Rss Feed
  1. Kisah Pemuda Ikhwan

    Wednesday, July 10, 2013

    Hari ini aku terbaca kisah yang ditulis oleh Prof Dr Yusuf Al Qardawi tentang dua pemuda Ikhwanul Muslim sezaman dengan beliau dalam bukunya Aku dan Al Ikhwan Al Muslimun. Sungguh kagum dengan kisah perjuangan dua orang ini yang benar-benar meletakkan kepentingan Islam lebih tinggi daripada kepentingan diri mereka sendiri.

    Perjuangan mereka betul-betul satu perjuangan yang suci. Mereka berjuang bukan kerana ingin mendapat harta yang banyak. Mereka bukan berjuang kerana ingin jawatan dan pangkat yang tinggi. Apataha lagi mendapat pujian dari mata dunia. Semua cita-cita duniawi diketepikan semata-mata ingin melihat Islam tertegak. Islam itu perlu dikembalikan kepada kedudukan asalnya. Tempatnya tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi dari Islam.

    Kisah yang pertama mengenai pemuda bernama Abdul Wahab al-bitanuni. Seorang pemuda yang masih lagi bersekolah. Apabila datang seruan jihad bagi memerangi Zionis di Palestine tanpa sedikit keberatan beliau terus mara menjadi sebagai sukarelawan Ikhwan. Namun, baginya ada dua pengahalang besar.


    Pertama, halangan dari bondanya tercinta. Ibunya merupakan ibu tunggal dan Abdul Wahab merupakan satu-satunya anaknya. Berat bagi ibunya untuk memberikan keizinan kepada anaknya itu. 

    Apabila ibunya diceritakan kisah-kisah ibu para mujahidin dan pahlwan yang terdahulu memperjuangkan kalimah tauhid sedikit sebanyak membuka hatinya untuk memberikan keizinan. Jihad di medan perang itu tidak mempercepatkan atau melambatkan ajal seseorang. Jika tidak mati di hujung mata pedang sudah tentu kita akan mati jua kerana mati itu pasti. 

    Halangan yang kedua dihadapi oleh Abdul Wahab adalah ketika itu Ikhwan melarang kemasukan sukarelawan yang masih bersekolah melainkan mereka perlu mendapat persetujuan daripada Hassan Al Banna.  Dek kerana tekad dan kesungguhannya maka sahabat-sahabatnya membantunya untuk mendapatkan kebenaran. Sekali lagi halangan itu diruntuhkan dengan keazaman yang kental. Akhirnya Abdul Wahab di medan jihad.

    Kisah kedua aku baca adalah kisah seorang pemuda bernama Hasan Tawil. Beliau merupakan seorang petani. Apabila seruan jihad datang padanya maka terpancar di wajahnya keazaman untuk menyertai pasukan Ikhwan. Beliau menjual kambing betinanya untuk dijadikan modal jihad. Hasil dari jualannya itu dapatlah membeli selara senapang. Maka diinfakkan diri dan senapang itu ke jalan jihad. 

    Ketika itu kepala wilayah Ikhwan di Basiyun iaitu Haji Ahmad Bass mendatangi Hassan dan berkata “ Hasan, cukuplah kamu berjihad untuk dirimu sahaja. Biarlah orang lain berjihad dengan harta mereka. Tinggalkanlah kambing betina itu untuk anak-anakmu.”

    Hassan menjawab “ Wahai Haji Ahmad, adakah engkau tidak tahu bahawa Allah berfirman :  “Dan berjihadlah di jalan Allah dengan harta dan diri kamu” ( At-taubah :41). Perniagaan yang menguntungkan dunia dan akhirat adalah jihad dengan harta dan jiwa. 

    Haji Ahmad berkata lagi “ Bukankah Allah berfirman : “ Bahawa kalian akan memperoleh syurga dengan jiwa dan harta kalian. (At-Taubah ; 111). Allah mendahulukan kalimah jiwa sebelum kalimah harta.

    Hassan menjawab “ Tetapi aku ingin membayar dengan harga penuh agar aku dapat masuk syurga.”

    Mensoroti kisah kita satu perkara yang perlu kita ambil contoh adalah keazaman beliau. Betapa besar sekali pun halangan yang dihadapi jika kita punya azam yang kuat dengan izin Allah semua itu dapat diselesaikan dengan mudah. Tanpa azam yang jitu kita rapuh. Azam itu lahir dari matlamat perjuangan yang benar. Keyakinan yang medalam terhadap perjuangan dan fikrah yang jelas. Sungguh aku kagum dengan pemuda ini.

    Mereka mengenepikan kepentingan peribadi dan mengetegahkan kepentingan umat. Tidak ada satu pun di kalangan mereka mempunyai cita-cita dan impian untuk mendapatkan ganjaran duniawi. Apa yan dinantikan mereka adalah gajaran syurga. Mereka tekad mendapatkan syurga walau jiwa melayang, dihimpit kemiskinan. Muhasabah bagi kita bagi yang inginkan syurga tapi lena dibawah selimut dunia. 

    1 Rammadhan 1434
    10 Julai 2013
    Bukit Kerdas



  2. 0 comments: