Rss Feed
  1. Wahnan Ala Wahnin

    Thursday, July 8, 2010

    Gambar Hiasan : Teringat bila mana pertama kali conduct delivery.

     " Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada ibubapanya, ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan meyapihnya (menyusukannya) dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang ibua bapamu, hanya kepadaKul kembalimu." Luqman (31 : 15)

    Mujahid berkata yang dimaksudkan dengan "wahnan ala wahnin" adalah dalam keadaan penuh penderitaan saat mengandungkan anak. Manakala menurut Qatadah maksudnya adalah ibu itu dalam keadaan kepayahan di atas kepayahan. Atha al-Khurasani mentafsirkan pula kelemahan di atas kelemahan.


    Menurut pembelajaran sebagai pelajar perubatan, terdapat beberapa penyakit yang biasanya menyerang ibu-ibu mengandung. Contonhya darah tinggi yang boleh membawa kepada eclampsia, kencing manis dan lain-lain. Malah terdapat juga kes-kes uri dibawah (placenta previa) yang boleh membawa kepada pendarahan sewaktu mengandung. Begitulah keadaan seorang ibu mengandung yang kadang-kadang mendapat pakej penyakit sewaktu mengandung dan berkemungkinan penyakit itu boleh berlarutan selepas melahirkan anak. Manakah kesyukuran kita sebagai seorang anak??

  2. 0 comments: