Katakanlah (wahai Muhammad) : Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allahdan RasulNya dan berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehinga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akam memberikan petunjuk kepada orang-orang yang fasik(derhaka)
Surah At-Taubah : 24
Marilah kita berfikir sejenak dan muhasabah diri kembali. Adakah kita mengaku kita ini PEJUANG ISLAM, adakah benar kita BERJIHAD FISABILILLAH,sedangkan kecintaan kita kepada ALLAH dan Nabi Muhammad masih ada lagi hijab.Terhalang dengan kecintaan kita kepada mahluk.
Orang tua pernah berpesan nak menyeluk pekasam biar sampai lengan. Genggam bara api biar sampai jadi abu. Pepatah-pepatah ini sebenarnya membawa erti yang besar. Satu frasa yang mudah saya nyatakan iaitu PENGORBANAN.
Pengorbanan yang bersungguh-sungguh. Hanya benar-benar inginkan keredhaan Allah. Kita mahu masyarakat Islam yang melabelkan dirinya sebagai dai’e perlu sedar dan peka bahawa dakwah ini hanya untuk golongan yang menyerahkan segala kemampuan yang dimilikinua termauk jiwa, harta masa dan tenaganya.
Marilah kita menjadi seperti Tholhah bin Ubaidillah, seorang sahabat nabi yang mana nabi telah bersabda selepas peperangan Uhud
Sesiapa yang ingin melihat seorang lelaki yang masih berjalan di atas muka bumi sedangkan dia telah selesai menunaikan janjinya kepada Allah (seolah-olah dia telah syahid) maka lihatlah Tholhah bin Ubaidillah.
Kisah perjuangan Tholhah Bin Ubaidillah boleh kita ambil iktibar yang mana beliau merupakan seorang mujahid yang menjadikan lengannya sebagai perasai dalam mempertahankan nabi. Sehingga ada yang menyatakan badan Tholhah Bin Ubaidillah penuh dengan bekas-bekas parut.
Jadi mana letaknya perjuangan yang kita agungkan.Mana nilainya. Moga selepas ini kita menjalankan gerak kerja Islam tanpa ada satu alasan untuk mengelak serta melarikan diri dari tanggungjawab.Fikirkanlah kalau bukan kita siapa lagi dan kalau bukan sekarang bila lagi. Jadikanlah masa remajamu untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Ya Allah, permudahkanlah hati-hati kami......