Rss Feed
  1. Berpacaran Saat Berpuasa

    Monday, August 15, 2011

    Bismillah Walhamdulillah..




    Hampir 5 bulan tak menjengah ke sini (menulis artikel), pelbagai kekangan dan alasan dicari untuk tidak menulis. Itu dan ini, kadang-kadang buah fikiran hanya berlegar-legar di kotak minda. Moga diberikan kembali kekuatan dalaman (insight ) untuk terus memberi.


    Seinfiniti syukur ke Hadrat Ilahi kita dipertemukan sekali lagi dengan bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan rahmat dan keampunan. Alangkah bertuahnya kita, Allah masih lagi membuka seluas-luasnya pintu taubat, pintu rahmat kasih sayangnya kepada kita. Alhamdulillah.


    Namun, hati ini terkilan masih lagi ada dikalangan kita tidak mengambil peluang keemasan ini. Bahkan mereka menjadikan puasa sebagai satu ritual tahunan. Hilang rasa ibadah dalam diri. Bukan sekadar itu sahaja, malah mereka tidak berhenti melakukan maksiat. Masih lagi ada dikalangan kita menjalinkan hubungan yang tidak halal. Mereka keluar ke sana dan ke mari di siang hari tanpa rasa segan dan silu. Berpegangan tangan, bermesra di khalayak ramai dan sebagainya. Mana erti puasa yang ingin menahan nafsu? Adakah hanya menahan nafsu lapar dan  dahaga? Nafsu shawat masih dibiarkan bermaharajalela. 


  2. Hari Ini Milik Kita

    Friday, March 25, 2011

    " Wahai masa lalu yang telah berlalu dan selesai, tenggelamlah seperti mataharimu. Aku takkan pernah menangisi permigianmu, dan kamu tidak pernah melihatku termenung sedetik pun untuk menginatimu. Kamu telah meninggalkan kami semua pergi dan tidak akan kembali lagi!!."

    " Wahai masa depanku, engkau masih lagi keghabian!! Maka aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan. Aku pun tidak bakal memburu sesuatu yang belum tentu ada, kerana esok hari mungkin tidak ada sesuatu; esok hari adalah sesuatu yang belum diciptakan dan tidak ada satu pun darinya yang dapat disebutkan."
    La Tahzan 
    Dr. 'Aidh Abdullah Al Qarni


  3. Bila Ukhwah Menjadi Fitnah

    Saturday, January 15, 2011

    Maafkan daku teman
    Andai tutur kata ku mengguris hatimu
    Maafkan daku teman
    Andai gurauan ku memamah kalbumu
    Maafkan daku teman 
    Andai tingkah laku ku membakar kemarahanmu 
    Maafkan daku teman 
    Andai  gelak tawa ku menjadi tawarnya iman
    Maafkan daku teman  
    Andai ku tak mampu memperbetul salahmu
    Maafkan daku teman 
    Andai ku tak mampu membakar obor jihadmu
    Maafkan daku teman
    Andai ku tak mampu membawa persahabatan kita ke SYURGA


  4. Tiga Jalan Menuju Kesesatan

    Thursday, January 13, 2011

    Dia mengilhamkan kepadanya jalan kejahatan dan ketakwaan. Sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu). Dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.                [ As- Syams 91 : 8-10]
    Mungkin sahabat-sahabat biasa dengar tentang ayat ini. Malah ada juga kumpulan nasyid mendendangkan dalam bentuk lagu. Mudah-mudahan kita peroleh manfaatnya.

    Allah telah memberi kita pilihan. Pilihan menuju syurga serta pilihan menempah neraka. Maka kita bertanggungjawab  ke atas pilihan kita. Namun ada beberapa faktor yang diulas oleh Imam Abu A'la Al'Maududi tentang tiga jalan menuju kesesatan.