
Hampir 5 bulan tak menjengah ke sini (menulis artikel), pelbagai kekangan dan alasan dicari untuk tidak menulis. Itu dan ini, kadang-kadang buah fikiran hanya berlegar-legar di kotak minda. Moga diberikan kembali kekuatan dalaman (insight ) untuk terus memberi.
Seinfiniti syukur ke Hadrat Ilahi kita dipertemukan sekali lagi dengan bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan rahmat dan keampunan. Alangkah bertuahnya kita, Allah masih lagi membuka seluas-luasnya pintu taubat, pintu rahmat kasih sayangnya kepada kita. Alhamdulillah.
Namun, hati ini terkilan masih lagi ada dikalangan kita tidak mengambil peluang keemasan ini. Bahkan mereka menjadikan puasa sebagai satu ritual tahunan. Hilang rasa ibadah dalam diri. Bukan sekadar itu sahaja, malah mereka tidak berhenti melakukan maksiat. Masih lagi ada dikalangan kita menjalinkan hubungan yang tidak halal. Mereka keluar ke sana dan ke mari di siang hari tanpa rasa segan dan silu. Berpegangan tangan, bermesra di khalayak ramai dan sebagainya. Mana erti puasa yang ingin menahan nafsu? Adakah hanya menahan nafsu lapar dan dahaga? Nafsu shawat masih dibiarkan bermaharajalela.
Bazar Ramadhan
Tempat paling sesuai dan strategik untuk bercanda, melepaskan rindu adalah di Bazar Ramadhan. Maklumlah seharian di dewan kuliyah, wad, klinik dan sebagainya menyibukkan pasanngan lelaki dan perempuan untuk bertemu. Aktiviti belajar tidak boleh di ganggu dengan persoalan hati dan perasaan. Katanya ingin fokus sewaktu sesi pembelajaran.Maka masa yang cukup sesuai untuk bertemu adalah di Bazar Ramadahan.
Si jejaka yang ingin menonjolkan sikap romantisnya akan memimpin tangan si wanita idamannya melintas jalan. Wanita itu pula, ikutkan sahaja. Cukup romantis. Di bazar pula lain pula kisahnya. Ada yang berpegangan tangan erat-seeratnya, ada yang berpelukan dan sebagainya. Di bazar inilah tempat untuk bermanja. Kata-kata romantis dan manja menjadi halwa telinga ketika itu.
Maksiat Saat Puasa
Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda :
لَيْسَ الصِّيَامُ مِنَ الأَكْلِ وَالشَّرَبِ ، إِنَّمَا الصِّيَامُ مِنَ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ
Al Baydhowi Rahimahullah berkata, " Ibadah puasa bukanlah hanya menahan diri dari lapar dan dahaga sahaja. Bahkan seseorang yang menjalankan puasa hendaklah mengekanh berbagai syahwat dan mengajak jiwa pada kebaikan. Jika tidak demikian, sungguh Allah tidak akan melihat amalannya, dalam erti kata lain tidak akan menerimanya. (fathul bahri 4/117).
Sebahgian di kalangan mereka mungkin menganggap berpacaran ini sebagai satu tindakan yang sudah diterima oleh masyarkat. Perbuatan ini langsung sedikit pun tidak ada perkara negatif. Mereka berjumpa, bercanda dan sebagainya di khalayak ramai. Semua orang menjadi saksi. Mereka tidak berbuat apa-apa yang salah. Berpegangan tangan itu jauh sifatnya dari berzina.
Alasan demi alasan mereka berikan untuk menjadi hujah pembelaan. Namun sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian, ada sabda Nabi Muhammad dari Abu Hurairah :
كُتِبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ نَصِيبُهُ مِنَ الزِّنَى مُدْرِكٌ ذَلِكَ لاَ مَحَالَةَ فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُمَا النَّظَرُ وَالأُذُنَانِ زِنَاهُمَا الاِسْتِمَاعُ
وَاللِّسَانُ زِنَاهُ الْكَلاَمُ وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ وَالرِّجْلُ زِنَاهَا الْخُطَا وَالْقَلْبُ يَهْوَى وَيَتَمَنَّى وَيُصَدِّقُ ذَلِكَ الْفَرْجُ وَيُكَذِّبُهُ
“Setiap anak Adam telah ditakdirkan baginya untuk berzina dan ini suatu yang pasti terjadi, tidak bisa tidak. Zina kedua mata adalah dengan melihat. Zina kedua telinga dengan mendengar. Zina lisan adalah dengan berbicara. Zina tangan adalah dengan meraba (menyentuh). Zina kaki adalah dengan melangkah. Zina hati adalah dengan menginginkan dan berangan-angan. Lalu kemaluanlah yang nanti akan membenarkan atau mengingkari yang demikian.” (HR. Muslim no. 6925)
Pintu Taubat Masih Terbuka
Sahabat sekalian, Allah berfirman :
وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.”(QS. Al Isra’: 32)
Terlalu banyak pintu-pintu ke arah zina. Jadi peliharalah diri kita sebaik yang mungkin. Pintu taubat masih terbuka luas untuk kita. Marilah sama-sama minta keampunan kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Dia menerima taubat hamba-hambanya. Janganlah kita terus berputus asa dari rahmat Allah.
Jika sudah bersedia, maka bernikah dengan si dia,jangan tunggu syaitan dan nafsu merosakkan kita.
_____________________________________________________________________
Sekadar Renungan
“Ditikam seseorang dari kalian dikepalanya dengan jarum dari besi, itu lebih baik dari pada menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya”.Hadis Riwayat Thabrani
Terima kasih diats perkongsian ini DR IDRUL..MPP Fakulti Perubatan, UKM..
wah...bgs penulisn DR IDRUL ne..semoga teruskan menulis ye..
bgsnye perkongsian DR Idrul.. teruskan usaha menulis ne..