Hari ini aku terbaca kisah yang ditulis oleh Prof Dr Yusuf Al Qardawi tentang dua pemuda Ikhwanul Muslim sezaman dengan beliau dalam bukunya Aku dan Al Ikhwan Al Muslimun. Sungguh kagum dengan kisah perjuangan dua orang ini yang benar-benar meletakkan kepentingan Islam lebih tinggi daripada kepentingan diri mereka sendiri.
Perjuangan mereka betul-betul satu perjuangan yang suci. Mereka berjuang bukan kerana ingin mendapat harta yang banyak. Mereka bukan berjuang kerana ingin jawatan dan pangkat yang tinggi. Apataha lagi mendapat pujian dari mata dunia. Semua cita-cita duniawi diketepikan semata-mata ingin melihat Islam tertegak. Islam itu perlu dikembalikan kepada kedudukan asalnya. Tempatnya tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi dari Islam.
Kisah yang pertama mengenai pemuda bernama Abdul Wahab al-bitanuni. Seorang pemuda yang masih lagi bersekolah. Apabila datang seruan jihad bagi memerangi Zionis di Palestine tanpa sedikit keberatan beliau terus mara menjadi sebagai sukarelawan Ikhwan. Namun, baginya ada dua pengahalang besar.