Dia mengilhamkan kepadanya jalan kejahatan dan ketakwaan. Sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu). Dan sungguh rugi orang yang mengotorinya. [ As- Syams 91 : 8-10]Mungkin sahabat-sahabat biasa dengar tentang ayat ini. Malah ada juga kumpulan nasyid mendendangkan dalam bentuk lagu. Mudah-mudahan kita peroleh manfaatnya.
Allah telah memberi kita pilihan. Pilihan menuju syurga serta pilihan menempah neraka. Maka kita bertanggungjawab ke atas pilihan kita. Namun ada beberapa faktor yang diulas oleh Imam Abu A'la Al'Maududi tentang tiga jalan menuju kesesatan.
Mengikut Kemahuan Sendiri
"..... Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang-orang yang mengikut hwa nafsunya dengan tidak mendapat petunjuk dari Allah sedikit pu. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang zalim. [ al-Qasas : 51]
" Terangkan kepadaku tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya. Maka apakah kamu dapat menjadi pemeliharaan atasnya? Atau apakahkamu mengira bahawa kebanyakkan mereka itu mendengar atau memahami. Mereka tidak lain hanyalah seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat jalannya." [ al-Furqan : 43-44]
Nafsu merupakan faktor yang menyumbang ke arah kesesatan manusia. Mereka menguruskan kehidupan ini dengan semata-mata menurut hawa nafsunya. Tiadanya pendoman langsung hidupnya. Cuba kita bayangkan jika kita belayar di lautan, tanpa kompas kita pasti akan sesat dan terus tersasar dari destinasi yang ingin kita kunjungi. Begitulah dengan kehidupan. Tanpa al-Quran dan as-Sunnah sebagai petunjuk dalam menguruskan kehidupan maka kita menempah tiket ke neraka. Nauzubillah.
Mengikut Nenek Moyang Tanpa Berfikir.
"Dan Apabila dikatakan kepada mereka : "Ikutilah apa yang telah diturnkan oleh Allah", mereka menjawab : "(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami." Apakah mereka akan mengikuti juga walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun dan tidak mendapat petunjuk?" [ al-Baqarah : 170]
Kepatuhan Kepada Selain Allah
"Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah...." [ al-An'am : 116]
Jika lihat hari ini, berapa ramai pemimpin di negara ini membawa rakyatnya menuju mardhatilah. Berapa ramai pemimpin yang menjadi al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan dalam pentadbiran. Kita pula rakyat yang tidak ingin tahu menahu (non participant) mengikut sahaja kata mereka. Maka akhirnya sama-sama kita menuju ke arah kemurkaan Allah.
0 comments:
Post a Comment