Semua yang ada di langit dan di bumi selalu memohon kepadaNya. Setiap ia berada dalam aktivitinya. Ar Rahman 55 : 29
-
Ya Allah
Tuesday, December 14, 2010
Apabila laut bergelombang, ombak bergelora dan angin bertiup kencang,semua penumpang kapal akan berteriak " Ya Allah"Apabila seseorang tersesat di tengah padang pasir, kenderaan menyimpang jauh dari laluannyadan para khalifah kebingungan menentukan arah perjalanannya,mereka akan berseru " Ya Allah"Apabila tertimpa musibah, bencana melanda dan berlakunya tragedi,ia akan menyebtu "Ya Allah"Apabila pintu ditutup di hadapan pencari kerja dan tirai-tirai di tutup di depan orang yang memintamereka berseru "Ya Allah"Apabila berbagai usaha tidak mampu menyelesaikansetiap jalan terasa terhimpitharapan terhentisan semua jalan pintas telah buntumereka akan menyeru"Ya Allah"Posted by dRmusleh at 6:22 PM | Labels: Islam is the way of life | 0 comments | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |
-
HIJRAH : Sunatullah dan Syariatullah
Saturday, December 11, 2010
Hijrah. Pastinya peristiwa ini ramai yang tahu malah telah menjadi salah satu sambutan tahunan di negara kita. Namun adakah peristiwa hijrah ini merupakan satu perpindahan dari sudut fizikal lokasi yakni dari kota Mekah ke Yathrib? Ramai yang tahu hijrah namun gagal menghayati peristiwa hijrah itu sendiri.
Saidina Umar memilih tarikh hijrah sebagai tarikh permulaan bagi kalendar Islam. Bukannya tarikh kelahiran Nabi Muhammad s.a.w seperti mana kaum Nasrani memilih tarikh lahir Nabi Isa sebagai permulaan kalendar masihi. Bukankah begitu pentingnya peristiwa hijarah? Sebenarnya hijrah itu sendiri membawa momentum yang padu dalam memperkembangkan Islam. Hijrah merupakan satu turning point kepada zaman kegemilangan Islam.
Hijrah untuk Kita
Namun apakah hijrah bagi kita? Apakah kepentingan bagi kita? Dalam erti kata yang mudah perlukah hijrah?
Sebelum menjawab persoalan ini kita perlu menjawab beberapa persoalan. Adakah kita tidak mahu kehidupan yang lebih baik dan bermanfaat dari sekarang? Adakah kita tidak ingin memperluaskan ilmu yang ada sekarang? Adakah kita rasa iman kita sudah mencukupi? Adakah kita rasa kita sudah sampai kemuncak kegemilangan?
Tidak, pasti tidak. Mungkin inilah jawapan yang akan kita semua ucapkan. Maka secara tidak langsung kita telah menjawab bahawa hijrah itu sendiri penting untuk kita. Dari seorang muslim mejadi mukmin. Dari seorang mukmin menjadi muttaqin dan dari seorang muttaqin menjadi muslihin.
Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa mereka adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah. Mereka itulah orang-orang yang memperoleh kemenangan. ( 9: 20)
Maka hijrah itu merupakan satu turning point untuk kita berubah. Berubah dari buruk kepada baik. Dari baik kepada lebih baik. Setiap perbuatan tang kita lakukan secara sunnatullahnya pasti akan memberi kesan dan tindak malas. Maka apabila berhijrah ke suatu perkara yang lebih baik insyallah hasil yang baik akan kita perolehi.
Sesungguhnya Allah tidak akan mengunah nasib sesuatu kaumsebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri ( 13 :11)
Hijrah : Syariatullah + Sunatullah
Kata Saidina Ali
"Kebenaran yang tidak terancang dapat dikalahkan dengan kebatilan yang terancang"
Sirah hijrah itu sendiri memaparkan bentuk-bentuk strategi Nabi Muhammad dalam menjayakan proses penghijarahannya. Gabungan syariatullah (mukjizat) dan sunnatullah (strategi) dalam peristiwa hijarah menunjukkan peri pentingnya dalam menyusun strategi serta kebergantungan kepada Allah.
Strategi. Kita boleh berhijrah atau melakukan satu perubahan tanpa sebarang perancangan mahu pun strategi tetapi kesannya mungkin tidak sebaik yang kita bayangkan. Malah penghijrahan itu gagal dan hanya bersifat sementara.
Rancang apa yang ada di tangan......Bukan yang kita angan-angankan
Posted by dRmusleh at 10:15 AM | Labels: Islam is the way of life, Travelogue | 0 comments | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |
-
Berbaik Sangka!!!
Friday, December 3, 2010
"Kita hanya merancang tapi Allah menentukan"
Mungkin acap kali kita mendengarkan tentang statement begini. Bak kata orang nak sedapkan hati bila perancangannya tidak mengikut apa yang sepatutnya. Maklumlah hati dah bekeceramuk bila rancangan yang rapi tiba-tiba tidak menjadi lebih-lebih lagi jika rancangan itu diatur dengan jangka masa yang lama. Patah hati!!
Persoalannya adakah semua perkara yang kita idamkan akan kita perolehi dan adakah semua perkara yang kita benci dan kita jauhi. Siapakah kita? Penentu takdir atau sekadar digelar HAMBA. Sesungguhnya rancangan Allah itu penuh hikmah dan Dia Maha Mengetahui. Maka berbaik sangkalah dengan Allah.
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud : Allah s.w.t berfirman , "Aku sesuai dengan prasangka hambaKu kepada diriKu." Riwayat al-Bukhari.
Di dalam hadi lain juga menyebut :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksud hadis riwayat Muslim : " Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu berbaik sangka dengan Allah."
Bila pergantungan serta pengharapan kita hanya kepada Allah s.w.t insyallah kita pasti tidak akan rasa sedih, kecewa mahupun patah hati andai sekiranya rancangan yang diatur begitu rapi tidak dapat dilaksanakan dengan begitu baik. Anggaplah bahawa ia satu isyarat dari Allah untuk kita bermuhasabah. Namun bukan bererti kita tidak menyusunkan perancangan kerana kebaikan yang tidak dirancang dapat dikalahkan oleh kejahatan yang dirancang. Wallahualam.Posted by dRmusleh at 10:59 PM | Labels: Inspiration, Islam is the way of life | 0 comments | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |
-
ARIXTRA
Friday, October 15, 2010
Alhamdulillah, kini posting surgery telah selesai namun masih banyak ilmu-ilmu yang perlu dipelajari. Rasanya 8 minggu ini tak cukup untuk mendalami ilmu secara total. Saya tertarik dengan satu fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tentang sejenis ubat dari kumpulan Heparin. Biasanya Heparin digunakan untuk anticougulant iaitu secara prinsipnya ingin menghalang pembentukan clot (gumpalan) di dalam darah.
Hukum Penggunaan Ubat Clexane Dan Fraxiparine
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-87 yang bersidang pada 23 – 25 Jun 2009 telah membincangkan Hukum Penggunaan Ubat Clexane Dan Fraxiparine. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Islam menegah penggunaan ubat dari sumber yang haram bagi mengubati sesuatu penyakit, kecuali dalam keadaan di mana tiada ubat dari sumber yang halal ditemui dan bagi menghindari kemudharatan mengikut kadar yang diperlukan sahaja sehingga ubat dari sumber yang halal ditemui.
Oleh itu, berhubung dengan penggunaan ubat Clexane dan Fraxiparine yang dianggap darurat kepada para pesakit bagi mencegah formulasi pembekuan darah secara serta merta ketika pesakit berada pada tahap kronik, Muzakarah memutuskan bahawa penggunaan kedua-dua jenis ubat ini adalah ditegah kerana ia dihasilkan dari sumber yang diharamkan oleh Islam, memandangkan pada masa ini telah terdapat alternatif ubat iaitu Arixtra yang dihasilkan daripada sumber halal dan mempunyai fungsi serta keberkesanan yang sama dengan Clexane dan Fraxiparine.
Keterangan/Hujah:
Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) telah mengesahkan wujudnya enzim babi dalam kandungan kedua-dua jenis ubat tersebut. Ini kerana kedua-dua jenis ubat ini terbentuk daripada low molecular weight heparin (LMWH) yang merupakan unsur yang terbentuk daripada heparin. Heparin merupakan sumber biologi yang diambil daripada usus babi.
Islam mengharamkan penggunaan ubat dari sumber yang haram untuk mengubati sesuatu penyakit berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Dari Abi Darda’ RA, Rasulullah s.a.w. berkata: Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan penawar, dan Dia telah menjadikan bagi tiap-tiap penyakit itu penawar, maka kamu semua berubatlah dan janganlah kamu semua berubat dengan (perkara- perkara) yang haram.
Dalam keadaan tiada ubat lain yang boleh digunakan untuk mengubati sesuatu penyakit, sedangkan sesuatu penyakit itu perlu dirawat untuk memelihara kesihatan diri dan tubuh badan, ubat yang bersumberkan perkara-perkara yang ditegah seperti penggunaan ubat yang bersumberkan enzim babi diharuskan selama mana tiada ubat dari sumber yang halal ditemui mengikut kadar yang diperlukan sahaja.
Dalam mempertimbangkan keharusan ini, syarat-syarat untuk memastikan bahawa keperluan tersebut berada di peringkat darurat perlu dipenuhi. Antara syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
(i) Darurat itu benar-benar berlaku, bukan suatu yang tidak pasti. Dengan kata lain telah berlaku atau wujud satu keadaan di mana kemusnahan atau kemudharatan pada lima perkara asas ataupun kemusnahan akan berlaku secara pasti ataupun berdasarkan kepada sangkaan yang kuat berpandukan pengalaman- pengalaman atau pengetahuan;
(ii) Seseorang yang berada dalam keadaan darurat itu bertentangan dengan perintah atau larangan syarak, atau tidak terdapat sesuatu yang diharuskan oleh syarak untuk menghilangkan kemudharatan melainkan perkara yang ditegah;
(iii) Mestilah dipastikan bahawa kewujudan benda-benda halal yang lain tidak dapat menghindarkan kemudharatan yang menimpa pesakit;
(vi) Pengambilan yang haram itu sekadar keperluan sahaja; dan
(v) Pada waktu pengubatan, pengambilan yang haram itu hendaklah dipasti dan perakui oleh seorang doktor pakar muslim yang adil.
Dalam isu ubat clexane dan Fraxiaprine ini, kajian yang telah dijalankan mendapati terdapat sejenis ubat lain iaitu Arixtra Solution For Injection atau nama generiknya Fondaparinux Sodium mempunyai tahap keupayaan yang tinggi dalam membantu mengelakkan masalah pembekuan darah. Ubat ini telah pun berdaftar dengan BPFK dengan nombor pendaftaran MAL 20034441A.
Fondaparinux merupakan ramuan aktif di dalam Arixtra yang terhasil secara sintetik di manapentasaccharide sintetik diambil dan ia tidak mengandungi sebarang bentuk heparin. Malah, tiada satu pun material dalam penghasilan ubat ini diambil daripada haiwan termasuklah biproduk babi. Arixtra bukan ubat yang baru ditemui, sebaliknya ia telah berada di pasaran lebih daripada 10 tahun. Namun kajiannya yang terbaru telah mendapati bahawa ubat ini mampu menggantikan kekuatan Clexane dan Fraxiaprine.
Arixtra digunakan untuk mengelakkan pembekuan darah atau masalah VTE bagi pesakit yang menjalani rawatan pembedahan major ortopedik, lutut dan pinggang. Selain itu, ia juga digunakan bagi pesakit jantung, pesakit kronik yang tidak dapat bergerak dan pembedahan abdomen.
Penemuan Arixtra dalam dunia perubatan hari ini telah menghapuskan `illah pengharusan penggunaan perkara yang ditegah. Perkara ini bersesuaian dengan kaedah fiqh ما جاز لعذر يبطل بزواله. Prinsip ini menetapkan bahawa keharusan sesuatu perkara itu adalah disebabkan keuzuran tertentu dan ia terbatal dengan hilangnya keuzuran tersebut.
Sumber : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-penggunaan-ubat-clexane-dan-fraxiparine
Moga Allah memberikan kekuatan kepada kita untuk bertanggungjawab ke atas ilmu yang kita ada sebelum kita dipertanggungjawabkan ke atas ilmu yang kita ada kelak. Moga perkongsian ini memberi manfaat semua.Posted by dRmusleh at 5:58 PM | Labels: Medical | 3 comments | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |
-
Masjid Tak Mesra Kanak-kanak
Friday, October 1, 2010
Sudah lama rasanya jari jemari ini tidak menulis. Moga Allah memberi nikmat istiqamah dalam diri untuk menulis sebagai peringatan buat diri sendiri dan iktibar sahabat sekalian.....
Nampaknya Syawal hampir melabuhkan tirainya. Namun, rumah terbuka masih belum putus-putus dianjurkan oleh masyarakat kinta. Maklumlah raya cuma sekali. Teringat saya ketika pada hari raya ke-6 di mana saya dan beberapa sahabat lama membuat kunjungan ziarah kepada salah seorang sahabat. Dari Melaka kami terus ke Seremban dan kami sempat bersolat asar di salah sebua masjid di salah sebuah masjid di pinggir kota Seremban. Di sana saya tertarik dengan satu artikel yang terpampang di masjid berkenaan.
Artikelnya seperti berikut :
Mesrahkah masjid kita dengan kanak-kanak? Ada yang menjawab ya dan tidak kurang juga yang mengatakan tidak. Realitin kebanyakmasjid pada hari ini menunjukkan bahawa masjid kurang berminat dengan kehadiran kanak-kanak. Sebut sahaja jenis aktiviti di masjid, semuanya tertumpu.dan disasarkan kepada kumpulan orang dewasa, kecuali kelas agama dan fardhu ain yang dikhaskan untuk kanak-kanak.
Lebih menyedihkan ada sesetengah masjid memberi penekanan serius seperti peringatan yang berbunyi 'kanak-kanak bawah umur empat tahun tidak dibenarkan berada di dewan solat'. Merokok tidak pula ditekankan sehingga ke tahap ini walaupun difatwakan haram di Malaysia. Apakah ini bukti galakan kita untuk menyuburkan masjid d hati kanak-kanak. Bukan lebih mesra sekiranya peringatan itu ditujukkan kepada ibubapa agar mengawasi kanak-kanak ini.
Masjid Untuk Si Tua
Sudah menjadi satu fenomena dalam masyarakat kita bahawa masjid ini tempat orang-orang pencen serta veteran untuk beribadah. Kononnya sudah sampai musim taubat katanya. Golongan middle age dan ke bawah menganggap bahawa masa mereka untuk ke masjid belum lagi tiba. Belum diseru ' Kubur kata mari, rumah kata pergi'. Sikap beginlah menjadikan masjid-masjid sebagai tempat 'lepak' untuk golongan senja. Lalu program-program yang disusun juga berselerakan orang tua. Nah!! Adakah kanak-kanak yang baru berumur 3 tahun mahu mendengar kupasan kitab-kitab, ceramah itu dan ini. Kebosanan ini menjauhkan mereka dari Masjid. Mula-mula tumbang dipangkuan atuk dalam majlis ilmu, lama kelamaan si kecil ini tumbang di depan TV dengan sajian yang cukup menarik.
Asuh Anak Ke Masjid
Ibubapa sekarang merupakan ibubapa yang berkarier. Ada yang menjawat sebgai doktor, jurutera, arkitek dan lain-lain. Namun disebabkan kesibukan mencari kebahgian material bagi keluarga maka kebahgian spiritual serta kerohanian dilupakan. Anak-anak diajak ke masjid seminggu sekali (solat jumaat) tak pun setahun dua kali pabila menjelang aidil fitri dan aidil adha. Nauzubillah min zalik. Mana tidaknya kanak-kanak ini tidak berasa begitu dekat dengan masjid sebab dari kecil lagi mereka tidak diasuh. Tatkala di usia muda inilah masa terbaik untuk mengasuh mereka.
Buah Fikiran
Masjid perlu memvariasikan program yang dianjurkannya. Bagaimana?? Kita sebagai remaja perlu terlibat secara tidak langsung dalam mengutarakan pandangan dalam penyusunan aktiviti masjid, kalau mampu kita boleh menjadi AJK masjid. Jarak umur remaja dan kanak-kanak tidaklah begitu jauh dan remaja juga faham selera dan kehendak mereka. Maka moleklah remaja seperti kita melibatkan diri sebagai organisasi.
Posted by dRmusleh at 6:25 PM | Labels: Perspective | 0 comments | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |
-
Postnatal : Single Mother
Thursday, August 5, 2010
Bismillah wal Hamdulillah....
Mencegah itu lebih baik dari mengubati. Namun mengubati itu perlu pabila sakit itu hadir. Kehadiran masalah single parent atau dalam sebutan mudahnya berzina (sehinnga mengandung ; ada yang ditinggalkan oleh pasangan dan ada juga berkahwin selapas itu) bukanlah satu perkara yang asing lagi. Mula-mula rasa pelik, adakah ini anak melayu Islam yang akan menjadi pelapais pemerintahan negara?Maka mahu tidak mahu kita perlu mengubati masalah ini kerna kita sudah gagal mencegahnya.
Situasi 1
Pernah satu ketika saya bertanya kepada seorang pesakit tentang bila tarikh terakhir beliau datang bulan (Last normal Menstrual Period). Beliau menjawab 25 November 2009. For role out subfertility causes saya bertanya pula tentang tarikh perkahwinannya. Tanpa segan dan silu beliau menjawab, " Baru je kahwin bulan lima tahun ni (Mei 2010)." Bila saya tanya berulang-ulang kali maka jawapannya tetap sama malah pesakit itu tersenyum melihat gelagat saya tergamam. Apakah ini sudah menjadi satu trend bahawa nikah selepas mengandung?
Situasi 2
Setiap pagi akan adanya ward round untuk menilai dan memeriksa pesakit-pesakit di ward. Katil demi katil akan diperbahaskan. Kemudian sampailah di suatu katil yang mana pesakit itu sudah melahirkan anak keduanya. Beliau baru berusia 20 tahun, lagi muda dari umurku. Ketika itu tertimbulah isu bahawa pesakit ini tidak pernah sama sekali melakukan pemeriksaan semasa mengandung (antenatal check up) atas sebab takut jikalau ibubapanya tahu akan perbuatan sumbangnya buat kali kedua. Anak pertamanya juga anak luar nikah. Anaknya itu sudah hampir dua tahun, namun beliau tidak berkahwin dengan lelaki berkenaan disebabkan lelaki itu sudah punya keluarga. Persoalannya adakah tidak serik dengan perbuatan itu atau penerimaan keluarga yang baik menyebabkan diri tidak lagi merasa takut untuk melakukkannya zina lagi??
Pelajar dan Daie
Berada di dalam dua-dua situasi di atas menyebabkan aku rasa binggung. Betul aku boleh menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar. Ilmu perubatan yang sekangkang kera ini dapat aku gunakan dalam menguruskan pesakit-pesakit ku. Namun bagaimana pula tanggungjawab agama yang telah diamanahkan kepadaku. Aku tak mampu berkata apa-apa kerna bimbang akan mengguriskan hati pesakitku tetapi aku lebih bimbang kalu hati Penciptaku terluka. Adakah cukup sekadar doa menjadi penyelesaian masalah?Di mana peranan tangan untuk menegur?Di mana peranan lidah untuk menasihati? Adakah hati cukup untuk membendung permasalahan ini.
Postnatal Counseling
Bila dibincangkan tentang postnatal counseling (kaunseling selepas bersalin) sudah tentu ada beberapa perkara yang perlu ditekankan seperti kaedah perancangan keluarga (Contraception method), pap smear dan beberapa nasihat lain. Namun adakah sekadar ini sahaja? Bagaimana pula dengan isi rohaninya bagi kes-kes seperti di atas?Sebagai muslim kita perlu mengingati antara satu sama lain.
Antara nasihat yang saya kira perlu kita titipkan adalah :
1. Menanam sense of God dalam hati kita. Tak kira setiap saat dan detik. Dalam erti mudah menanam sifat ihsan. Seperti mana hadis Rasulullah : "...... Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olahnya engkau melihatNya, tetapi jika engaku tidak melihatNya maka sesungguhnya Dia melihat engkau." Riwayat Muslim.
2. Allah terima taubat hambanya. Selagi masih ada ruang dan peluang maka pintalah taubat dari Allah. Selagi matahari tidak terbit dari ufuk barat dan nyawa tidak sampai ke halkum maka ketuklah pintu-pintu taubat. Ada satu riwayat yang mengatakan ketika Nabi Musa berbicara dengan Allah dan bertanya " Ya Allah bagaimana jika seorang hamba yang beriman datang kepadaMu (dalam erti kata bertaubat). Maka Allah berkata " Selamat datang hambaku." Nabi Musa bertanya lagi bagaimana pula jika hambaMu yang kufur. Maka Allah berkata " Selamat datang, selamat datang, selamat datang selamat datang hambaKu."
3. Doa. Doa itu senjata mukmin. Berdoalah agar Allah memancarkan hidayah kepada kita, memnetapkan iman kita dan mengekalkan kita dalam iman. Pintalah doa, kerna doa itu adalah satu cara berkomunikasi dengan Allah. Dengan izinNya doa mampu menenangkan jiwa.
"Yakni mereka yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah , hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang." (surah al-Ra'd 13 : 28)
Perbanyakkan doa semoga Allah memperkenankan permintaan kita sepertiman firmanNya " Dan Dia memperkenankan (doa) orang yeng beriman serta mengerjakan amal yang soleh dan menambahkan (pahala) kepada mereka daripada kurnia-Nya." (Surah al-Syura 42 : 26)
Posted by dRmusleh at 4:00 PM | Labels: Islam is the way of life, Travelogue | 2 comments | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |
-
Malu Pencegah Maksiat
Thursday, July 22, 2010
Sifat malu itu adalah fitrah. Malu dapat ditafsirkan sebagai satu rasa, menahan, menyendiri, berubah dan mengalah yang dirasai oleh seseorang lantaran bimbangkan perkara yang boleh mengaibkannya.
" Iman mempunyai 60 lebih canag. Malu adalah salah satu cabang iman." Riwayat al-Bukhari
"Sesungguhnya setiap agama mempunyai akhlak. Akhlak Islam ialah malu." Riwayat Ibnu Majah.
" Malu tidak datang melainkan (membawa) kebaikan." Riwayat al-Bukhari.
Dari Abdullah bin Mas'ud :
"Malulah terhadap Allah dengan sebenar-benar malu." Kami bertanya: "Wahai Rasulullah, sesunnguhnya kami pemalu alhamdulillah." Sabda Nabi: " Bukan begitu (maksud malu sebenar). Namun malu terhadap Allah dengan sebenar-benar malu ialah : kamu menjaga kepala dan segala pancaninderanya, perut dan anggotanya. Ingatlah dengan mati dan perkara yang rosak. Sesiapa yang inginkan akhirat, tinggalkanlah perhiasan dunia. Oleh itu seseiapa yang melakukan perkara tersebtu dia telah malu terhadap Allah dengan sebenar-benar malu." (riwayat Tarmizi)
Posted by dRmusleh at 5:38 PM | Labels: Islam is the way of life | 0 comments | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |
-
Pengorbanan
Sunday, July 18, 2010
Katakanlah (wahai Muhammad) : Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allahdan RasulNya dan berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehinga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akam memberikan petunjuk kepada orang-orang yang fasik(derhaka)Surah At-Taubah : 24Marilah kita berfikir sejenak dan muhasabah diri kembali. Adakah kita mengaku kita ini PEJUANG ISLAM, adakah benar kita BERJIHAD FISABILILLAH,sedangkan kecintaan kita kepada ALLAH dan Nabi Muhammad masih ada lagi hijab.Terhalang dengan kecintaan kita kepada mahluk.Orang tua pernah berpesan nak menyeluk pekasam biar sampai lengan. Genggam bara api biar sampai jadi abu. Pepatah-pepatah ini sebenarnya membawa erti yang besar. Satu frasa yang mudah saya nyatakan iaitu PENGORBANAN.Pengorbanan yang bersungguh-sungguh. Hanya benar-benar inginkan keredhaan Allah. Kita mahu masyarakat Islam yang melabelkan dirinya sebagai dai’e perlu sedar dan peka bahawa dakwah ini hanya untuk golongan yang menyerahkan segala kemampuan yang dimilikinua termauk jiwa, harta masa dan tenaganya.Marilah kita menjadi seperti Tholhah bin Ubaidillah, seorang sahabat nabi yang mana nabi telah bersabda selepas peperangan UhudSesiapa yang ingin melihat seorang lelaki yang masih berjalan di atas muka bumi sedangkan dia telah selesai menunaikan janjinya kepada Allah (seolah-olah dia telah syahid) maka lihatlah Tholhah bin Ubaidillah.Kisah perjuangan Tholhah Bin Ubaidillah boleh kita ambil iktibar yang mana beliau merupakan seorang mujahid yang menjadikan lengannya sebagai perasai dalam mempertahankan nabi. Sehingga ada yang menyatakan badan Tholhah Bin Ubaidillah penuh dengan bekas-bekas parut.Jadi mana letaknya perjuangan yang kita agungkan.Mana nilainya. Moga selepas ini kita menjalankan gerak kerja Islam tanpa ada satu alasan untuk mengelak serta melarikan diri dari tanggungjawab.Fikirkanlah kalau bukan kita siapa lagi dan kalau bukan sekarang bila lagi. Jadikanlah masa remajamu untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Ya Allah, permudahkanlah hati-hati kami......Posted by dRmusleh at 2:04 PM | Labels: Inspiration, Perspective | 0 comments | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |
-
"Alllah tidak mebebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.Dia mendapat paha dari kebajikan yang dikerjakan dan dia mendapat seksa dari kejahatan yang diperbuatnya.Mereka berdoa: Ya Tuhan Kami, jangalah Engkau hukum kamijika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami janglah engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami,ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglahkami menghadapi orang-orang kafir."(Al Baqarah : 286)
Kerja serta tanggungjawab yang digalas lebih banyak dari masa yang ada. Moga Allah permudahkan segala urusan kita semua dalam memikul amanah yang diberikan. Janganlah amanah menjadi fitnah. Setiap penyakit itu ada ubatnya. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Rancanglah apa yang ada di tangan. Rancang atas kemampuan bukan sekadar angan-angan.
Posted by dRmusleh at 12:08 AM | Labels: Islam is the way of life | 0 comments | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |
-
Wahnan Ala Wahnin
Thursday, July 8, 2010
Gambar Hiasan : Teringat bila mana pertama kali conduct delivery.
Mujahid berkata yang dimaksudkan dengan "wahnan ala wahnin" adalah dalam keadaan penuh penderitaan saat mengandungkan anak. Manakala menurut Qatadah maksudnya adalah ibu itu dalam keadaan kepayahan di atas kepayahan. Atha al-Khurasani mentafsirkan pula kelemahan di atas kelemahan.
Menurut pembelajaran sebagai pelajar perubatan, terdapat beberapa penyakit yang biasanya menyerang ibu-ibu mengandung. Contonhya darah tinggi yang boleh membawa kepada eclampsia, kencing manis dan lain-lain. Malah terdapat juga kes-kes uri dibawah (placenta previa) yang boleh membawa kepada pendarahan sewaktu mengandung. Begitulah keadaan seorang ibu mengandung yang kadang-kadang mendapat pakej penyakit sewaktu mengandung dan berkemungkinan penyakit itu boleh berlarutan selepas melahirkan anak. Manakah kesyukuran kita sebagai seorang anak??Posted by dRmusleh at 10:37 PM | Labels: Inspiration, Travelogue | 0 comments | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |
-
Mana hebatnya??
Tuesday, May 18, 2010
Assalamualaikum
Selepas usai solat subuh, saya telah membaca satu akhbar harian tempatan, KOSMO. Berita ini bagi saya lebih mengejutkan saya dari kekalahan BN di Sibu. Berita mengenai WANITA ISLAM PERTAMA yang MENJUARAI RATU CANTIK USA.
LAS VEGAS - Seorang gadis berketurunan Arab Lebanon, Rima Fakih yang berusia 24 tahun menjadi wanita Islam pertama memenangi gelaran Ratu Cantik USA kelmarin.
Pertandingan itu yang disertai oleh 51 peserta berlangsung di Planet Hollywood Resort & Casino, Las Vegas.
Berasal dari Dearborn, Michigan, Rima berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) bersama ibu dan bapanya sewaktu dia masih bayi. Rima kemudiannya dibesarkan di New York dan belajar di sebuah sekolah Katolik sebelum berpindah ke Michigan pada tahun 2003.
Pada pertandingan itu, dia mewakili negeri Michigan.
Dia hampir terjatuh semasa memperagakan gaun malam. Para peserta perlu memperagakan gaun malam, memakai coli dan seluar dalam pada acara pakaian renang selain perlu menjawab beberapa soalan tertentu pada sesi temu ramah.
Semasa ditanya sama ada pil perancang kelahiran harus dibayar oleh insurans kesihatan, Rima menyatakan ia patut dilakukan kerana kos perancang itu melibatkan kos mahal. Gadis cantik itu akan mewakili AS dalam pertandingan Ratu Cantik Universe 2010.
Rima juga memperoleh hadiah tinggal percuma di sebuah pangsapuri di New York, diberikan wang perbelanjaan harian, gaji yang tidak didedahkan jumlahnya dan pelbagai perkhidmatan kecantikan serta kesihatan profesional.
Semasa ditanya bagaimana perasaannya selepas memenangi mahkota kemenangan, Rima berkata: "Tanyalah saya selepas saya memakan piza."
Rima memberitahu penganjur pertandingan bahawa keluarganya mengamalkan kepercayaan Islam dan Kristian.
Panel juri terdiri daripada lapan orang termasuk bintang bola keranjang, Carmelo Anthony dan pemilik sebuah hotel, Phil Ruffin. - Agensi
1. Dalam masa dunia cuba mengangkat kembali kegemilangan Islam si RATU CANTIK ini jugak turut memperjuangkannya. Saya tidak pasti agama yang diamalkan oleh Rima kerana Rima memberitahu penganjur pertandingan bahawa keluarganya mengamalkan kepercayaan Islam dan Kristian.
Namun, bila kenyataan WANITA ISLAM, ini sudah menggambarkan bahawa agama yang dianutinnya Islam.Dan bukankah Islam dah ajar garis panduan menutp aurat seperti dinyatakan di dalam surah an-nur.
"Dan Katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memeliahra kemaluannya dan janganlah menampakkan perhiasan (aurat) kecuali yang terlihat......."
Surah An- Nur : 31
2. Isu di sini bukannya wanita bernama Rima tapi Isu disini sebanarnya adalah pencemaran imej Islam. Kalau sahabat-sahabat sekalaian perasaan bila mana ada isu Islam pasti ada side negatif yang diketangahkan.Kalau di Malaysia golongan yang cuba mempertegakkan Islam itu dikatakan fanatik agama. Kita biasa dengar dengar tentag sinonimnya ISLAM itu dengan pengganas ( yang digembar gemburkan oleh Barat).Mereka bukan mendoktrin secara terang-terangan malah secara lembut.Saya ambil contoh dari filem Iron Man 1 yang mana sewaktu Tony Stark ditangkap oleh pengganas militan. Siapakah mereka kalu bukan orang Islam. Malah saya kira bukan itu sahaja filem yang memaparkan Islam itu sebagai pengganas. Seolah-olah kita angguk mengiyakan. Sungguh halus cara mereka memasakkan pemikiran bahawa Islam itu GANAS dan PEMBERONTAK dihati orang yang tidak mengetahu perkara sebenar.
3. Sudah sampai masanya saya kira untuk kita bersama-sama dalam usaha untuk meningkatkan imej Islam dengan cara memasuki semua bidang kerja. Bukan setakat menjadi golongan yang professional seperti doktor, jurutera, akauntan dan sebagainya malah bidang seperti KEWARTAWANAN juga penting barulah media kita dikuasi rakyat. Maklumat yang disampaikan telus, bukan hanya membuka pekung orang dan menutup pekung sendiri.
4. Tarbiyah dari kecil konsisten dan berterusan merupakan satu komponen yang penting dalam memelihara iman. Anak kecil itu diibaratkan kain putih, ibubapa lah bertanggugjawab mencorakkan anak mereka dengan nilai-nilai agama.
Rujukan :
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0518&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm
http://en.wikipedia.org/wiki/Rima_FakihPosted by dRmusleh at 7:18 AM | Labels: Perspective | 4 comments | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |
-
Daya + Usaha = DAYA USAHA
Friday, March 26, 2010
Bismillah wal Hamdulillah
Nampaknya paluan gendang final exam telah bermula, pelbagai perancangan dan strategi telah disusun supaya bersedia nak memasuki dewan peperiksaan.Harapnya semua pelajar medic 2nd year 09/10 dapat meneruskan pengajian di tahun klinikal.InsyaAllah.....
Mudah-mudahan oleh bantu kita atas usaha kita yang sedkit ini. Bersabarlah kalian dalam menuntut ilmu dan moga peroleh ilmu yang dapat kita manfaatkan dan amalkan.Janglah kita menuntut ilmu sekadar nak "lepas". Jadikanlah exam kayu pengukur persiapan diri dalam menjadi seorang doktor.
motivasikan diri anda!!!! PELAJAR CEMERLANGADALAHPELAJAR YANG MAMPU MENGAWAL KEADAANBUKAN KEADAAN MENGAWALNYA
1 UMMAHUkhwah didahulukanTakwa diutamakanPosted by dRmusleh at 6:25 PM | Labels: Inspiration | 2 comments | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |
-
Cabaran Seorang Akhwaat
Thursday, March 18, 2010
Bismilah wal Hamdulillah...
Ikhwah yang dirahmati sekalian moga kalian masih berada dalam nikmat IMAN dan ISLAM. Moga semangat dalam diri kita masih lagi membara dalam memperjuangkan kalimah tauhid di mana jua kaki dipijak. Namun ikhwah cabaran yang berada di depan kita bukanlah satu benda yang mudah. Pembudayaan barat di Malaysia menjadi satu batu penghalang bagi kita dalam memastikan diri sendiri dan ummah terselamat dari arus 'pemodenan' masyarakat.
Budaya keMELAYUan serta nilai ISLAM telah diMODENkan dengan budaya barat. Kita telah diMOMOKkan dengan melihat KEMODENAN itu dari ufuk barat. Maka mulalah pemakaian menjadi up to date, pergaulan tanpa ada keterbatasan. Hilang rasa malu pada tempatnya.
Menjadi kerisauan diri sendiri, ikhwah dan akhwaat dalam meneruskan kehidupan yang dikatakan ibadah.
Akhwaat kalian juga ingin sekali didampingi oleh Ikhwah yang punya rasa tanggungjawab dan kecintaan pada agama, kalian dan juga anak-anak. Sedih sekali bilangan ikhwah tidak seperti dulu malah kualitinya tak sehabat para sahabat. Mereka jatuh satu per satu di lembah arus pembangunan dunia dan terus malap dalam menghidupkan jiwa Rabbaniah.
Ikhwah kita inginkan akhwat disamping kita dalam memperkukuhkan serta memperkemaskan perjuangan kita. Namun jika akhwat dilanda wabak KEMODENAN, bukankah kita kehilangan suatu yang permata yang berharga.
Perkongsian kali ini lebih menjurus dalam mempersoalkan CABARAN SEORANG AKHWAT. Bukan nak katakan Ikhwah sudah mantap. Tetapi semoga perkongsian ini dapat memacu Ikhwah dalam mempertahankan kualiti kelakiannya dan mengetuk hati Akhwat dari pandangan kami. Sesungguhnya diri ini lebih daif dari kalian dan mungkin bais dalam membicarakan cabaran kalian.Moga penulisan Ustaz Sarip Abdul dapat menjawab persoalan bagi tajuk ini.
wallahualam
Ayuh SyababPewaris Takhta Pemacu Negara1 Ummah
Ukhwah Didahulukan
Takwa DiutamakanPosted by dRmusleh at 3:07 PM | 0 comments | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |
-
4 GOLONGAN
Tuesday, March 9, 2010
Bismilah wal Hamdulillah...
Sahabat sekalian ingin sekali saya kongsikan salah satu kriteria dalam usaha kita berdakwah yakni MADDU'. Maddu' merupakan kelompok atau sasaran kita dalam menyampai risalah-risalah tauhid dan Islam. Menurut Hassan Al-Banna dalam risalahnya bertajuk Dakwah Kita, golongan maddu' ini terbahagi kepada empat golongan.
Golongan yan pertama : ORANG YANG YAKIN
Golongan yang berada di dalam kelompok ini adalah orang yang yakin dengan dakwah kita, mempercayai kata-kata kita dan tertarik dengan prinsip-prinsio kita. Hatinya menyakini sepenuhnya dakwah kita. Namun golongan ini masih belum lagi menyertai kita. Maka moleklah kiranya kita AJAK mereka supaya bekerja bersama-sama kita supaya bilangan mujahid-mujahid Islam bertambah dan suara-suara penyeru Islam menjadi semakin kuat.
Tiada erti sebuah keyakina tanpa disertakan dengan amalan. Tiada erti sebuah akidah jika ia tidak mampu membawa manusia merealisasikannya dan berkorban deminya.Inilah hakikat yang telah diamalkan oleh generasi pertama yang menerima hidayah Allah. Mereka yakin risalah para nabi lantas bersungguh-sungguh memperjuangkannya.
Golongan yang kedua : ORANG YANG SANGSI
Golongan ini masih belum lagi memahami kebenaran atau masih lagi tidak menyakini keikhlasan kita. Golongan ini masih lagi terumbang-ambing, mereka tidak punya pendirian yang kukuh dan mantap. Mereka masih lagi seolah-olah tercari-cari kebenaran.
Sahabat sekalian golongan ini janganlah kita tinggalkan. Selalulah sentiasa berhubungan dengan mereka. Kita boeh mengsyorkan mereka untuk mengenali fahaman kita melalui penulisan mahupun diskusi ilmiah.Janganlah sesekali kita membencinya atau terus meninggalkan mereka. Kita doakalah pada Allah moga mereka diberikan hidayah. Dalam masa yang sama berusahalah memikat hati mereka.
Golongan yang ketiga : ORANG YANG BERKEPENTINGAN
Golongan sebegini sahabat adalah golongan yang tidak mahu menghulurkan bantuannya melainkan setelah mereka mengetahui feadah atau keuntungan yang bakal mereka perolehi hasil dari bantuan mereka. Kata Hassan Al-Banna "Katakanlah bagi mereka (golongan yang berkepentingan) : Minta maaf, kami tidak memiliki apa-apa ganjaran melainkan pahala yang Allah akan berikan dengan syarat anda ikhlas.Kami tidak punya apa-apa kedudukan atau wang. Malah kami sebaliknya mengorbankan apa yang kami ada. Harapan kami hanyalah keredhaan Allah.Allah adalah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik pemberi kemenangan.
Sahabat-sahabat sekalian golongan sebegini hakikatnya lebih cenderung ke arah materialistik. Hati mereka memerlukan satu bentk ganjaran kebendaan yang nampak secara lahiriah. Moga Allah memberi hidayah kepada mereka.
Golongan yang keempat : ORANG YANG BERPRASANGKA
Golongan sebegini sahabat, mereka terdiri dari orang yang bersikap perijudis dengan gerakan kita dan mereka terlalu dikuasai oleh prasangka buruk terhadap kita.Mereka melihat kita dengan pandangan yang buruk, memperkatakan kita dengan kata-kata yang menghina kita. Sesungguhnya mereka terlalu angkuh dengan kebodohan mereka sendiri. Mereka degil dengan kesilapan dan masih lagi mempertahankan kepercayaan mereka.
Sahabat sekalian, jika kita renung dan perhatikan satu per satu 4 golongan ini maka kita temui bahawa wasilah atau cara mendekati golongan sebegini adalah berbeza untuk menyampaikan risalah perjuangan nabi. Cara yang salah pasti akan menyebabkan kegagalan dalam usaha kita untuk melebarkan sayap-sayap dakwah.
Contohnya sahabat sekalian, jika kita menyiram pokok orkid misalnya pasti bunganya akan kembang segar bugar. Bertambah naik serinya. Namun jika kita menyiram pokok kaktus dengan jumlah air yang sama maka pokok kaktus itu tidak hidup seindah poko orkid tadi. Ini kerana pokok kaktus memerlukan cahaya matahari yang panas.
Bukan mudah untuk menjadi daie tapi ini bukan satu alasan untuk meninggalkannya. Marilah sama-sama kita renungkan kembali golongan manakah di hadapan kita? Apakah kaedah atau wasilah yang telah kita lakukan dan Apakah kesannya. Memperbahrui method bukan bererti selama ini kita seolah-olah salah mengamalkannya tetapi method itu tidak berkesan mengikut keadaan semasa.
WallahualamAyuh SyababPewaris Tahkta Pemacu Negara
Posted by dRmusleh at 12:02 AM | Labels: Islam is the way of life | 0 comments | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |
-
Bangkit bukan TERMENUNG
Friday, March 5, 2010
SAHABAT
Kelahiranmu di sambut tarbiyah Islam...
Hidupmu disuluh dengan ajaran Islam...
Peganganmu hanya semata-mata Islam..
Kini mengapa kau menghilang dari sinar itu...Mengapa kau lari dari nur itu...Mengapa semua ini berlaku...Hakikatnya kau merintih inginkan Islam kembali..
SahabatKeluh kesahmu didengar Ilahi..Rintihan kecilmu difahami oleh Ilahi...Janganlah kau merintih tanpa tidakan disisi..Ayuh bangkitlah...Bangkit kita bersama...Mengembalikkan kegemilangan IslamMenegakkan kalimah LAILAHILLAlLAH
Sahabat rintih dan keluh kesahmu..Jadikanlah ia satu permulaan..Permulaan perjuangan...Menerobosi Kebatilan...Perjuangan ini memerlukan antum semua ...Marilah bersama mengimarahkan kembali bumi milik kita...Yang tandus dengan nur Islam...Apa ertinya perjuangan tanpa keberadaan bersama...
ISLAM FOR ALLPosted by dRmusleh at 3:58 PM | Labels: Inspiration, Islam is the way of life | 2 comments | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |
-
Refleksi Syabab
Sunday, February 7, 2010
“ Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikan kepada Allah (untuk berjuang membela Islam) maka di antara mereka ada yang telah selesai menunaikan janjinya itu ( lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran ; dan mereka oula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.”Al-Ahzab : 23Satu persoalan timbul dibenak fikiraknku. Aku termasuk di dalam golongan mana. Golongan yang telah menunaikan janji Allah jauh sekali. Badan ini tak pernah lagi cacat dikelar musuh Islam. Badan ini tidak punyai lagi parut sebanyak Talhah dalam membela Islam. Cita-cita besar dalam diri untuk membela Islam namun pengorbanan hanya sedangkal lecak di halaman malah lebih sikit dari itu.Kini mengharapkan golongan yang kedua, golongan yang menunggu giliran untuk menunaikan janji kepada Allah. Tapi hakikatnya mehnah dan tribulasi datang menjengah. Macam-macam. Study, masalah hati, kritikan demi kritikan. Masalah sekecil ini pun sudah membuat hatiku goyah. Inikan kalau dengar jemputan syahid. Pasti lagi bisa hati ini luluh dan goyah. Mana tidaknya hati ini telah dijangkiti virus takutkan mati cintakan dunia. Nazubillah. Moga antidote akidah mampu membunuh perasaan ini.Inilah hakikat SYABAB yang dikatakan kini sudah ke persada global. SYABAB yang boleh mengubah dunia. Tapi sahabat globalnya syabab itu bukan dari sudut kerohaniannya. Globalnya mereka dari segi pemikiran yang telah disekularkan. Mereka ingin perjuangkan Islam tapi perjuangan mereka hanya dengan kata-kata. Mereka hanya mampu melaungkan slogan itu dan ini. Slogan hanya tinggal slogan. Seolah-olah perjuangan itu atas dasar semangat. Bagi mereka perjuangan itu ada musimnya. Ada musim panas dan sejuknya. Adakah kita termasuk dalam golongan ini?Marilah kita bersama-sama merenung kembali. Mari kita bermuhasabah diri. Kita rapatkan jurang kelemahan dan kita lebarkan kekuatan untuk manfaat bersama. Hakikatnya hari ini ramai orang yang bermuhasabah diri tapi tidak memperbetulkan diri. Tidak ada solusi sekadar hanya menginsafi. Maka bangkitlah SYABAB kita jadikan tingkatkan muhasabah diri dan diterjemahkan dalam bentuk amalan. Citakan Islam akan kembali hanya sekadar impian jika tangan dan kaki hanya duduk diam lalu mati. Bangkitlah kita bersama.
Ingin sekali menutup perkongsian kali ini dengan satu temuramah seorang wartawan dengan Hassan al-Banna. Moga Wawancara ini dapat kita reflex diri dan tingkatkan prestasi.Seorang wartawan bertanya Imam al-Syahid tentang dirinya dan meminta beliau memperkenalkan dirinya sendiri kepada orang ramai.Beliau berkata :“Saya adalah pengembara yang mencari kebenaran. Saya adalah manusia yang mencari erti sebenar kemanusian. Saya adalah seorang warganegara yang impikan sebuah negara yang dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bawah naungan Islam yang murni.Saya hanyalah ibarat seorang yang memahami rahsia hidupnya. Justeru dia berseru : Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanay untuk Allah tuhan sekalian alam, tiada yang mempersekutuiNya. Inilah yang diperintahkan kepada saya dan saya salah seorang yang menyerah diri.Inilah saya, anda pula siapa?”Posted by dRmusleh at 9:01 AM | Labels: Inspiration, Perspective, Travelogue | 0 comments | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |
-
Asbab Jerawat Tercetusnya Perjaungan
Monday, January 25, 2010
Teringat peristiwa dulu, menegenangkan kisah dibangku sekolah. Macam-macam benar perkara yang berlaku. Untuk dijadikan tarbiyah penghias diri dalam merempuh dunia yang serba baru. Kisah ini ku petik dari celoteh seoarang naqib terdahulu. Seorang dai'e kotemperori, seorang sahabat yang berjiwa besar, namun Allah lebih menyanyangi dia. Dia pergi dulu bertemu Illahi."Abang banyak sangatlah jerawat ni, macam mana nak buat yer?" tanya seorang adik usrah kepada naqibnya. Mereka duduk dibangku hadapan surau menonton sahabat lain yang sedang beriadah. Dia hanya tersenyum tanpa menjawab."Saya tengok abang takda jerawat pun, abang pakai pencuci muka apa" tanya lagi anak usrahnya dengan untuk mendapat kepastian. Geram sungguh dia dengan jerawat yang mula muncul seiringan dengan usia remajanya. Maklumlah masih lagi dalam fasa peralihan. Dia tersengih lagi tanpa berkata apa-apa."Ish abang ni gelak pula, belasah karang" segenggam penumbuk dituju pada abang naqibnya. Bukan untuk ajak bertumbuk tapi sekadar gurauan. Gurau-gurau anak usrah katakan.
" Cuba tengok tu," dia mlua menunding jari ke arah sekelompok burung yang terbang memecah alam."Apa kaitan, ni mula lah ni..."" Kawanan burung itu, tak pernah mengeluh tentang kehidupannya, mereka tak pernah kata itu dan ini. Saling tidak berpuas hati dengan satu sama lain. Mereka redha dengan takdir mereka. "" Tapi saya bukannya cemburukan abang malah saya mahu jadi macam abang" balasnya dengan semangat." Bukankah paras rupa itu bersifat sementara akhi, dalam kubur nanti reputlah. Nilai kita di sisi Allah adalah TAKWA yang dikendong bukan wajah, bukan harta mahupun pangkat. Ana tak mahu enta jadi seperti ana. Ana mahu lihat enta jadi orang yang hebat seperti Hassan Al-Banna, Sultan Al-Fateh dan Sallahudin Al-Ayubi, bukankah mereka itu pemuda yang patut dicontohi?" kata-katanya sarat dengan dakwah.Itulah naqib yang sering menjadi rujukan adik-adik. Kata-katanya pasti membakar semangat dalam diri." Akhi, ana nak enta faham kawanan burung itu bukan semuanya cantik, mereka juga berlainan antara satu sama lain. Ada kepak yang besar, ada juga yang kecil, Ada paruh yang tajam dan besar dan ada juga sebaliknya. Namun begitu mereka saling bantu membatu. Mereka memberi kekuatan masing-masing untuk merapatkan jurang kelemahan kumpulan mereka. Jesteru itu mereka dapat membina satu sarang yang utuh dan kukuh. Macam itulah kita ni....Kita gunakan segala kepakaran yang kita ada, segala kelebihan yang dimiliki untuk tegakkan Islam. Perjuangan bukannya seorang, tapi perjuangan itu adalah satu kumpulan." zihin demi zihin dikeluarkan dalam memasak rasa jihad dalam diri anak usrah dan dirinya sendiri." Tapi saya rasa kurang keyakinanlah bang, saya tidak nampak mana kekuatan dan kelebihan saya, saya takut saya jadi fitnah kepada perjuangan."" Ana nampak kelebihan akhi, Akhi ni bijak mengatur strategi, akhi mantap dalam mematah hujah pihak lawan. Akhi berani besuara. Akhi seorang yang optimistik dan futuristik. Tidakkah enta perasan semua itu. Itulah kekuatan enta. Namun enta kene gilapkan lagi. Janganlah kita ini sentiasa berada ditakuk yang sama. Hari ini lebih baik dari semalam dan besok lebih baik dari hari ini. Jadikan ini sebagai satu perangsang kepada kita untuk menjadi yang lebih baik." kata-kata lancar naqib itu merangsang minda anak usrahnya, membakar semangat untuk berjuang.
"Mana ada manusia dalam dunia ni boleh nampak wajahnya sendiri tanpa melihat pada cermin.Betulkan?"satu persoalan diungkap dengan bersahaja tapi penuh makna.
" Cermin itulah yang dapat kita jadikan medium perantara untuk kita lihat wajah kita. Hensem ke tak, cantik ke tak. Sama jugalah nak melihat kelebihan dan kekurangan dalam diri kita. Kita perlukan medium seperti cermin. Kita perlu bantuan 'cermin' untuk melihat kelebihan dan kekurangan yang terlindung dalam diri kita. Nanti bolehlah kita menggunakan kelebihan. Memperbaikik kelebihan." sambung hujah.
Anak usrahnya kali ini tidak faham apakah yang dimaksud oleh naqibnya. " Apa maksud 'cermin' tu bang?
"Cermin' yang dimaksudkan ialah sahabat kita. Sahabat yang mampu mengetengahkan bakat kita yang sedia ada dan menegur kelemahan yang kita miliki. Semua ini demi kebaikan perjuangan fisabilillah. Kadang-kadang kita tidak perasan kekuatan yang ada lalu kita abaikan. Acap kali kita alpa dengan kelemahan lalu kita sering ulangi. Maka sampai bila kita nak tunggu kelahiran Umar di era kini. Sampai bila kita masih lagi berangan nak tegakkan Islam di muka bumi andai masih tidak mengislahkan diri. Islam itu datang dalam keadaan dagang, Dan akan kembali dalam keadaan dagang. Maka beruntunglah orang yang dagang. Jadinya akhi tegur ana dan ana tegur akhi demi kemaslahatan bersama,boleh?""Dah jom kita makan, dewan makan pun macam dah buka tu," sang naqib yang mendamba kasih Ilahi menarik mad'unya untuk ke dewan makan aspura yang terletak bersebelahan dengan surau.
"Tapi bang apa jawapan persoalan saya yang pertama?" anal usrahnya masih lagi tergiag-giang persoalan yang diutarakan tadi.
"Soalan yang mana satu, asal pencuci muka yang ana pakai?" balasnya sambil meletakkan tangan dibahu anak usrahnya. Kemesraan itulah yang mejalinkan ukhawah fillah, Kemesraan itulah yang dapat mengetuk pintu hati untuk berjuang.
"Ya,jawaplah bang," terpancar satu harapan agar naqibnya memberikan jawapan. Memang mahu sungguh dia mengetahuinya. Apakah formula yang dipakai oleh naqib kesayangannya itu.
"Pastikan cuci muka sekurang-kurangnya lima kali sehari.Kalau lebih lagi bagus. Pastikkan dia sempurna."
Tidak puas dengan jawapan naqibnya, seolah-olah naqibnya cuba berdalih. Dia berfikir sejenakan adakah membasuh muka dengan sempurna sekurang-kurangnya lima kali saehari dimaksudkan dengan mengambil wudu'. Allahu Rabi, halus sungguh dakwahnya sehinggakan setiap tutur katanya dibasahi dengan ayat dakwah.
Inilah antara kisah-kisah di madarsah. Madrasah yang mengajar erti perjuangan. Madrasah yang mengenalkan seni dakwah. Kisah ini adalah ribuan dari kisah benar yang ana ungkapkan. Kisah ini memperingantkan ana kepada seorang naqib yang berjiwa besar namun dia telah dijemput Ilahi, sudah setahun dia pergi. Bait-bait memori masih segar dalam benak masih utuh dalam diri. Moga Allah merahmatinya. Al-fatihah.Posted by dRmusleh at 8:14 AM | Labels: Inspiration | 0 comments | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |
-
Belajar dari AWAN
Thursday, January 7, 2010
Kepulan awan bergerak seiring
Melewati gunung-ganag
Menyusuri denai dan sungai
Rentaknya sama tempo bersahaja
Awan bukan stuktur yang kuat
Mereka juga tidaklah lemah
Tetapi mereka tampak gah
Bukan kerna mereka megahMereka sentiasa bersamaMengelilingi duniaMembasahi bumiTugas dipikul bersamaUntuk manfaat semuaBelajarlah dari awan, ringkasnya stukutur awan itu dari air yang meruap. Fikirkan logik akal ikatan yang ada dalam air pun dah lemah inikan air yang telah meruap. Tapi ini langsung tidak menunjukkan kelemahan awan tersebut. Maha suci Allah yang menjadikan awan yang berada dalam kepulan-kepulan kecil mahupun besar.
Persoalan sini, adakah kita rasa kebersamaan sahabat kita dalam gerak kerja kita? Adakah kita raikan sahabat kita? Adakah kita terima kekuatan sahabat kita? dan yang paling penting adakah kita gembira dan menyukai kumpulan kita?JELAS TUJUAN DAN MATLAMAT
Sebagai satu gerakan kita perlu paham dengan jelas tentang hala tuju gerakkan kita. Kerana kefahaman itu adalah satu batu asas yang penting. Inilah yang akan menjadi enjin penggerak. Faham baru buat. Jangan kita faham sampai tak buat. Memang diakui untuk bulatkan kefahaman ahli bukan satu perkara yang mudah. Rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Pemikiran yang berbeza. Itu sudah tentu akan ada dalam mana-mana gerakan. Tapi jangan jadikan ini sebagai satu alasan untuk kita tidak menyertai gerakan, kita tidak membantu dalam gerakan. Jadikan perbezaan itu sebagai satu kekuatan, perbezaan inilah yang akhirnya akan menjadi buah fikiran yang baik. Usaha yang mantap. Back to basic, sebenarnya perbezaan itu datang kerana pelaksanaan kita yang pelbagai, matlamat kita tetap sama. Mana lebih dapat banyak ikan guna pancing atau jala? Masing-masing ada perspektif masing-masing. Namun bila dibuka pada meja rundingan kiranya perbezaan ini akan menjadi satu persamaan.KEBERSAMAANKekuatan awan bukan pada kehebatan stuktur awan itu, kekuatannya terhasil dari kebersamaan mereka. Mereka sentiasa bersama memecah awan. Kebersamaan cukup jelas. Penting juga bagi kita dalam bergerak kerja. Mustahil bagi kita untuk arif dalam semua bidang. Jika ada pun mungkin kita tak dapat melakukannya semua. Ahli gerakan perlulah diikat dengan satu kekuatan ukhawah yang biasa tapi dapat memberi kesan yang luar biasa. Kebersamaan tak dinilai dengan hadir meeting bersama, kenal nama, tahu serba sedikit. Maksud kebersamaan ialah kita bersama tak kira jatuh atau bangun. Menang atau kalah. Lawan atau berundur. Kebersamaan akan memupuk kesepaduan ahli. Mereka akan faham satu sama lain. Nilaian inilah yang akan memupuk semangat dalam ahli dalam terus berjuang. Mereka tahu mereka tidak berjuang seorang. Ada ramai orang dibelakang. Kaki yang menggeletar takut dapat disokong olehn sahabat dibelakang.Belajarlah dari awanYang baik jadikan amalan yang buruk jadikan sempadanPerjuangan perlu diteruskan.Ayuh Syabab Pewaris TahktaPosted by dRmusleh at 8:07 AM | Labels: Inspiration, Perspective | 3 comments | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |