
Hijrah. Pastinya peristiwa ini ramai yang tahu malah telah menjadi salah satu sambutan tahunan di negara kita. Namun adakah peristiwa hijrah ini merupakan satu perpindahan dari sudut fizikal lokasi yakni dari kota Mekah ke Yathrib? Ramai yang tahu hijrah namun gagal menghayati peristiwa hijrah itu sendiri.
Saidina Umar memilih tarikh hijrah sebagai tarikh permulaan bagi kalendar Islam. Bukannya tarikh kelahiran Nabi Muhammad s.a.w seperti mana kaum Nasrani memilih tarikh lahir Nabi Isa sebagai permulaan kalendar masihi. Bukankah begitu pentingnya peristiwa hijarah? Sebenarnya hijrah itu sendiri membawa momentum yang padu dalam memperkembangkan Islam. Hijrah merupakan satu turning point kepada zaman kegemilangan Islam.
Hijrah untuk Kita
Namun apakah hijrah bagi kita? Apakah kepentingan bagi kita? Dalam erti kata yang mudah perlukah hijrah?
Sebelum menjawab persoalan ini kita perlu menjawab beberapa persoalan. Adakah kita tidak mahu kehidupan yang lebih baik dan bermanfaat dari sekarang? Adakah kita tidak ingin memperluaskan ilmu yang ada sekarang? Adakah kita rasa iman kita sudah mencukupi? Adakah kita rasa kita sudah sampai kemuncak kegemilangan?
Tidak, pasti tidak. Mungkin inilah jawapan yang akan kita semua ucapkan. Maka secara tidak langsung kita telah menjawab bahawa hijrah itu sendiri penting untuk kita. Dari seorang muslim mejadi mukmin. Dari seorang mukmin menjadi muttaqin dan dari seorang muttaqin menjadi muslihin.
Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa mereka adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah. Mereka itulah orang-orang yang memperoleh kemenangan. ( 9: 20)
Maka hijrah itu merupakan satu turning point untuk kita berubah. Berubah dari buruk kepada baik. Dari baik kepada lebih baik. Setiap perbuatan tang kita lakukan secara sunnatullahnya pasti akan memberi kesan dan tindak malas. Maka apabila berhijrah ke suatu perkara yang lebih baik insyallah hasil yang baik akan kita perolehi.
Sesungguhnya Allah tidak akan mengunah nasib sesuatu kaumsebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri ( 13 :11)
Hijrah : Syariatullah + Sunatullah
Kata Saidina Ali
"Kebenaran yang tidak terancang dapat dikalahkan dengan kebatilan yang terancang"Sirah hijrah itu sendiri memaparkan bentuk-bentuk strategi Nabi Muhammad dalam menjayakan proses penghijarahannya. Gabungan syariatullah (mukjizat) dan sunnatullah (strategi) dalam peristiwa hijarah menunjukkan peri pentingnya dalam menyusun strategi serta kebergantungan kepada Allah.
Strategi. Kita boleh berhijrah atau melakukan satu perubahan tanpa sebarang perancangan mahu pun strategi tetapi kesannya mungkin tidak sebaik yang kita bayangkan. Malah penghijrahan itu gagal dan hanya bersifat sementara.
Rancang apa yang ada di tangan......Bukan yang kita angan-angankan
0 comments:
Post a Comment