Rss Feed
  1. Malu Pencegah Maksiat

    Thursday, July 22, 2010

    Sifat malu itu adalah fitrah. Malu dapat ditafsirkan sebagai satu rasa, menahan, menyendiri, berubah dan mengalah yang dirasai oleh seseorang lantaran bimbangkan perkara yang boleh mengaibkannya.

    " Iman mempunyai 60 lebih canag. Malu adalah salah satu cabang iman."  Riwayat al-Bukhari

    "Sesungguhnya setiap agama mempunyai akhlak. Akhlak Islam ialah malu." Riwayat Ibnu Majah.

    " Malu tidak datang melainkan (membawa) kebaikan." Riwayat al-Bukhari.

    Dari Abdullah bin Mas'ud :
    "Malulah terhadap Allah dengan sebenar-benar malu." Kami bertanya: "Wahai Rasulullah, sesunnguhnya kami pemalu alhamdulillah." Sabda Nabi: " Bukan begitu (maksud malu sebenar). Namun malu terhadap Allah dengan sebenar-benar malu ialah : kamu menjaga kepala dan segala pancaninderanya, perut dan anggotanya. Ingatlah dengan mati dan perkara yang rosak. Sesiapa yang inginkan akhirat, tinggalkanlah perhiasan dunia. Oleh itu seseiapa yang melakukan perkara tersebtu dia telah malu terhadap Allah dengan sebenar-benar malu." (riwayat Tarmizi)

    Prevention is better than cure. Masalah sosial yang timbul kini boleh diselesaikan dengan pelbagai cara. Cara yang terbaik adalah kembali kepada Allah. Didikan dan tarbiyah yang mantap mampu mengasuh sifat malu yang sedia ada serta memantapkannya lagi. Alangkah indahnya jika dikalangan kita punya sifat malu dan dipraktikkan pada tempat yang betul.Malu itu satu penawar yang cukup baik dalam mencari solusi kepada masalah sosial hari ini.


  2. 0 comments: