" Wahai masa lalu yang telah berlalu dan selesai, tenggelamlah seperti mataharimu. Aku takkan pernah menangisi permigianmu, dan kamu tidak pernah melihatku termenung sedetik pun untuk menginatimu. Kamu telah meninggalkan kami semua pergi dan tidak akan kembali lagi!!."
" Wahai masa depanku, engkau masih lagi keghabian!! Maka aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan. Aku pun tidak bakal memburu sesuatu yang belum tentu ada, kerana esok hari mungkin tidak ada sesuatu; esok hari adalah sesuatu yang belum diciptakan dan tidak ada satu pun darinya yang dapat disebutkan."
La Tahzan
Dr. 'Aidh Abdullah Al Qarni
Hari ini. Hari ini milik aku, mentadbir dan menguruskan masa adalah dibawah perancangan daku (pelaksanaan masih tertakluk dengan yang Maha Perancang). Urus dan tadbirlah sebaik mungkin. Kerana hari ini dari perancangan yang rapi bakal melakar sejarah di masa hadapan. Melalui penggunaan masa yang maksima meleraikan belengggu penyesalan di kemudian hari.
Pusatkanlah seluruh kekuatan minda, fizikal dan spiritual anda untuk hari ini. Jadikanlah hari ini sebagai satu hari terbaik dalam semua aspek. Terbaik dari segi ibadah khusus dan ibadah umum. Jadikanlah diri ini sebagai hamba yang benar-benar bertakwa di sisi Nya. Menjadi seorang pelajar yang komited dengan akademiknya, menjadi seorang anak yang memberi kebahagian kepada kedua orang tuanya. Jadilah yang terbaik!!
Tidak ada guna kita jadikan hari ini mengenang hari semalam. Semalam tidak akan datang untuk kita. Semalam akan menjauhi kita setiap detik dan setiap ketika. Gunakanlah hari ini untuk memperbaiki hari semalam. Jauh lebih baik! Jauh lebih mantap! Penyesalan semalam hanya menganggu fokus menjadi hari ini sebagai hari yang terbaik.
Masa depan!! Masa depan hanya sekadar satu angan-angan. Jika hari ini kita lakarkan hanya sekadar untuk kehidupan masa hadapan maka hentikanlah, masa depan itu belum pasti tiba. Masa depan itu bukanlah milik kita untuk kita tentukan.Namun hari ini dapat menjadikan angan-angan sebagai satu kenyataan, menukar imiginsai kepada realiti. Sebagai contoh jika kita angan-angan menjadi ahli syurga maka ianya akan menjadi satu sia-sia sekiranya hari ini kita tidak menjadi abid yang terbaik yang mencapai redha Allah. Jadikanlah hari ini hari yang terbaik sebagai pencetus masa depan yang terbaik.
Ayuh marilah kita jadikan hari ini sebagai hari yang terbaik,lupakan yang semalam serta hentikan angan-angan. Jadikanlah hari ini sebaik-baik hari, hari ini adalah kurnian Allah untuk kita gunakan sebaik mungkin dan semuanya akan di tanya kelak. Marilah bersyukur atas nikamt yang diberi dengan menjadikan hari ini hari yang terbaik. Menjadikan setiap hari adalah hari yang terbaik. Ingat!! Hari Ini Milik Kita.
0 comments:
Post a Comment