-
Kisah Pemuda Ikhwan
Wednesday, July 10, 2013
Hari ini aku terbaca kisah yang ditulis oleh Prof Dr Yusuf Al Qardawi tentang dua pemuda Ikhwanul Muslim sezaman dengan beliau dalam bukunya Aku dan Al Ikhwan Al Muslimun. Sungguh kagum dengan kisah perjuangan dua orang ini yang benar-benar meletakkan kepentingan Islam lebih tinggi daripada kepentingan diri mereka sendiri.Perjuangan mereka betul-betul satu perjuangan yang suci. Mereka berjuang bukan kerana ingin mendapat harta yang banyak. Mereka bukan berjuang kerana ingin jawatan dan pangkat yang tinggi. Apataha lagi mendapat pujian dari mata dunia. Semua cita-cita duniawi diketepikan semata-mata ingin melihat Islam tertegak. Islam itu perlu dikembalikan kepada kedudukan asalnya. Tempatnya tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi dari Islam.Kisah yang pertama mengenai pemuda bernama Abdul Wahab al-bitanuni. Seorang pemuda yang masih lagi bersekolah. Apabila datang seruan jihad bagi memerangi Zionis di Palestine tanpa sedikit keberatan beliau terus mara menjadi sebagai sukarelawan Ikhwan. Namun, baginya ada dua pengahalang besar.
Posted by Unknown at 12:59 PM | Labels: Inspiration, Islam is the way of life | 0 comments | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |
-
Satu Episode BTN
Friday, June 14, 2013
Teringat sedutan peristiwa setahun sudah di BTN. Fasilitator suruh memilih satu perkara yang paling penting antaranya bangsa, keluarga, agama dan negara. Maka sudah tentu kami memilih agama. Bukan setakat muslim malah ada di kalangan non muslim juga memilih agama.
Namun fasilitator berkeras bahawa elemen yang terpenting adalah BANGSA. Bangsa dapat menyatupadukan negara. Bangsa dapat meningkatkan ekonomi negara. Tanpa bangsa siapalah kita.
Katanya belum tentu kita punya negara yang aman jika kita tidak titik beratkan soal bangsa. Belum tentu keluarga kita akan bahagia jika bangsa kita gadaikan. Belum tentu agama kita selamat kalau bangsa kita judikan.
Agama pula diberikan imej yang ekstrem. Katanya agama tidak mampu menjamin negara yang aman, keluarga yang bahagia apatah lagi menjamin survival bangsa. Satu demi satu imej ektrem dipertengahkan.
Posted by Unknown at 10:02 PM | Labels: Perspective, Politics, Travelogue | 0 comments | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |
-
Ayuh Ubah! Takkan Asyik tu yoo!
Sunday, April 28, 2013
Sepetang bersama masyarakat Selaru, Kuala Pilah telah memberikan sedikit gambaran kepada saya bahawa ada beberapa kelompok masyarakat masih belum lagi bersedia untuk keluar dari zon selesa. Ada rasa terhutang budi, ada pula yang termakan dengan media yang berat sebelah malahan ada yang menganggap kehidupan mereka tidak ada perubahan jika sesiapa pun memerintah.Kata mereka:“BN sudah lama memerintah, jadi kita bagilah kepercayaan kepada mereka.”Kata saya:“Lama memerintah tak salah, tapi makin lama makin nyanyuk memerintah tak guna juga.”Kata mereka:“Jangan layan dengan dakyah pembangkang, mereka tu bikin Malaysia bankrap.”Kata saya:“Jangan asyik baca dan tonton media sebelah pihak sahaja. Taksub nanti!”Kata mereka:“Kita dah maju dah sekarang. Dulu jalan merah sekarang dah tar, dulu tiada air letrik sekarang dah ada. Syukurlah! Nak apa lagi?”Kata saya:“Apa salah untuk kita tambah baik kehidupan. Sedangkan kita diajurkan besok lebih baik dari hari ini.”Kata–kata yang terkeluar dari mereka menggambarkan bahawa mereka merasa cukup dengan apa yang ada. Tidak rasa mahu maju kehadapan. Hendak lebih baik itu bukan tanda kita tidak bersyukur. Bukannya kita kufur nikmat. Malah kita mahu menikmati nikmat yang dianugerah dengan adil dan saksama. Tak kira kaum dan agama. Kita rakyat Malaysia.
Muda Vs TuaSuatu ketika dulu ada pertembungan ideologi antara golongan tua dan golongan muda. Golongan muda ingin membuat perubahan tetapi golongan tua masih ingin mengekalkan cara lama. Dek kerana asakan dan perjuangan muda maka Malaysia menjadi lebih maju. Lihatlah Malaysia hari ini hasil dari perjuangan golongan muda yang punya pemikiran yang inovatif dan kreatif. Semuanya demi Malaysia tercinta.Hari ini pertembungan antara dua ideologi. Satu idea yang ingin kekalkan Malaysia dan satu lagi ingin membawa angin perubahan. Kedua-dua golongan ini sememangnya ingin membawa Malaysia kehadapan dengan lebih maju. Namun, berdasarkan prestasi kedua – dua kumpulan kita boleh menilai yang mana mampu membawa Malaysia lebih maju.Kebanyakannya golongan muda yang menyokong kelompok ini. Kenapa? Bukan golongan muda tidak mengenal sejarah atau pun tidak mengenal budi. Mereka juga bukanlah golongan yang senang termakan dengan dakyah golongan kiri. Sebenarnya mereka ini adalah golongan yang berfikir. Mereka melihat, menilai, berfikir dan analisis. Sumber mereka luas tidak tertumpu pada satu. Atas asbab itu timbul semangat mereka untuk berubah!Hal ini berbeza dengan golongan tua. Mereka hanya menonton rancangan yang sama, membaca surat khabar yang sama dan mendengar siaran radio yang sama. Idea tidak berkembang. Sempit dan terhimpit. Mereka hanya tahu mempertahan sejarah dek kerana terhutang budi. Melawan katanya biadap dan tidak bersyukur.
Keluar Dari Zon SelesaSifat orang Melayu memang terkenal dengan sopan satun dan kaya budi pekerti. Malah mereka cepat terasa terhutang budi lebih–lebih lagi membantu mereka tatkala kesusahan. Mereka akan ingat sampai kesudah. Sifat inilah memakan diri. Melayu terus rasa terhutang budi hingga pemerintah boleh buat apa sahaja. Bagi mereka, satu untuk rakyat tiga untuk mereka.Kita tidak perlu kerajaan yang korup untuk memerintah. Kita perlukan kerajaan yang adil dan bijak. Kerajaan yang mampu membawa Malaysia ke gerbang kemajuan. Bukan hanya nama sebagai Negara berstatus Negara maju tetapi kita mahu Malaysia menjadi Negara yang maju dari sudut pemikiran, ekonomi, pendidikan dan lain–lain lagi.Jika kita lihat kembali sejarah lampau. Jika kita ingin menjadi lebih maju kita perlu mencabar diri dan keluar dari kepompong keselesaan. Rasa selesa itu sebenarnya candu yang melemahkan dan menumpulkan daya pemikiran kita untuk membawa Malaysia dengan lebih maju.Keluarlah dari zon selesa, dengan izinNya kita akan hidup lebih selesa. Apa yang pasti kita mahu Malaysia yang lebih maju. Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional . Semua di tangan anda. Ayuh Ubah! Takkan asyik nak tu yo!Posted by Unknown at 6:38 PM | Labels: Perspective, Politics, Travelogue | 0 comments | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |