Rss Feed
  1. Bila Ukhwah Menjadi Fitnah

    Saturday, January 15, 2011

    Maafkan daku teman
    Andai tutur kata ku mengguris hatimu
    Maafkan daku teman
    Andai gurauan ku memamah kalbumu
    Maafkan daku teman 
    Andai tingkah laku ku membakar kemarahanmu 
    Maafkan daku teman 
    Andai  gelak tawa ku menjadi tawarnya iman
    Maafkan daku teman  
    Andai ku tak mampu memperbetul salahmu
    Maafkan daku teman 
    Andai ku tak mampu membakar obor jihadmu
    Maafkan daku teman
    Andai ku tak mampu membawa persahabatan kita ke SYURGA



     Baru daku perasan, kini  masa kehidupan di kampus lebih banyak berdampingan dengan rakan-rakan berbanding keluarga. Banyak masa dihabiskan bersama. Membentuk ukhwah fillah. Aktiviti-aktiviti bersama dirancang satu demi satu yang objektifnya pelbagai.

    Sesiapa yang berkawan dengan penjual minyak wangi maka akan tercalit wanginya. Barang siapa yang berkawan dengan tukang besi makan akan tercalit karatnya. 
     Seringkali aku ingin menjadi sahabatmu sekalian seperti penjual minyak wangi. Agar diri ini dapat menyumbang kepada pembentukkan peribadian yang soleh dalam jasad serta jiwamu. Malangnya aku rasa seolah-olah hanya sekadar tukang besi yang kerap mencalitkan karat pada hati-hatimu. Aku takut ukhwah yang selama ini kita bina menjadi fitnah untuk kita dan agama.

    Menjadi satu kebimbangan pada diriku. Aku gagal menjadi seorang sahabat yang baik. Gagal menjadi seorang sahabat yang mampu menjadi asbab turunnya hidayah. Namun bukanlah ini kegagalan yang berkekalan. Masih ada ruang dan peluang untuk aku dan kau memperbetulkan keadaan. Masih ada lagi ada ruang pembaikan sebelum ajal datang menjemput. Ayuhlah kita tukar dari ukhwah fitnah kepada ukhwah fillah.

  2. 1 comments:

    1. izwan said...

      ukhuwwah fillah abadan abada..
      maafkn ana andai ada kesalahan selama kite bersahabat..^^