Rss Feed
  1. Satu Episode BTN

    Friday, June 14, 2013

    Teringat sedutan peristiwa setahun sudah di BTN. Fasilitator suruh memilih satu perkara yang paling penting antaranya bangsa, keluarga, agama dan negara. Maka sudah tentu kami memilih agama. Bukan setakat muslim malah ada di kalangan non muslim juga memilih agama.

    Namun fasilitator berkeras bahawa elemen yang terpenting adalah BANGSA. Bangsa dapat menyatupadukan negara. Bangsa dapat meningkatkan ekonomi negara. Tanpa bangsa siapalah kita.
    Katanya belum tentu kita punya negara yang aman jika kita tidak titik beratkan soal bangsa. Belum tentu keluarga kita akan bahagia jika bangsa kita gadaikan. Belum tentu agama kita selamat kalau bangsa kita judikan.

    Agama pula diberikan imej yang ekstrem. Katanya agama tidak mampu menjamin negara yang aman, keluarga yang bahagia apatah lagi menjamin survival bangsa. Satu demi satu imej ektrem dipertengahkan.



    Alahai fasilitator, jangan terlalu ekstrem dengan bangsa kamu. Duduk sandar dan fikirlah sejenak. Bagaimana hendak menyatukan dua bangsa jka bukan dengan agama. Bukan satu bahkan begitu banyak kabilah telah disatukan oleh agama. Islam menyatukan muhajirin dan ansar. Islam memakmurkan Madinah Munawarrah, membangunkan sistem ekonomi, pendidikan dan juga sosial.Begitu besar sumbangan agama kepada individu, masyarakat dan juga negara tetapi dinafikan. Bukan saya cuba ketepikan kepentingan bangsa cuma bagi saya agamalah yang mencorakkan kehidupan sesuatu bangsa.

    Kaji Semula Modul

    Selepas berdiskusi lebih jauh saya jelas apa yang cuba diperkatakan oleh fasilitator itu adalah kecintaan kepada bangsa. Bagaimana semangat mempertahankan bangsa dan negara. Perkara itu betul namun cara dan pendekatannya salah.

    Kami memerlukan modul yang perlu mewujudkan rasa cinta pada negara, membakar semangat patriotik dan seterusnya ingin berkhidmat untuk negara. Mulakan dengan penerangan perlembagaan Malaysia. Ramai yang tahu negara kita mengamalkan sistem Raja Beperlembagaan tetapi sejauh mana mereka memahai maksudnya. Usah cerita untuk menghayatinya kalau maksudnya sahaja kita tidak faham.

    Kedua, badan ini seharusnya menumpukan modul perpaduan antara kaum. Bagaimana untuk merapatkan jurang perkauman dan memperkukuhkan jati diri sebagai rakyat Malaysia. Ini tidak perkara 153 asyik diulang siar. Kaum Melayu anggapnya sebagai satu azimat tetapi kaum bukan Melayu mengaggap satu ancaman. Itu yang boleh saya simpulkan bukan dek silap perkara 153 itu tetapi cara penyampaiannya yang begitu offensive. Jadi jurang perkauman itu semakin melebar.

    Bagi saya isi dan objektif sudah cantik. Malangnya penyampaian dan susun atur modul itu gagal menyerlahkan is kandungnya. Mahu tidak mahu, suka atau tidak satu kajian dan penstukturan semula modul perlu dilaksanakan.

    Bukit Kerdas
    14 Jun 2012

  2. 0 comments: