Rss Feed
  1. Berbaik Sangka!!!

    Friday, December 3, 2010

    "Kita hanya merancang tapi Allah menentukan"
    Mungkin acap kali kita mendengarkan tentang statement begini. Bak kata orang nak sedapkan hati bila perancangannya tidak mengikut apa yang sepatutnya. Maklumlah hati dah bekeceramuk bila rancangan yang rapi tiba-tiba tidak menjadi lebih-lebih lagi jika rancangan itu diatur dengan jangka masa yang lama. Patah hati!!

    Persoalannya adakah semua perkara yang kita idamkan akan kita perolehi dan adakah semua perkara yang kita benci dan kita jauhi. Siapakah kita? Penentu takdir atau sekadar digelar HAMBA. Sesungguhnya rancangan Allah itu penuh hikmah dan Dia Maha Mengetahui. Maka berbaik sangkalah dengan Allah.

    Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud : Allah s.w.t berfirman , "Aku sesuai dengan prasangka hambaKu kepada diriKu." Riwayat al-Bukhari.

    Di dalam hadi lain juga menyebut :

    Rasulullah s.a.w bersabda, maksud hadis riwayat Muslim : " Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu berbaik sangka dengan Allah." 
    Bila pergantungan serta pengharapan kita hanya kepada Allah s.w.t insyallah kita pasti tidak akan rasa sedih, kecewa mahupun patah hati andai sekiranya rancangan yang diatur begitu rapi tidak dapat dilaksanakan dengan begitu baik. Anggaplah bahawa ia satu isyarat dari Allah untuk kita bermuhasabah. Namun bukan bererti kita tidak menyusunkan perancangan kerana kebaikan yang tidak dirancang dapat dikalahkan oleh kejahatan yang dirancang. Wallahualam.

  2. 0 comments: