalan diungkap dengan bersahaja tapi penuh makna.

       
          " Cermin itulah yang dapat kita jadikan medium perantara untuk kita lihat wajah kita. Hensem ke tak, cantik ke tak. Sama jugalah nak melihat kelebihan dan kekurangan dalam diri kita. Kita perlukan medium seperti cermin. Kita perlu bantuan 'cermin' untuk melihat kelebihan dan kekurangan yang terlindung dalam diri kita. Nanti bolehlah kita menggunakan kelebihan. Memperbaikik kelebihan." sambung hujah.

         
         Anak usrahnya kali ini tidak faham apakah yang dimaksud oleh naqibnya. " Apa maksud 'cermin' tu bang?

         
         "Cermin' yang dimaksudkan ialah sahabat kita. Sahabat yang mampu mengetengahkan  bakat kita yang sedia ada dan menegur kelemahan yang kita miliki. Semua ini demi kebaikan perjuangan fisabilillah. Kadang-kadang kita tidak perasan kekuatan yang ada lalu kita abaikan. Acap kali kita alpa dengan kelemahan lalu kita sering ulangi. Maka sampai bila kita nak tunggu kelahiran Umar di era kini. Sampai bila kita masih lagi berangan nak tegakkan Islam di muka bumi andai masih tidak mengislahkan diri. Islam itu datang dalam keadaan dagang, Dan akan kembali dalam keadaan dagang. Maka beruntunglah orang yang dagang. Jadinya akhi tegur ana dan ana tegur akhi demi kemaslahatan bersama,boleh?"
         
        "Dah jom kita makan, dewan makan pun macam dah buka tu," sang naqib yang mendamba kasih Ilahi menarik mad'unya untuk ke dewan makan aspura yang terletak bersebelahan dengan surau.

       
          "Tapi bang apa jawapan persoalan saya yang pertama?" anal usrahnya masih lagi tergiag-giang persoalan yang diutarakan tadi.

         
         "Soalan yang mana satu, asal pencuci muka yang ana pakai?" balasnya sambil meletakkan tangan dibahu anak usrahnya. Kemesraan itulah yang mejalinkan ukhawah fillah, Kemesraan itulah yang dapat mengetuk pintu hati untuk berjuang. 

         
         "Ya,jawaplah bang," terpancar satu harapan agar naqibnya memberikan jawapan. Memang mahu sungguh dia mengetahuinya. Apakah formula yang dipakai oleh naqib kesayangannya itu.

         
          "Pastikan cuci muka sekurang-kurangnya lima kali sehari.Kalau lebih lagi bagus. Pastikkan dia sempurna."

         
         Tidak puas dengan jawapan naqibnya, seolah-olah naqibnya cuba berdalih. Dia berfikir sejenakan adakah membasuh muka dengan sempurna sekurang-kurangnya lima kali saehari dimaksudkan dengan mengambil wudu'. Allahu Rabi, halus sungguh dakwahnya sehinggakan setiap tutur katanya dibasahi dengan ayat dakwah. 

       
         Inilah antara kisah-kisah di madarsah. Madrasah yang mengajar erti perjuangan. Madrasah yang mengenalkan seni dakwah. Kisah ini adalah ribuan dari kisah benar yang ana ungkapkan. Kisah ini memperingantkan ana kepada seorang naqib yang berjiwa besar namun dia telah dijemput Ilahi, sudah setahun dia pergi. Bait-bait memori masih segar dalam benak masih utuh dalam diri. Moga Allah merahmatinya. Al-fatihah.


  2. Belajar dari AWAN

    Thursday, January 7, 2010

    Kepulan awan bergerak seiring

    Melewati gunung-ganag

    Menyusuri denai dan sungai

    Rentaknya sama tempo bersahaja

    Awan bukan stuktur yang kuat

    Mereka juga tidaklah lemah

    Tetapi mereka tampak gah

    Bukan kerna mereka megah

    Mereka sentiasa bersama

    Mengelilingi dunia

    Membasahi bumi

    Tugas dipikul bersama

    Untuk manfaat semua


    Belajarlah dari awan, ringkasnya stukutur awan itu dari  air yang meruap. Fikirkan logik akal ikatan yang ada dalam air pun dah lemah inikan air yang telah meruap. Tapi ini langsung tidak menunjukkan kelemahan awan tersebut. Maha suci Allah yang menjadikan awan yang berada dalam kepulan-kepulan kecil mahupun besar.

    Persoalan sini, adakah kita rasa kebersamaan sahabat kita dalam gerak kerja kita? Adakah kita raikan sahabat kita? Adakah kita terima kekuatan sahabat kita? dan yang paling penting adakah kita  gembira dan menyukai kumpulan kita?

    JELAS TUJUAN DAN MATLAMAT 

    Sebagai satu gerakan kita perlu paham dengan jelas tentang hala tuju gerakkan kita. Kerana kefahaman itu adalah satu batu asas yang penting. Inilah yang akan menjadi enjin penggerak. Faham baru buat. Jangan kita faham sampai tak buat. Memang diakui untuk bulatkan kefahaman ahli bukan satu perkara yang mudah. Rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Pemikiran yang berbeza. Itu sudah tentu akan ada dalam mana-mana gerakan. Tapi jangan jadikan ini sebagai satu alasan untuk kita tidak menyertai gerakan, kita tidak membantu dalam gerakan. Jadikan perbezaan itu sebagai satu kekuatan, perbezaan inilah yang akhirnya akan menjadi buah fikiran yang baik. Usaha  yang mantap. Back to basic, sebenarnya perbezaan itu datang kerana pelaksanaan kita yang pelbagai, matlamat kita tetap sama. Mana lebih dapat banyak ikan guna pancing atau jala? Masing-masing ada perspektif masing-masing. Namun bila dibuka pada meja rundingan kiranya perbezaan ini akan menjadi satu persamaan.

    KEBERSAMAAN  

    Kekuatan awan bukan pada kehebatan stuktur awan itu, kekuatannya terhasil dari kebersamaan mereka. Mereka sentiasa bersama memecah awan. Kebersamaan cukup jelas. Penting juga bagi kita dalam bergerak kerja. Mustahil bagi kita untuk arif dalam semua bidang. Jika ada pun mungkin kita tak dapat melakukannya semua. Ahli gerakan perlulah diikat dengan satu kekuatan ukhawah yang biasa tapi dapat memberi kesan yang luar biasa. Kebersamaan tak dinilai dengan hadir meeting bersama, kenal nama, tahu serba sedikit. Maksud kebersamaan ialah kita bersama tak kira jatuh atau bangun. Menang atau kalah. Lawan atau berundur. Kebersamaan akan memupuk kesepaduan ahli. Mereka akan faham satu sama lain. Nilaian inilah yang akan memupuk semangat dalam ahli dalam terus berjuang. Mereka tahu mereka tidak berjuang seorang. Ada ramai orang dibelakang. Kaki yang menggeletar takut dapat disokong olehn sahabat dibelakang. 


    Belajarlah dari awan
    Yang baik jadikan amalan yang buruk jadikan sempadan
    Perjuangan perlu diteruskan.

    Ayuh Syabab Pewaris Tahkta